GRAND FINALE OF THE CHINA-ASEAN INNOVATION QUEST IN NANNING, CHINA 30 NOVEMBER UNTIL 2 DECEMBER 2025

Nov 30, 2025

GRAND FINALE OF THE CHINA-ASEAN INNOVATION QUEST IN NANNING, CHINA
30 NOVEMBER UNTIL 2 DECEMBER 2025
Sunday| 9 Jamadilakhir 1447 | 30 November 2025

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Science, Technology, and Environment Partnership Centre (STEP Centre) and Department of Schools, has coordinated the participation of two students and one teacher from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan to take part in the Grand Finale of The China-ASEAN Innovation Quest, co-organised by Guilin University of Electronic Technology. The programme will be held from 30 November until 2 December 2025 at Nanning, China.

nan1.jpg

Present at Brunei International Airport to bid farewell to the participants was Yang Mulia Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim, Acting Senior Special Duties Officer (Professional), Department of Schools, Ministry of Education.

The students representing Brunei Darussalam are Lee Jing Jing and Lim Mei Ling, accompanied by their teacher, Marlina binti Awang Haji Mohammad Said, as the head of delegation. These students will participate in the “Green Technology" category with their project titled “Earth Battery: Sustainable Harvest". They have successfully achieved a Top 3 placement during the competition held in Sunway City, Kuala Lumpur in 24-27 October, earning the opportunity to advance to the final round in Nanning China to compete again in the Grand Finale with China innovators.

nan2.jpg

The participation has built students' confidence in presenting their innovative ideas, while also broadening their exposure to new technologies and cross-cultural collaboration. The experience has further enriched their understanding of sustainability and innovation at an international level.

nan3.jpg

Throughout their preparation, the students have demonstrated exceptional commitment, resilience, and curiosity. Their participation in this prestigious international Programme not only exposes them to cutting-edge global innovation practices but also empowers them to think boldly and creatively beyond the classroom.

nan4.jpg

This opportunity strongly supports the nation's vision of nurturing a new generation of innovators capable of driving meaningful change. By engaging in real-world problem-solving and sustainable technological development, these students are gaining essential 21st-century skills that will contribute significantly to Brunei Darussalam's progress in science, technology, innovation, and environmental stewardship. Their involvement reflects the growing potential of Brunei's youth to stand confidently on the global stage and champion solutions that benefit the community and the nation.

Also present at the Brunei International Airport were officials from the Ministry of Education, representing the Department of Schools; the Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP Centre); as well as parents and family members of the students.


__________________________________________________________________________________________


GRAND FINALE OF THE CHINA-ASEAN INNOVATION QUEST IN NANNING CHINA
30 NOVEMBER HINGGA 2 DISEMBER 2025
Hari Ahad | 9 Jamadilakhir 1447 | 30 November 2025

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP) dan Jabatan Sekolah-Sekolah telah menyelaras penyertaan bagi dua orang pelajar dan seorang guru dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan untuk menyertai Grand Finale China-ASEAN Innovation Quest yang dianjurkan bersama oleh Guilin University of Electronic Technology. Program tersebut akan diadakan pada 30 November hingga 2 Disember 2025 di Nanning, China.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada para peserta ialah Yang Mulia Hajah Suriani Binti Haji Noor Hashim, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Profesional), Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.

Pelajar yang mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Lee Jing Jing dan Lim Mei Ling, diiringi oleh guru mereka, Marlina Binti Awang Haji Mohammad Said selaku ketua delegasi. Mereka akan bertanding dalam kategori “Teknologi Hijau" dengan projek bertajuk “Earth Battery: Sustainable Harvest". Pasukan ini telah berjaya meraih kedudukan tiga terbaik dalam pertandingan yang berlangsung di Sunway City, Kuala Lumpur pada 24–27 Oktober yang lalu, sekali gus melayakkan mereka ke pusingan akhir di Nanning untuk bersaing bersama para inovator dari China.

Penyertaan ini telah meningkatkan keyakinan para pelajar dalam membentangkan idea inovatif mereka, di samping memperluaskan pendedahan terhadap teknologi baharu dan kerjasama rentas budaya. Pengalaman tersebut turut memperkukuhkan pemahaman mereka tentang kemampanan dan inovasi pada peringkat antarabangsa.

Sepanjang persediaan, para pelajar menunjukkan komitmen, ketabahan, dan rasa ingin tahu yang tinggi. Penglibatan mereka dalam program berprestij ini bukan sahaja membuka peluang kepada amalan inovasi global terkini, tetapi turut memberi dorongan untuk berfikir lebih berani dan kreatif melangkaui batas bilik darjah.

Peluang ini secara langsung menyokong hasrat negara dalam melahirkan generasi baharu inovator yang mampu membawa perubahan bermakna. Melalui penglibatan mereka dalam penyelesaian masalah sebenar dan pembangunan teknologi lestari, para pelajar memperoleh kemahiran abad ke-21 yang penting, yang akan menyumbang kepada kemajuan Negara Brunei Darussalam dalam bidang sains, teknologi, inovasi dan pemeliharaan alam sekitar. Penyertaan mereka juga mencerminkan potensi besar belia Brunei untuk berdiri yakin di pentas global dan mempelopori penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dari Jabatan Sekolah-Sekolah; Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP), serta ibu bapa dan ahli keluarga pelajar.