MINISTRY OF EDUCATION'S WORLD MENTAL HEALTH DAY 2025 CELEBRATION

Oct 25, 2025


MINISTRY OF EDUCATION'S WORLD MENTAL HEALTH DAY 2025 CELEBRATION

Saturday | 3 Jamadilawal 1447 | 25 October 2025

 

SENGKURONG – The Ministry of Education through the Counselling Division, today held the  World Mental Health Day 2025 Celebration for the ministry's officers and staff including schools and educational institutions at the Multimedia Theatre, Pusat Tingkatan Enam Sengkurong.​

MHM2.jpeg

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.

MHM6.jpeg

 MHM9.jpeg

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa led by Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Education Officer, Counselling Division, Ministry of Education. The event continued with a speech by Yang Mulia Dr Hajah Dayang Nor Zaiham Midawati binti Haji Abdullah, Acting Head of Counselling Division, Ministry of Education who emphasised the importance of mental health care. In her speech, she explained that individuals with good mental health generally exhibit positive qualities such as friendliness, confidence, organised and able to handle challenges wisely.

 

The event featured a Special Mental Health Forum entitled “Minda Sejahtera Tanggungjawab Bersama" (Healthy Minds, A Shared Responsibility), held in line with this year's World Mental Health Day theme, “Access to Services: Mental Health in Catastrophes and Emergencies".

 MHM5.jpeg

MHM10.jpeg

The forum featured three invited panellists: Yang Mulia Awang Ahmad Faisal bin Haji Zainal Abidin, Head of the School Leaders and Teachers' Well-being Unit (UKPSTP), Counselling Division, Ministry of Education; Yang Mulia Dayang Hajah Radiah binti Omar, Special Grade Nursing Officer and Head of Nursing Administration, Ministry of Health; and Yang Mulia Awang Abdul Khaliq bin Awak, Senior Assistant Religious Development Officer, Islamic Da'wah Centre, Ministry of Religious Affairs, Brunei Darussalam that shared insights from the perspectives of education, health, and spirituality to encourage meaningful dialogue and the exchange of experiences relevant to Brunei Darussalam schools context.

Among the topics discussed were the role of educators and school leaders in promoting awareness and early support for mental well-being, as well as the importance of incorporating Islamic values such as compassion, sympathy and empathy in fostering emotional resilience and maintaining overall mental wellness.

MHM4.jpeg

MHM3.jpeg

 MHM17.jpeg

MHM8.jpeg

MHM1.jpeg

The event concluded with the presentation of tokens of appreciation to the panellists and Psychological First Aid training facilitators by the Guest of Honour. The event was also attended by the Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Heads of Departments, officers and staff, school leaders and teachers under the Ministry of Education as well as students.

____________________________________________


SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA (WORLD MENTAL HEALTH DAY) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 2025

Hari Sabtu | 3 Jamadilawal 1447 | 25 Oktober 2025

 

SENGKURONG – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kaunseling hari ini telah mengadakan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day) 2025 bagi warga kementerian termasuk sekolah-sekolah dan institusi pendidikan, bertempat di Multimedia Theatre, Pusat Tingkatan Enam, Sengkurong.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pegawai Pelajaran, Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Yang Mulia Dr Hajah Dayang Nor Zaiham Midawati binti Haji Abdullah, Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan, yang menekankan akan perihal pentingnya penjagaan kesihatan mental. Beliau menjelaskan bahawa seseorang yang memiliki kesihatan mental yang baik lazimnya akan sentiasa menunjukkan sifat-sifat positif seperti beramah mesra, berkeyakinan tinggi, bijak mengurus serta berupaya mengendalikan sesuatu masalah secara bijaksana.

 

Majlis diisi dengan Forum Khas Kesihatan Mental bertajuk “Minda Sejahtera Tanggungjawab Bersama" bersempena tema Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun ini iaitu “Akses kepada Perkhidmatan: Kesihatan Mental dalam Bencana dan Kecemasan".

 

Forum tersebut menampilkan tiga orang panel jemputan iaitu Yang Mulia Awang Ahmad Faisal bin Haji Zainal Abidin, Ketua Unit Kesejahteraan Pemimpin Sekolah dan Tenaga Pengajar (UKPSTP), Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Dayang Hajah Radiah binti Omar, Pegawai Jururawat Tingkat Khas, Ketua Perkhidmatan Pentadbiran Kejururawatan, Kementerian Kesihatan; dan Yang Mulia Awang Abdul Khaliq bin Awak, Pembantu Kanan Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam yang berkongsi pandangan daripada perspektif pendidikan, kesihatan dan kerohanian, bagi menggalakkan pertukaran idea serta perkongsian pengalaman sebenar yang relevan dengan konteks sekolah di Negara Brunei Darussalam.

Antara perkara yang dibincangkan ialah peranan para pendidik dan pentadbir sekolah dalam mengenal pasti serta menangani krisis kesihatan mental serta kepentingan sokongan awal dan penerapan nilai-nilai Islam seperti belas kasihan, simpati dan empati dalam membantu menangani tekanan emosi dan memelihara kesejahteraan mental.

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada ahli-ahli panel dan fasilitator-fasilitator latihan Psychological First Aid yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Acara pada hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai dan kakitangan, para pemimpin sekolah dan tenaga pengajar di bawah Kementerian Pendidikan serta para pelajar.


Rujukan:   KPE/CCD/K1:2/PR/2025/153 (M)

Tarikh:       3 Jamadilawal 1447 | 25 Oktober 2025​