THE COMMENCEMENT OF THE FIRST SCHOOL TERM FOR 2026 ACADEMIC YEAR

Jan 3, 2026

THE COMMENCEMENT OF THE FIRST SCHOOL TERM FOR 2026 ACADEMIC YEAR

Saturday, 14 Rejab 1447 | 3 January 2026

 

BERAKAS – The First School Term of the 2026 Academic Year for all primary schools including pre-schools, secondary schools, colleges and sixth form centres, both government and private, under the purview of the Ministry of Education, as well as Ugama and Arabic schools under the Ministry of Religious Affairs, commenced today, Saturday, 14 Rejab 1447 corresponding to 3 January 2026.

KKS_1.png

KKS_2.png

KKS_3.png

KKS_4.png

Meanwhile, international schools, training centres, the Institute of Brunei Technical Education (IBTE), and both public and private higher education institutions will begin their sessions in accordance with their respective academic calendars.

With the start of the new schools session, the Ministry of Education advises and seeks the cooperation of parents and guardians to ensure their children attend school sessions regularly, in ensuring their continued learning and education, especially for those within the age range of the Compulsory Education Act.

____________________________________________________________________________________

PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN BAGI PENGGAL PERTAMA TAHUN AKADEMIK 2026

Sabtu, 14 Rejab 1447 | 3 Januari 2026

 

BERAKAS – Sesi persekolahan bagi Penggal Pertama Tahun Akademik 2026 untuk semua sekolah rendah termasuk prasekolah, sekolah menengah, maktab serta pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, serta sekolah-sekolah ugama dan Arab di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah bermula pada hari ini, Sabtu, 14 Rejab 1447 bersamaan 3 Januari 2026.

 

Sementara itu, sekolah-sekolah antarabangsa, pusat-pusat latihan, Institusi Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) serta Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) akan memulakan sesi mereka mengikut kalendar akademik masing-masing.

 

Sempena bermulanya sesi persekolahan baru ini, Kementerian Pendidikan sukacita menyeru dan menasihatkan para ibu bapa dan penjaga untuk memberikan kerjasama dalam memastikan anak-anak mereka menghadiri sesi persekolahan agar tidak tercicir dalam pembelajaran atau mendapat pendidikan, lebih-lebih lagi bagi yang dalam lingkungan umur Akta Pendidikan Wajib.