WORK VISITS OF THE DEPUTY PERMANENT SECRETARY (CORE EDUCATION)
Oct 30, 2025
LAWATAN KERJA
YANG MULIA TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP (PENDIDIKAN TERAS)
Hari Selasa, 6 Jamadilawal 1447H / 28 Oktober 2025
Kuala Belait – Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) telah mengadakan lawatan-lawatan ke tiga buah sekolah rendah di Daerah Belait.  



Lawatan kerja diketuai oleh Yang Mulia Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) ke Sekolah Rendah Kuala Belait, Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin dan Sekolah Rendah Sungai Liang.


Antara tujuan lawatan adalah untuk meninjau dan menyaksikan secara lebih dekat pelaksanaan program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECE) iaitu Projek SEED dan SIMPUR4, STEAM Education and Skills (SES) dan Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama Ke Dalam Sistem Pendidikan Umum. Semasa lawatan tersebut, rombongan turut berpeluang mengadakan sesi perbincangan bersama para pemimpin sekolah dan guru serta meninjau aktiviti dan prasarana sekolah.
Turut menyertai rombongan itu ialah Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan, Kementerian Pendidikan.