WORKING VISIT TO THE REPUBLIC OF INDONESIA

Dec 6, 2025


WORKING VISIT TO THE REPUBLIC OF INDONESIA

SATURDAY |15 JAMADILAKHIR 1447 | 6 DECEMBER 2025

 

Jakarta, Indonesia – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam, successfully concluded a working visit to Bandung and Jakarta, Republic of Indonesia, from 2 to 6 December 2025.​

As President of the Southeast Asian Ministers of Education Organisation (SEAMEO) Council from 2025 – 2027, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah holds an important role to promote cooperation among SEAMEO Member Countries by paying courtesy calls to SEAMEO Council Members and making official visits to the SEAMEO Regional Centres/Network.

work v252.JPG

Whilst in Indonesia, Yang Berhormat Datin had the opportunity to visit the SEAMEO Regional Centre for Early Childhood Care, Education and Parenting (CECCEP) in Bandung, and their Early Childhood Education Centre, where she was briefed on the functions of the centre focusing on research, advocacy, and capacity building for stakeholders in early childhood care and education, as well as parenting, with its flagship programmes. This was followed by a visit to the SEAMEO Regional Centre for Quality Improvement for Teachers and Education Personnel in Science (SEAQIS) which was joined by the Regional Centre for Quality Improvement for Teachers and Education Personnel in Mathematics (SEAQIM). Both centres serve as centres of excellence in professional development of teachers and education personnel in science and mathematics. Yang Berhormat Datin also undertook visits to the Young Explorers STEM Learning Expo and Assalam Kindergarten School, to observe hands-on, exploratory learning activities specifically focused on Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM).

 work v253.JPG

work v251.JPG

work v254.JPG

Yang Berhormat Datin made a further visit to the SEAMEO Regional Centre for Quality Improvement for Teachers and Education Personnel in Language (SEAQIL), in Jakarta, joined by board of directors from the SEAMEO Regional Centre for Open and Distance Learning (SEAMEOLEC), the SEAMEO Regional Centre for Food and Nutrition (RECFON), and the SEAMEO Regional Centre for Tropical Biology (BIOTROP). Yang Berhormat Datin was provided with an overview of the roles and expertise offered by each of the regional centres, outputs, and contributions of each centre, noting the past involvement of participants from Brunei Darussalam.

cc to HE Prof Atip Indonesia 2025.JPG

The working visit culminated with a courtesy call to His Excellency Prof. Atip Latipulhayat, Deputy Minister of Primary and Secondary Education of the Republic of Indonesia to discuss the bilateral cooperation between the two countries. During the courtesy call, Yang Berhormat Datin was accompanied by Tuan Yang Terutama Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to the Republic of Indonesia.

 

Throughout the working visit, Yang Berhormat Datin was accompanied by Yang Mulia Dr. Shamsiah Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam, as the Chair of the SEAMEO High Officials Meetings from 2024 – 2026. Yang Mulia Dr. Shamsiah, who also serves as the Secretary-General of the Brunei Darussalam National Commission for UNESCO, took the opportunity to visit the UNESCO Office in Jakarta and meet with Ms. Maki Katsuno-Hayashikawa, Director of the UNESCO Multisectoral Regional Office and UNESCO Representative for Indonesia, Brunei Darussalam, Malaysia, the Philippines, and Timor-Leste.

 

Accompanying the Minister of Education and the Permanent Secretary (Core Education) on the working visit were officials from the Ministry of Education.

 

______________________________________


 

LAWATAN KERJA KE REPUBLIK INDONESIA

SABTU|14 JAMADILAKHIR 1447 | 6 DISEMBER 2025

 

Jakarta, Indonesia – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah menamatkan lawatan kerja ke Bandung dan Jakarta, Republik Indonesia, dari 2 hingga 6 Disember 2025.

 

Selaku Presiden Majlis Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Southeast Asian Ministers of Education Organisation, SEAMEO) bagi tahun 2025–2027, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah memegang peranan penting dalam mempromosikan kerjasama dalam kalangan Negara Anggota SEAMEO dengan melakukan kunjungan hormat kepada Ahli-ahli Majlis SEAMEO dan mengadakan lawatan rasmi ke Pusat/Rangkaian Serantau SEAMEO.


Semasa berada di Indonesia, Yang Berhormat Datin berkesempatan melawat dan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pusat Serantau SEAMEO bagi Penjagaan, Pendidikan dan Keibubapaan Awal Kanak-kanak (SEAMEO Regional Centre for Early Childhood Care, Education and Parenting, CECCEP) di Bandung. Yang Berhormat Datin diberikan taklimat mengenai fungsi pusat tersebut yang memfokuskan kepada penyelidikan, advokasi, dan pembangunan kapasiti bagi pihak berkepentingan dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak, serta keibubapaan, berserta program-program utama mereka. Seterusnya, acara ini telah diikuti dengan lawatan ke Pusat Serantau SEAMEO bagi Peningkatan Kualiti Guru dan Tenaga Pendidikan dalam Sains (SEAMEO Regional Centre for Quality Improvement for Teachers and Education Personnel in Science, SEAQIS), yang turut disertai oleh Pusat Serantau bagi Peningkatan Kualiti Guru dan Tenaga Pendidikan dalam Matematik (SEAMEO Regional Centre for Quality Improvement for Teachers and Education Personnel in Mathematics, SEAQIM). Kedua-dua pusat ini berfungsi sebagai pusat kecemerlangan dalam pembangunan profesional guru dan tenaga pendidikan dalam bidang sains dan matematik. Yang Berhormat Datin turut mengadakan lawatan ke Ekspo Pembelajaran STEM Young Explorers dan Sekolah Tadika Assalam, bagi menyaksikan aktiviti pembelajaran secara langsung dan eksploratori yang memfokuskan secara khusus kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).


Yang Berhormat Menteri Pendidikan seterusnya berkunjung ke Pusat Serantau SEAMEO bagi Peningkatan Kualiti Guru dan Tenaga Pendidikan dalam Bahasa (SEAMEO Regional Centre for Quality Improvement for Teachers and Education Personnel in Language, SEAQIL), yang turut disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah dari Pusat Serantau SEAMEO bagi Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (SEAMEO Regional Centre for Open and Distance Learning, SEAMOLEC), Pusat Serantau SEAMEO bagi Makanan dan Pemakanan (SEAMEO Regional Centre for Food and Nutrition, RECFON), dan Pusat Serantau SEAMEO bagi Biologi Tropika (SEAMEO Regional Centre for Tropical Biology, BIOTROP). Yang Berhormat Datin telah dikongsikan maklumat secara keseluruhan mengenai peranan dan kepakaran yang ditawarkan oleh setiap pusat serantau, termasuk hasil, dan sumbangan setiap pusat, dengan mengambil maklum penglibatan peserta dari Negara Brunei Darussalam sebelum ini.

 

Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Prof. Atip Latipulhayat, Timbalan Menteri Pendidikan Dasar dan Menengah Republik Indonesia untuk membincangkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara. Semasa kunjungan hormat diadakan, Yang Berhormat Datin turut diiringi oleh Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Indonesia.

 

Sepanjang lawatan kerja berlangsung, Yang Berhormat Datin telah diiringi oleh Yang Mulia Dr. Shamsiah Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, selaku Pengerusi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Tinggi SEAMEO bagi tempoh 2024 – 2026. Yang Mulia Dr. Shamsiah, selaku Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan Brunei Darussalam bagi UNESCO, telah mengambil kesempatan untuk melawat Pejabat UNESCO di Jakarta dan mengunjungi Yang Mulia Puan Maki Katsuno-Hayashikawa, Pengarah Pejabat Serantau Pelbagai Sektor UNESCO dan Wakil UNESCO untuk Indonesia, Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Filipina, dan Timor-Leste.

 

Turut mengiringi Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) ke lawatan kerja tersebut ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.


Rujukan:   KPE/CCD/K1:2/PR/2025/191

Tarikh:      15 Jamadilakhir 1447/6 Disember 2025