BRUNEI DARUSSALAM STUDENTS ACHIEVE SUCCESS AT THE CO-ACADEMIC COMPETITION IN CONJUNCTION WITH THE INTERNATIONAL ENVIRONMENTAL AWARENESS PROGRAMME: 
E-WASTE DAY SIPITANG 2025 (E-WA'25)
Monday | 28 Rabiulakhir 1447 | 20 October 2025
 
BANDAR SERI BEGAWAN –Three students from Sekolah Rendah Kasat has emerged as champion in the Upcycle Waste Competition category at the Sipitang International Environmental Awareness Program 2025 (E-WA'25), held in Sipitang, Sabah on 17 and 18 October 2025. 
The team, comprising Muhammad Isa bin Mohammad Ali (Year 4), Aulia'unissa Humairah binti Maswandi (Year 5), and Nur Aqilah Amirah binti Affendy (Year 5), was awarded cash prizes and certificates of appreciation in recognition of their achievement. 

Meanwhile, in the Fashion Showcase from Recycled Materials category, Dayang Aisyah Rahmah Bolkini binti Awang Abd Rahman Bolkini (Year 5) from Sekolah Rendah Amar Pahlawan also made a remarkable achievement by winning second place, receiving a cash prize and a certificate of appreciation.

In addition to the two in-person competitions, several schools in Brunei Darussalam also participated in five online competitions, namely: the Digital E-Waste Poster Competition, the Environmental Crime Video Competition (Online), the Online Photography Competition, the Eco-Art Calligraphy from Waste Competition (Online), and the Online Poetry Competition.
In the Environmental Crime Video Competition (Online), Aydeen Rizqin Diestro Margate bin Abdullah from Sekolah Rendah Bengkurong (Year 5), successfully secured first place. Meanwhile, in the Online Photography (Digital Poster) category, Year 3 students from Sekolah Rendah Jerudong, Awang Mohammad Razinuddin Amrullah bin Mohammad Izzuddin, Nur Izza Najda binti Kamiruzan Natazul Eqbal, and Qisya Nur Az Zahra binti Mohd Hatta - won third place. Students in both categories also received cash prizes and e-certificates.
The program aims to raise awareness about the importance of environmental conservation and promote recycling practices, particularly in the management of electronic waste (e-waste).
Through the competition, participants were given the opportunity to showcase their creativity and innovation by transforming electronic waste into artistic works and useful products. The students' participation not only provided valuable exposure to environmental stewardship but also strengthened bilateral relations in education and environmental initiatives between Brunei Darussalam and Malaysia.
The program is hoped to instill a passion for environmental care among the younger generation and encourage them to continue adopting sustainable lifestyles through green initiatives such as recycling and upcycling.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
PELAJAR-PELAJAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MERAIH KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN 
KO-AKADEMIK SEMPENA PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR ANTARABANGSA: 
HARI E-WASTE SIPITANG 2025 (E-WA'25)
Hari Isnin | 28 Rabiulakhir 1447 | 20 Oktober 2025
BANDAR SERI BEGAWAN –Tiga pelajar Sekolah Rendah Kasat telah berjaya meraih tempat pertama dalam Kategori Pertandingan Upcycle Waste sempena Program Kesedaran Alam Sekitar Antarabangsa Sipitang 2025 (E-WA'25) yang diadakan di Sipitang, Sabah pada 17 dan 18 Oktober 2025. 
Kumpulan yang terdiri daripada Muhammad Isa bin Mohammad Ali (Tahun 4), Aulia'unissa Humairah binti Maswandi (Tahun 5) dan Nur Aqilah Amirah binti Affendy (Tahun 5) telah memenangi hadiah penghargaan berupa wang tunai dan sijil penghargaan.
Dalam kategori Pertandingan Peragaan Dari Bahan Terbuang, Dayang Aisyah Rahmah Bolkini binti Awang Abd Rahman Bolkini (Tahun 5) dari Sekolah Rendah Amar Pahlawan turut mencatat kejayaan apabila meraih tempat kedua serta menerima hadiah penghargaan berupa wang tunai dan sijil penghargaan. 
Selain dua pertandingan yang disertai secara bersemuka ini, sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam turut menyertai lima Pertandingan Secara Atas Talian iaitu Pertandingan Poster Digital E-Waste, Pertandingan Video Penjenayah Alam Sekitar Atas Talian, Pertandingan Fotografi Atas Talian, Kaligrafi Eco-Seni Dari Sisa Atas Talian dan Pertandingan Sajak Atas Talian.
Bagi Pertandingan Video Penjenayah Alam Sekitar Atas Talian, pelajar dari Sekolah Rendah Bengkurong, Aydeen Rizqin Diestro Margate bin Abdullah (Tahun 5) telah berjaya meraih tempat pertama. Sementara itu, bagi kategori Fotografi Atas Talian (Poster Digital), Awang Mohammad Razinuddin Amrullah bin Mohammad Izzuddin, Nur Izza Najda binti Kamiruzan Natazul Eqbal dan Qisya Nur Az Zahra binti Mohd Hatta, pelajar-pelajar Tahun 3 dari Sekolah Rendah Jerudong telah meraih tempat ketiga. Pelajar-pelajar dalam kedua-dua kategori ini juga telah menerima hadiah wang tunai dan e-Sijil.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta menggalakkan amalan kitar semula, khususnya dalam pengurusan sisa elektronik (e-waste).
Melalui pertandingan ini, para peserta diberi peluang untuk menonjolkan kreativiti dan inovasi dalam mengubah bahan buangan elektronik menjadi hasil seni dan produk yang berguna. Penyertaan pelajar-pelajar ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada kepentingan menjaga alam sekitar, malah turut memperkukuhkan hubungan dua hala dalam bidang pendidikan dan alam sekitar antara Brunei Darussalam dan Malaysia.
Program ini diharap dapat menyemai semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan generasi muda serta menggalakkan mereka untuk terus mengamalkan gaya hidup lestari melalui inisiatif hijau seperti kitar semula dan upcycle.
Rujukan:   KPE/CCD/K1:2/PR/2025/044 (M)
Tarikh:      28 Rabiulakhir 1447 | 20 Oktober 2025