EDUTALK 2025 IN CONJUNCTION WITH THE 35TH TEACHERS' DAY CELEBRATION

Nov 5, 2025

EDUTALK 2025 IN CONJUNCTION WITH THE 35TH TEACHERS' DAY CELEBRATION

Wednesday | 14 Jamadilawal 1447 | 5 November 2025

 

TUNGKU LINK – The Ministry of Education, through the Teachers Unit, Brunei Darussalam Leadership and Teacher Academy (BDLTA), Department of Educators Management, today held the EduTALK 2025 in conjunction with the 35th Teachers' Day Celebration at the Chancellor Hall, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

 edutk1.jpeg

Present as the Guest of Honour during the afternoon session was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam.

 

EduTALK 2025 is held over two days until 6 November 2025, comprising four sessions conducted in the same format, with an expected attendance of approximately 6,700 educators, including teachers and school leaders nationwide.

 edutk2.jpeg

edutk3.jpeg

The afternoon session began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat by Yang Mulia Pengiran Muhd Nasiruddin bin Pengiran Haji Abu Bakar, Imam of Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam, followed by a welcoming remark by Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Director of Educators Management, Ministry of Education as the Chairperson of EduTALK 2025.

 edutk4.jpeg

edutk5.jpeg

The session continued with a keynote presentation themed “Tarbiyah and Taqwa: Enhancing the Socio-Emotional and Psychosocial Well-being of Educators in Brunei Darussalam", delivered by Yang Mulia Ustaz Hilman Fauzi, the Keynote Speaker, an Islamic scholar, motivational speaker and renowned academic who brings extensive experience in integrating traditional Islamic knowledge with contemporary educational challenges.

 edutk6.jpeg

edutk7.jpeg

Among the main objectives of EduTALK 2025 is to equip educators in Brunei Darussalam with practical tools and Islamic-based frameworks to sustain their well-being, particularly in terms of socio-emotional and psychosocial aspects. Through this initiative, EduTALK aims to nurture educators who embody spiritual values and inner strength by aligning the Islamic principles of Tarbiyah (holistic development) and Taqwa (consciousness of Allah SWT) with contemporary psychological perspectives to support educators' well-being.

 edutk8.jpeg

In addition, it is designed to support educators in Brunei Darussalam by providing a sustainable framework that enables them to navigate professional challenges, foster personal growth, and enrich the learning experiences of students and the wider community, thereby ensuring a strong and compassionate education system.

Also present were Permanent Secretaries (Higher Education and Core Education), Deputy Permanent Secretary (Core Education), Heads of Departments and officers from the Ministry of Education.​

__________________________________________


EDUTALK 2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KE-35

Hari Rabu | 14 Jamadilawal 1447 | 5 November 2025

 

TUNGKU LINK – Kementerian Pendidikan melalui Unit Tenaga Pengajar, Akademi Kepimpinan dan Guru Brunei Darussalam (BDLTA), Jabatan Pengurusan Pendidik pada hari ini telah mengadakan EduTALK 2025 sempena Sambutan Hari Guru Ke-35 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada sesi petang hari pertama ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

EduTALK 2025 ini diadakan selama dua hari sehingga 6 November 2025, merangkumi empat sesi pada waktu pagi dan petang yang dilaksanakan dengan format yang sama dan dihadiri oleh seramai 6,700 orang pendidik yang terdiri daripada para guru dan pemimpin sekolah dari seluruh negara.

 

Sesi petang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Pengiran Muhd Nasiruddin bin Pengiran Haji Abu Bakar, Imam Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Pengarah Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan selaku Pengerusi EduTALK 2025.

 

Sesi diteruskan dengan pembentangan ucaptama bertemakan 'Tarbiyah dan Taqwa: Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Emosi dan Psikososial Pendidik di Brunei Darussalam' yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Hilman Fauzi, Penyampai Ucaptama iaitu seorang sarjana Islam, penceramah motivasi dan ahli akademik yang terkemuka yang membawa pengalaman luas dalam meneroka ilmu Islam tradisional dengan cabaran pendidikan semasa.​


Antara tujuan utama EduTALK 2025 diadakan adalah untuk melengkapkan para pendidik di Negara Brunei Darussalam dengan alat praktikal dan rangka kerja berteraskan Islam bagi mengekalkan kesejahteraan mereka, khususnya dari aspek sosio-emosi dan psikososial. Melalui pelaksanaan EduTALK ini, inisiatif tersebut diharapkan dapat memupuk tenaga pengajar yang berlandaskan nilai kerohanian dan keteguhan jiwa dengan menyelaraskan prinsip-prinsip Islam, iaitu Tarbiyah (pembangunan holistik) dan Taqwa (keinsafan terhadap Allah SWT), bersama pandangan psikologi kontemporari dalam menyokong kesejahteraan pendidik.


Selain itu, ia juga direka untuk menyokong para pendidik di Negara Brunei Darussalam dengan menyediakan satu rangka kerja yang mampan serta membolehkan mereka mengharungi cabaran profesional, memupuk perkembangan peribadi dan seterusnya memperkayakan pengalaman pembelajaran untuk pelajar serta komuniti yang lebih luas, sekaligus memastikan sistem pendidikan yang teguh dan penyayang.

 

Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi dan Pendidikan Teras), Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Ketua-Ketua Jabatan, dan para pegawai dari Kementerian Pendidikan.

 

Rujukan:   KPE/CCD/K1:2/PR/2025/157 (M)

Tarikh:       14 Jamadilawal 1447 | 5 November 2025​