MALAY LANGUAGE IMMERSION PROGRAM (M.L.I.P)
FOR STUDENTS FROM THE REPUBLIC OF SINGAPORE
IN BRUNEI DARUSSALAM
Thursday, 22 Jamadilawal 1447H | 13 November 2025
TEMBURONG – A delegation comprising 88 students and 14 teachers and officers from the Ministry of Education, Republic of Singapore, visited Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong this morning as part of the Malay Language Immersion Program (M.L.I.P) for students from the Republic of Singapore in Brunei Darussalam.
Welcoming the delegation to the school was Yang Mulia Dayang Norhaiyati binti Haji Serudin, Head of Administration and Finance Division, Department of Schools, Ministry of Education, as the representative of the Director of Schools, along with officers from the Department of Schools, the school principal, and teachers of the respective school.



This visit is a follow-up to the 14th Joint Working Group Meeting between the Ministry of Education, Brunei Darussalam and the Ministry of Education, Republic of Singapore, which was held in Brunei Darussalam in 2024.
The objectives of this program are:
· To strengthen the command of the Malay language among students from the Republic of Singapore, foster cultural understanding, and enhance bilateral relations in the field of education.
· To improve the Malay language proficiency of students from both Republic of Singapore and Brunei Darussalam through authentic, hands-on learning experiences.
· To deepen the understanding of shared cultural heritage and values through interaction with the local community.
· To strengthen strategic educational cooperation between Brunei Darussalam and Republic of Singapore.
· To provide participating schools with international exposure through student exchange programs.
The delegation will be in Brunei Darussalam from 10 to 14 November 2025. The visit was filled with a variety of activities organised by the school, including attending Malay language teaching and learning sessions in pre-arranged classrooms, a dialogue session, and cultural performances by students from the host school as well as students from the Republic of Singapore.
The MLIP 2025 programme is hoped to create a significant impact in elevating the status of the Malay language, strengthening regional relations, and highlighting the role and commitment of Brunei Darussalam as a strategic partner in the fields of education and culture.
_______________________________________
PROGRAM PENYERAPAN BAHASA MELAYU BAGI
PARA PELAJAR REPUBLIK SINGAPURA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
[MALAY LANGUAGE IMMERSION PROGRAM (M.L.I.P)]
Hari Khamis, 22 Jamadilawal 1447 | 13 November 2025
TUTONG – Rombongan yang terdiri daripada 88 orang pelajar serta 14 orang guru dan pegawai dari Kementerian Pendidikan Republik Singapura telah mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong pada pagi ini bagi pelaksanaan Program Penyerapan Bahasa Melayu Pelajar Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam.
Hadir bagi mengalu-alukan ketibaan rombongan ke sekolah berkenaan ialah Yang Mulia Dayang Norhaiyati binti Haji Serudin, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan selaku wakil Pengarah Sekolah-Sekolah, Pegawai-Pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Pengetua dan guru-guru sekolah berkenaan.
Program lawatan ini adalah merupakan susulan daripada Mesyuarat Kumpulan Kerja Ke-14 (14th Joint Working Group Meeting) di antara Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pendidikan Republik Singapura yang telah diadakan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2024.
Diantara objektif program lawatan ini diadakan ialah:
· Program ini bertujuan untuk memperkukuh penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Singapura, memupuk pemahaman budaya setempat, serta mengukuhkan hubungan dua hala dalam bidang pendidikan.
· Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Singapura dan pelajar Negara Brunei Darussalam melalui pengalaman pembelajaran secara langsung dan autentik.
· Memperkukuh pemahaman budaya dan nilai-nilai serumpun melalui interaksi dengan komuniti tempatan.
· Mengukuhkan hubungan strategik dan kerjasama pendidikan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.
· Memberi pendedahan kepada sekolah-sekolah terlibat dalam melaksanakan program pertukaran pelajar bertaraf antarabangsa.
Rombongan berada di Negara Brunei Darussalam dari 10 November hingga 14 November 2025. Lawatan rombongan diisikan dengan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah termasuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik-bilik darjah yang telah disusun atur awal, Sesi dialog, persembahan kebudayaan daripada pelajar-pelajar sekolah tuan rumah dan pelajar-pelajar dari Singapura.
Program MLIP 2025 ini diharap akan dapat memberikan impak yang signifikan dalam memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh hubungan serantau, serta menonjolkan peranan dan komitmen Negara Brunei Darussalam sebagai rakan strategik dalam bidang pendidikan dan kebudayaan.