60TH MEETING OF THE PROGRAMME FOR INTERNATIONAL STUDENT ASSESSMENT (PISA) GOVERNING BOARD IN TASHKENT, UZBEKISTAN
Saturday | 24 Jamadilawal 1447 | 15 November 2025
TASHKENT, UZBEKISTAN – Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam attended the 60th Meeting of the Programme for International Student Assessment (PISA) Governing Board (PGB) held at Hilton Tashkent City, Tashkent, Uzbekistan, from 12 until 15 November 2025.

The biannual meeting organised by Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) was attended by more than 200 participants from OECD member countries and economies as well as OECD partner countries and associates. Amongst the meeting agenda were sharing of the latest developments in the analysis and reporting of PISA 2025, as well as a discussion on the preparations of the cognitive and questionnaire framework for PISA 2029. The meeting also shared and discussed on the knowledge sharing roadmap for PISA and the long-term strategy on education at the OECD.

The meeting was officiated by the Minister of Preschool and School Education of Uzbekistan, Her Excellency E'zozkhon Karimova. In her inaugural speech, she emphasised the significance of social and material wellbeing in the transformation of Uzbekistan's social protection system. She also highlighted several initiatives in improving the quality of the education system in Uzbekistan, based on the analysis and findings of international assessments, such as PISA, TIMSS, PIRLS, and TALIS. Among the transformations are the focus on professional development programme for educators and international collaborations. Uzbekistan had also introduced management schools with the goals to develop school leaders as strategic thinkers. She concluded her speech by expressing hopes that the 60th PISA Governing Board meeting will provide further insights and perspectives on educational revolution.

The meeting also included a visit to the Presidential School, Tashkent City, Uzbekistan to observe the initiatives and education programmes implemented in the school.

Accompanying Yang Mulia Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam at the meeting were Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Acting Director of Planning, Development and Research, Ministry of Education as the PISA National Project Manager for Brunei Darussalam as well as the Data Manager for PISA MPTF from the Department of Planning, Development and Research, Ministry of Education.
___________________________________________
MESYUARAT PERWAKILAN
PROGRAMME FOR INTERNATIONAL STUDENT ASSESSMENT (PISA) KALI KE-60
DI TASHKENT, UZBEKISTAN
Sabtu | 24 Jamadilawal 1447 | 15 November 2025
TASHKENT, UZBEKISTAN – Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, telah menghadiri Mesyuarat Perwakilan Programme for International Student Assessment (Programme for International Student Assessment Governing Board Meeting, PGB) kali ke-60 yang berlangsung di Hilton Tashkent City, Tashkent, Uzbekistan pada 12 hingga 15 November 2025.
Mesyuarat dua kali setahun yang dikendalikan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) ini telah dihadiri oleh lebih dari 200 peserta dari Negara dan Ekonomi Ahli OECD, Negara Bersekutu serta Rakan Kongsi OECD. Agenda mesyuarat merangkumi perkembangan terkini penganalisisan dan perancangan pelaporan bagi PISA 2025, persediaan terperinci dan perbincangan rangka kerja penilaian serta soal selidik PISA 2029. Mesyuarat juga mengongsikan dan membahaskan hala tuju perkongsian pengetahuan bagi PISA dan strategi pendidikan jangka masa panjang di OECD.
Mesyuarat dirasmikan oleh Menteri Pra Sekolah dan Pendidikan Sekolah, Uzbekistan, Puan Yang Terutama E'zozkhon Karimova. Dalam ucapan perasmian, Puan Yang Terutama telah mengongsikan kepentingan kesejahteraan sosial dan bahan dalam transformasi sistem perlindungan sosial Uzbekistan. Puan Yang Terutama turut mengongsikan beberapa inisiatif dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan Uzbekistan hasil daripada penganalisisan penilaian antarabangsa seperti PISA, TIMSS, PIRL dan TALIS. Antara transformasi tersebut adalah memfokuskan kepada program perkembangan profesional dan kerjasama antarabangsa. Mereka juga turut memperkenalkan sekolah pengurusan dalam usaha untuk menghasilkan pemimpin sekolah sebagai pengurus yang berfikiran strategik. Puan Yang Terutama mengakhiri ucapan dengan menzahirkan harapan agar mesyuarat tersebut akan memberikan pemahaman dan pandangan terhadap revolusi pendidikan.
Mesyuarat turut diisikan dengan lawatan ke Presidential School, Tashkent City, Uzbekistan untuk meninjau inisiatif dan program pendidikan yang dilaksanakan di sekolah berkenaan.
Turut mengiringi Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam ialah Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan selaku Pengurus Projek Kebangsaan PISA, Negara Brunei Darussalam serta seorang Pegawai Pengurus Data PISA MPTF dari Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan.