CHINA-ASEAN INNOVATION CAMP IN KUALA LUMPUR, MALAYSIA 24 UNTIL 27 OCTOBER 2025

Oct 25, 2025

CHINA-ASEAN INNOVATION CAMP IN KUALA LUMPUR, MALAYSIA
24 UNTIL 27 OCTOBER 2025
Friday| 2 Jamadilawal 1447 | 24 October 2025

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Science, Technology, and Environment Partnership Centre (STEP Centre) and Department of Schools, has coordinated the participation of three students and one teacher from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan to take part in the China- ASEAN Innovation Camp, held from 24 to 27 October 2025 at Sunway University, Kuala Lumpur, Malaysia.

Present at Brunei International Airport to bid farewell to the participants was Yang Mulia Awang Md Danny bin Aimi, Acting Senior Special Duties Officer (Corporate), Department of Schools, Ministry of Education.

C.jpg

The students representing Brunei Darussalam are Lee Jing Jing, Fong Chee Shane, and Lim Mei Ling, accompanied by their teacher, Marlina binti Awang Haji Mohammad Said, as the head of delegation. These students will participate in the “Green Technology" category with their project titled “Earth Battery: Sustainable Harvest." The project was shortlisted by the competition organisers, qualifying them for Phase 4: The Innovation Camp.

B.jpg

The China–ASEAN Innovation Camp features a series of online workshops and mentoring sessions held from September to October, aimed at preparing participants for the upcoming Innovation Camp and ASEAN Finals. These sessions are designed to nurture creativity, strengthen problem-solving abilities, and promote sustainable innovation among young participants.

Throughout their preparation, the students have demonstrated strong commitment and enthusiasm. Their participation in this international programme offers valuable exposure to global innovation practices and fosters a forward-thinking mindset among youth.

This experience also aligns with the nation's vision to cultivate innovation and sustainable solutions among students, equipping them with essential 21st-century skills that support Brunei Darussalam's advancement in science, technology, and environmental stewardship.

D.jpg

Also present at the Brunei International Airport were officials from the Ministry of Education, representing the Department of Schools; the Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP Centre); as well as parents and family members of the students.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


CHINA-ASEAN INNOVATION CAMP DI KUALA LUMPUR, MALAYSIA
24 HINGGA 27 OKTOBER 2025
Hari Jumaat | 2 Jamadilawal 1447 | 24 Oktober 2025

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP) dan Jabatan Sekolah-Sekolah telah menyelaras penyertaan bagi tiga orang pelajar dan seorang guru dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan untuk menyertai China-ASEAN Innovation Camp. Program tersebut akan diadakan pada 24 hingga 27 Oktober 2025 di Sunway University, Kuala Lumpur, Malaysia.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada para peserta ialah Yang Mulia Awang Md Danny bin Aimi, Pemangku Pegawai Tugas Tugas Khas Kanan (Korporat), Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Pelajar-pelajar yang mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Lee Jing Jing, Fong Chee Shane, dan Lim Mei Ling, diiringi oleh guru mereka, Marlina Binti Awang Haji Mohammad Said selaku ketua delegasi. Pelajar-pelajar ini akan mengambil bahagian dalam kategori “Teknologi Hijau" dengan projek mereka yang bertajuk Earth Battery: Sustainable Harvest. Projek tersebut telah disenarai pendek oleh penganjur pertandingan, sekali gus melayakkan mereka ke Fasa 4: Kem Inovasi.

Program China-ASEAN Innovation Camp ini merangkumi beberapa bengkel dalam talian dan sesi bimbingan yang diadakan dari bulan September hingga Oktober, bertujuan untuk mempersiapkan peserta menghadapi Kem Inovasi dan Peringkat Akhir ASEAN yang akan datang. Sesi-sesi ini direka untuk memupuk daya kreatif, memperkukuh kemahiran penyelesaian masalah, serta menggalakkan inovasi lestari dalam kalangan peserta.

Para pelajar telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang persiapan mereka untuk menyertai program ini. Penyertaan dalam program antarabangsa ini turut memberikan pendedahan berharga terutama dalam amalan inovasi global serta memupuk pemikiran berwawasan jauh dalam kalangan belia.

Pengalaman ini juga sejajar dengan wawasan negara untuk memupuk inovasi dan penyelesaian lestari dalam kalangan pelajar, sekali gus membekalkan mereka dengan kemahiran abad ke-21 yang penting bagi menyokong kemajuan Negara Brunei Darussalam dalam bidang sains, teknologi, dan pemeliharaan alam sekitar.

Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dari Jabatan Sekolah-Sekolah; Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP), serta ibu bapa dan ahli keluarga pelajar.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/152 (M)
Tarikh: 2 Jamadilawal 1447 / 24 Oktober 2025