SUNAT HAJAT PRAYER, RECITATION OF SURAH YASIN AND A SPECIAL DOA CEREMONY
FOR THE HEALTH AND WELL-BEING OF HIS MAJESTY SULTAN
AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM,
ORGANISED BY HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS AND IBTE NATIONWIDE
AS WELL AS BRUNEI DARUSSALAM STUDENTS STUDYING ABROAD
SUNDAY | 28 REJAB 1447 | 18 JANUARY 2026
TUNGKU – Higher Education Institutions and the Institute of Brunei Technical Education (IBTE) under the Ministry of Education today convened at the Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam, to conduct the Sunat Hajat prayer, Recitation of Surah Yasin and Special Doa Ceremony to seek good health and well-being for His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.



The ceremony was attended by officers, lecturers, staff, and students from Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Politeknik Brunei (PB), Institute of Brunei Technical Education (IBTE), as well as Private Higher Education Institutions in Brunei Darussalam.
Also present at the ceremony were Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education); Vice-Chancellors; Acting Rector; and Heads of Departments at the Ministry of Education.
The ceremony was also held both physically and online by the Brunei Students Unit (UPP) at the High Commission of Brunei Darussalam in London, United Kingdom, for Bruneian students studying in the United Kingdom and Ireland. Meanwhile, the same ceremony was also held today simultaneously for Bruneian students studying in Malaysia at the Surau of the High Commission of Brunei Darussalam in Putrajaya, Malaysia. In addition, the same ceremony was also held for Bruneian students studying in Republic of Singapore at the High Commission of Brunei Darussalam on Tanglin Road, Republic of Singapore. The same ceremony was also conducted online for Bruneian students studying in Australia and New Zealand.




The ceremony was held to offer prayers to Allah Subhanahu Wa Ta'ala, seeking His grant of a swift recovery, perfect health, and enduring well-being for His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
In addition, Special Doa for the health and well-being of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam will be recited daily during morning assemblies or at suitable times at all higher education institutions and the Institute of Brunei Technical Education (IBTE), including by Bruneian officers, staff and students overseas, beginning Tuesday, 20 January 2026.
_______________________________________________________________________________________________
MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, BACAAN SURAH YASIN DAN DOA KHAS
BAGI MERAFAKKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG DIADAKAN DI
INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI & IBTE DI SELURUH NEGARA SERTA
PELAJAR-PELAJAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG MENUNTUT DI LUAR NEGARA
HARI AHAD | 28 REJAB 1447 | 18 JANUARI 2026
TUNGKU – Institusi-Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) di bawah Kementerian Pendidikan pada hari ini telah berhimpun di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam, bagi mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Doa Khas bagi merafakkan kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Majlis berkenaan telah dihadiri oleh para pegawai, pensyarah, kakitangan dan pelajar daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Politeknik Brunei (PB), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), serta Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Naib-Naib Canselor; Pemangku Rektor serta Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Pendidikan.
Majlis tersebut juga diadakan secara fizikal dan dalam talian oleh Unit Penuntut-Penuntut di Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, United Kingdom, bagi pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam yang sedang menuntut di United Kingdom dan Ireland. Manakala majlis yang sama turut diadakan secara serentak pada hari ini bagi pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam yang menuntut di Malaysia bertempat di Surau Suruhanjaya Tinggi, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Putrajaya, Malaysia. Di samping itu, majlis yang sama juga diadakan bagi pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam yang menuntut di Republik Singapura di Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam, Tanglin Road di Republik Singapura. Majlis yang sama turut diadakan secara dalam talian bagi pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam yang menuntut di Australia dan New Zealand.
Majlis tersebut diadakan bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar mengurniakan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan kesembuhan yang segera, kesihatan dan keafiatan yang sempurna lagi berpanjangan.
Di samping itu, Doa Khas bagi merafakkan kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan dibacakan setiap hari sewaktu perkumpulan pagi atau pada waktu yang bersesuaian di semua Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), termasuk pegawai, kakitangan dan pelajar Negara Brunei Darussalam di luar negara, bermula hari Selasa, 20 Januari 2026.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/013 (M)
Tarikh: 28 Rejab 1447 | 18 Januari 2026