3RD EU-ASEAN POLICY DIALOGUE ON HIGHER EDUCATION 2025: ENHANCING TALENT AND SKILLS DEVELOPMENT THROUGH INTERNATIONALISATION
 
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam, attended the 3rd EU-ASEAN Policy Dialogue on Higher Education 2025 themed “Enhancing Talent and Skills Development through Internationalisation", which was held on the 14th and 15th October 2025 in Kuala Lumpur, Malaysia.
 
 


The Policy Dialogue was organised by the EU-ASEAN Sustainable Connectivity Package – Higher Education Programme (SCOPE-HE) in collaboration with the Ministry of Higher Education (MoHE) Malaysia, The Dutch Organisation for Internationalisation in Education (Nuffic) and The German Academic Exchange Service (DAAD).
 
Over the course of two days, the Policy Dialogue brought together senior representatives from ministries, universities, technical and vocational education and training (TVET) institutions, and the private sector in a shared effort to deepen collaboration between ASEAN and European Union higher education communities.  Through dynamic panel discussions, interactive sessions, and professional networking engagements, participants exchanged insights on policy challenges and explored innovative pathways to strengthen sustainable connectivity in higher education, TVET, and research.
 
The key highlights of the Dialogue included panel discussions on: enhancing talent development by strengthening leadership and talent in higher education through mobility and student engagement; developing TVET as a viable education pathway by promoting TVET as an industry-relevant and credible education option; and fostering sustainable international collaboration and strategic partnerships by strengthening cross-regional ties through sustainable exchange and academic alignment.
 
The culmination of the Dialogue was the Kuala Lumpur Policy Brief 2025 – the third in a series after the Vientiane Policy Brief 2024, and the Brussels Policy Brief 2025.
 
Following the Dialogue, Yang Mulia Dr. Haji Azman also had the opportunity to carry out a series of meetings and working visits to several key agencies and institutions, including the Department of Polytechnic and Community College Education (DPCCE), Ministry of Higher Education (MoHE) Malaysia; the Selangor Human Resources Development Centre (SHRDC); and the German–Malaysian Institute (GMI).  These visits not only gained valuable insights into regional practices and initiatives that could benefit Brunei Darussalam's higher education landscape, but also enhanced potential collaborations and partnerships with these agencies and institutions.
 
Accompanying the Permanent Secretary (Higher Education) were officers from the Ministry of Education, Brunei Darussalam.
________________________________________
DIALOG DASAR EU-ASEAN KALI KE-3: MEMPERKASA PEMBANGUNAN BAKAT DAN KEMAHIRAN MELALUI PENGANTARABANGSAAN
 
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Dialog Dasar EU-ASEAN Kali Ke-3 dengan tema “Memperkasa Pembangunan Bakat dan Kemahiran melalui Pengantarabangsaan", yang telah diadakan pada 14 dan 15 Oktober 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia.
 
Dialog Dasar tersebut dianjurkan oleh EU-ASEAN Sustainable Connectivity Package – Higher Education Programme (SCOPE-HE) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (MoHE), Malaysia, The Dutch Organisation for Internationalisation in Education (Nuffic) dan The German Academic Exchange Service (DAAD).
 
Sepanjang tempoh dua hari Dialog Dasar tersebut, wakil-wakil kanan daripada pihak kementerian, universiti, institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), serta sektor swasta telah bermuzakarah dalam usaha bersama untuk memperkukuh kerjasama antara komuniti pengajian tinggi ASEAN dan Kesatuan Eropah.  Melalui sesi perbincangan panel yang dinamik, sesi interaktif, dan aktiviti jaringan profesional, para peserta telah bertukar pandangan mengenai cabaran-cabaran dasar serta berpeluang meneroka pendekatan inovatif untuk memperkukuh kesalinghubungan yang mampan dalam pengajian tinggi, TVET, dan penyelidikan.
 
Sorotan utama Dialog merangkumi perbincangan mengenai: memperkukuhkan pembangunan bakat dengan mempertingkatkan kepimpinan dan bakat di peringkat pengajian tinggi melalui mobiliti dan penglibatan pelajar; membangunkan TVET sebagai laluan pendidikan yang mampan dengan mempromosikan TVET sebagai pilihan pendidikan yang relevan-industri dan berwibawa; serta memupuk kerjasama antarabangsa dan perkongsian strategik yang mampan dengan memperkukuh hubungan merentasi rantau melalui pertukaran mampan dan penyelarasan akademik yang berterusan.
 
Kemuncak Dialog ialah Kuala Lumpur Policy Brief 2025, iaitu siri ketiga selepas Vientiane Policy Brief 2024, dan Brussels Policy Brief 2025.
Susulan Dialog tersebut, Yang Mulia Dr. Haji Azman turut berkesempatan mengadakan beberapa siri pertemuan dan lawatan kerja ke beberapa buah agensi dan institusi utama, termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPKK) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Selangor Human Resources Development Centre (SHRDC) dan German-Malaysia Institute (GMI). Lawatan-lawatan berkenaan bukan sahaja memberikan pandangan yang berharga mengenai amalan-amalan dan inisiatif-inisiatif serantau yang boleh memberi manfaat kepada landskap pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam, tetapi juga boleh meningkatkan potensi kerjasama dan perkongsian dengan agensi dan institusi berkenaan.
 
Turut hadir mengiringi Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) adalah pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.
Rujukan:   KPE/CCD/K1:2/PR/2025/149 (M)
Tarikh:      25 Rabiulakhir 1447 | 17 Oktober 2025