CLOSING CEREMONY OF COFFEE WITH DP 2025
Wednesday| 17 Rejab 1447 | 7 January 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Department of Planning, Development and Research, today held the Closing Ceremony for the Coffee with DP 2025 Program at the Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB).


Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and a welcoming speech by Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Acting Director of Planning, Development and Research, as the Chairperson of the event.


This was followed by a keynote speech delivered by Ms. Miyako Ikeda, Senior Analyst at the Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), Paris, as the invited Subject-Matter-Expert for this Coffee with DP Program.

Also present were Yang Mulia Acting Permanent Secretary (Higher Education), Vice-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam, Acting Vice-Chancellor of Universiti Teknologi Brunei, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Acting Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate), Head of Departments and Officers from the Ministry of Education.

The two-day Coffee with DP program that commenced on 6 January 2026, is an annual initiative by the Department of Planning, Development and Research, Ministry of Education. It is a professional discussion platform to share insights, experiences, and current practices related to education, designed to encourage data-informed reflection.
The first day constituted a working visit to Delima Satu Primary School and Berakas Secondary School. The visit was an opportunity to observe and provide insights on education activities implemented at schools, particularly the teaching and learning practices and school management. The possible effects of economic, social and cultural backgrounds of students on their performance were also deliberated during the visit.

The second day featured a workshop attended by 74 school leaders and teachers from 37 government and private schools under the Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs The initiative aims at strengthening participants' capacity in conducting reliable and evidence-based research as well as supporting responsive education planning and policy development and implementation.
_____________________________________
MAJLIS PENUTUP COFFEE WITH DP 2025
Hari Rabu | 17 Rejab 1447 | 7 Januari 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup bagi Program Coffee with DP 2025 di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB).
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, selaku Pengerusi Majlis.
Majlis diikuti dengan penyampaian ucaptama oleh Puan Miyako Ikeda, Penganalisis Kanan di Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), Paris, selaku pakar yang dijemput bagi Program Coffee with DP pada kali ini.
Turut hadir ialah Yang Mulia Pemangku Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Pemangku Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat) serta Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.
Program dua hari ini telah bermula pada 6 Januari 2026 dan merupakan inisiatif tahunan Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan yang bertujuan untuk menyediakan satu platform perbincangan profesional untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta amalan semasa berkaitan Pendidikan. Ianya direka agar dapat melaksanakan refleksi inisiatif yang berasaskan data.
Antara perisian hari pertama program ialah lawatan kerja ke Sekolah Rendah Delima Satu dan Sekolah Menengah Berakas yang diadakan pada hari pertama. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk untuk meninjau secara dekat pelaksanaan aktiviti di peringkat sekolah di Negara Brunei Darussalam, khususnya berkaitan amalan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sekolah serta inisiatif pendidikan yang sedang dilaksanakan serta perbincangan bersama pakar mengenai sebarang efek dimensi sosio-ekonomi dan budaya terhadap prestasi pembelajaran pelajar.
Hari Kedua program pula diisikan dengan bengkel bersama 74 orang pemimpin sekolah dan guru-guru dari 37 buah sekolah kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Inisiatif ini akan dapat memperkukuhkan lagi kapasiti peserta-peserta dalam melaksanakan kajian yang sahih dan berasaskan bukti. Seterusnya ia akan dapat mendokong Pendidikan yang responsif serta pembangunan dan pelaksanaan dasar yang terarah.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/007(M)
Tarikh: 17 Rejab 1447 / 7 Januari 2026