HIGH SCHOOL STUDENTS SUMMIT ON WORLD TSUNAMI AWARENESS DAY 2025 IN SENDAI, JAPAN

Nov 24, 2025

PRESS RELEASE
 
HIGH SCHOOL STUDENTS SUMMIT ON WORLD TSUNAMI AWARENESS DAY 2025
IN SENDAI, JAPAN
23 UNTIL 29 NOVEMBER 2025
Sunday| 2 Jamadilakhir 1447 | 23 November 2025

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Department of Schools, has coordinated the participation of three students and one teacher from Sekolah Menengah Masin to take part in the High School Students Summit on World Tsunami Awareness Day 2025, held from 23 to 29 November 2025 at Sendai City, Tohoku Region, Japan.

Present at Brunei International Airport to bid farewell to the participants was Yang Mulia Dr Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Acting Director of the Department of Schools, Ministry of Education.

sendai1.jpg 


The students representing Brunei Darussalam are Dayang Nazzatul Amanina binti Amir (Year 10), Dayang Wan Sahrifah Nur Darwisyah binti Wan Md Yunos (Year 9), and Dayang Amani Zulaikha binti Abdullah (Year 9), accompanied by their teacher, Dayang Zuliza binti Haji Rosle, Education Officer as the head of delegation.

sendai2.jpg

The international programme aims to deepen understanding of the history of tsunamis in Japan and to explore efforts in Disaster Risk Reduction (DRR). It also seeks to enhance global awareness of tsunami threats and other natural hazards. In addition, the programme focuses on developing youth leadership, particularly in areas of preparedness and community resilience, while strengthening relationships and knowledge exchange between Japanese and international students. The programme also emphasises the importance of global cooperation based on the Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015–2030, in line with the United Nations' (UN) efforts to reduce disaster risks worldwide.

sendai3.jpg

sendai4.jpg

Throughout the programme, participating students and accompanying teachers will have the opportunity to engage in a variety of activities, including a two-day Summit workshop, an orientation session in Tokyo, discussions with relevant stakeholders, as well as knowledge-sharing sessions with experts, community centres and DRR-related institutions. In addition, students will also have the chance to participate in educational visits to disaster-mitigation sites and locations affected by past tsunami events.

Also present at the Brunei International Airport were officials from the Ministry of Education from the Department of Schools as well as parents and family members of the students.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SIARAN AKHBAR

 

PROGRAM 'HIGH SCHOOL STUDENTS SUMMIT ON WORLD TSUNAMI AWARENESS DAY' 2025

DI SENDAI, JEPUN

23 HINGGA 29 NOVEMBER 2025
Hari Ahad | 2 Jamadilakhir 1447 | 23 November 2025

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Sekolah-Sekolah telah menyelaras penyertaan bagi tiga orang pelajar dan seorang guru dari Sekolah Menengah Masin untuk menyertai 'High School Students Summit on World Tsunami Awareness Day' 2025. Program tersebut akan diadakan pada 23 hingga 29 November 2025 di Bandaraya Sendai, Wilayah Tohoku, Jepun.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada para peserta ialah Yang Mulia Dr Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Pemangku Pengarah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Pelajar-pelajar yang mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Dayang Nazzatul Amanina binti Amir (Tahun 10), Dayang Wan Sahrifah Nur Darwisyah binti Wan Md Yunos (Tahun 9), dan Dayang Amani Zulaikha binti Abdullah (Tahun 9), diiringi oleh guru mereka, Dayang Zuliza binti Haji Rosle, Pegawai Pendidikan selaku ketua delegasi.

Program antarabangsa ini bertujuan untuk mendalami sejarah berlakunya tsunami di Jepun serta memahami usaha pengurangan risiko bencana (Disaster Risk Reduction – DRR). Program ini juga berperanan meningkatkan kesedaran global mengenai ancaman tsunami dan bencana lain di samping memupuk kepimpinan belia khususnya dalam aspek kesiapsiagaan dan ketahanan komuniti. Selain itu, ia turut memperkukuhkan hubungan serta perkongsian ilmu antara pelajar Jepun dan pelajar antarabangsa. Program ini turut menekankan nilai kerjasama global berlandaskan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015–2030, selaras dengan usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dalam mengurangkan risiko bencana di seluruh dunia.

Sepanjang program tersebut, para pelajar bersama guru pembimbing akan berpeluang menyertai pelbagai aktiviti, termasuk bengkel Summit selama dua hari, sesi orientasi di Tokyo, sesi perbincangan bersama pihak berkepentingan, serta sesi perkongsian bersama pakar, pusat komuniti, dan institusi berkaitan DRR. Di samping itu, para pelajar juga akan berkesempatan mengikuti lawatan sambil belajar ke lokasi-lokasi berkaitan mitigasi bencana dan tapak berlakunya bencana tsunami.

Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dari Jabatan Sekolah-Sekolah, serta ibu bapa dan ahli keluarga pelajar.



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/177 (M)
Tarikh: 2 Jamadilakhir 1447 / 23 November 2025