MUZAKARAH SESSION BETWEEN THE MINISTRY OF EDUCATION
AND MEMBERS OF THE LEGISLATIVE COUNCIL 2026
Wednesday| 24 Rejab 1447 | 14 January 2026
BERAKAS – The Ministry of Education today held a Muzakarah Session with Legislative Council Members at the Dewan Persidangan 1, Ministry of Education, Berakas.
Present as the Chairperson of the Muzakarah Session was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education. Also in attendance were Permanent Secretaries, Vice Chancellors, Rector, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments and Senior Officials at the Ministry of Education.
This session is an annual event for the Department of Councils of State, Prime Minister's Office with all ministries and relevant agencies. The Muzakarah session was attended by a total of 17 Legislative Council Members led by Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.



In her welcoming remarks, Yang Berhormat Datin highlighted the achievements, successes and recognitions attained by the Ministry of Education throughout 2025. According to Yang Berhormat Datin, the year 2025 was especially meaningful for the Ministry of Education as students, educators, academics and officers from the ministry each contributed to winning several prestigious awards at the national, regional, and international levels. These accomplishments also included the successful hosting of several high-profile events. The achievements reflect the Ministry of Education's continued commitment to its mission, " To Provide Quality and Holistic Education for a Purposeful Life for Learners",


Yang Berhormat Datin, also highlighted the continuous involvement of the legislative council members, parents, guardians and the community, which is essential in supporting and realising the ministry's vision, “Quality Education, Progressive Nation".
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin as the Head of the Legislative Council Members' delegation for 2026 also delivered his speech during the session.
The Muzakarah session was conducted in a spirit of harmony, marked by constructive and strategic exchanges of views and suggestions aimed at realising Goal 1 of Brunei Vision 2035 which is “Educated, Highly Skilled and Accomplished People" and to further improve the quality of education in this country.
________________________________________________________________________________
SESI MUZAKARAH ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN
BERSAMA YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA, TAHUN 2026
Hari Rabu | 24 Rejab 1447 | 14 Januari 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bertempat di Dewan Persidangan 1 (P1), Kementerian Pendidikan.
Hadir selaku Pengerusi Sesi Muzakarah ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan. Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib-Naib Canselor, Rektor, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pendidikan.
Permuzakarahan ini merupakan acara tahunan bagi Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Jabatan Perdana Menteri bersama kementerian-kementerian dan agensi-agensi berkepentingan. Sesi Muzakarah bersama Kementerian Pendidikan berkenaan telah dihadiri oleh seramai 17 orang Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang diketuai oleh Yang Berhormat Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.
Yang Berhormat Datin dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan pencapaian dan kejayaan serta pengiktirafan yg telah diraih Kementerian Pendidikan sepanjang tahun 2025. Menurut Yang Berhormat Datin tahun 2025 sangat bermakna bagi Kementerian Pendidikan apabila melalui para pelajar, pendidik, ahli akademik, para pegawai kementerian masing-masing telah menyumbang kepada beberapa anugerah peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Ini termasuklah penganjuran beberapa acara berprestij yang telah berjaya dilaksanakan. Kejayaan yg diraih juga menunjukkan Kementerian Pendidikan sentiasa siaga dengan misinya, iaitu “Untuk Menyediakan Pendidikan yang Berkualiti dan Holistik untuk Kehidupan Pelajar yang Bermanfaat".
Yang Berhormat Datin turut menekankan bahawa penglibatan berterusan Ahli-ahli Yang Berhormat, para ibu bapa, penjaga serta masyarakat amat diperlukan dalam mendokong dan merealisasikan visi Kementerian Pendidikan, “Pendidikan Berkualiti, Negara Progresif."
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin selaku Ketua Rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2026 turut menyampaikan ucapan balas semasa sesi berkenaan.
Sesi muzakarah telah berlangsung dalam suasana yang harmoni dengan lontaran pandangan dan cadangan yang membangun dan strategik untuk sama-sama merealisasikan Matlamat 1 Wawasan Brunei 2035 iaitu “Rakyat yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya" serta meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/010(M)
Tarikh: 24 Rejab 1447 / 14 Januari 2026