PRESS CONFERENCE ON THE 11TH HIGHER EDUCATION EXPO 2026

Jan 20, 2026

PRESS CONFERENCE ON THE 11TH HIGHER EDUCATION EXPO 2026
Tuesday | 1 Syaaban 1447 | 20 January 2026

 
BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Higher Education held the Press Conference on the 11th Higher Education Expo 2026 at Conference Hall 6 (P6), Ministry of Education.

Present to speak to the members of the media was Yang Mulia Dr Mona Aliana binti Dato Paduka Awang Haji Mohd Alimin, Acting Director, Department Higher Education, as the Co-Chairperson of the 11th Higher Education Expo 2026, Ministry of Education.

HE1.jpg

The 11th Higher Education Expo 2026 will be held on Saturday, 7 February 2026 and Sunday, 8 February 2026 at Hall 1 and Hall 2, BRIDEX Jerudong. On Saturday, 7 February 2026, the expo will be open to the public from 10.00am until 5.00pm. Whilst on Sunday, 8 February 2026, the expo will start at 9.00am and end at 5.00pm.

HE2.jpg

The 11th Higher Education Expo 2026 is held to:

  1. Provide a One Stop Information Centre for Higher Education where all post-secondary education institutions, government and private higher education institutions, including local education agencies, will provide an overview of the landscape of post-secondary education and higher education, both locally and internationally.
  2. The expo will provide the public, especially the students, an opportunity to interact with representatives of the higher education institutions and education agencies.

As of today, Tuesday, 20 January 2026, a total of more than 60 higher education institutions, educational service agencies, as well as government and private agencies, have confirmed their participation in the 11th Higher Education Expo 2026. This includes 6 local public higher education institutions and 8 local private higher education institutions, 17 agencies and institutions from abroad, 2 embassies, and 10 private agencies.

HE3.jpg

During the Higher Education Expo, The Ministry of Education will also be sharing the latest and relevant information such as the Higher Education Centralized Admissions System (HECAS), Government Scholarships, applications for the accreditation of courses or qualifications.

Among the departments under the Ministry of Education participating in the expo are the Department of Higher Education, Department of Scholarship Management, Department of Educators Management, Lifelong Learning Centre (L3C), Entrepreneurship Innovation Centre (EIC), the Secretariat of Brunei Darussalam National Accreditation Council and Career Education Unit, Department of Schools. Also joining the 11th Higher Education Expo 2026 are the JobCentre Brunei and Manpower Planning and Employment Council (MPEC) from the Prime Minister's Office.

HE4.jpg

The expo is open to the public, particularly secondary school leavers (Brunei-Cambridge GCE 'O' Level graduates) and pre-university students (Brunei-Cambridge GCE 'A' Level graduates) or those with equivalent qualifications who wish to pursue higher education. It also caters to individuals seeking to enhance their skills through upskilling (improving existing skills) or reskilling (learning new skills). Participating institutions will also share information about programmes such as the National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma, Bachelor's Degree, Master's Degree, and Doctoral Degree programmes.

Among the benefits of joining the 11th Higher Education Expo 2026 are:

  1. Learning about the application procedures for Higher Education Institutions;
  2. Receiving guidance from higher education experts;
  3. Having the opportunity for face-to-face interaction with higher education representatives; and
  4. Obtaining information about scholarship opportunities.

The Ministry of Education welcomes the public, especially students and parents, to visit the 11th Higher Education Expo 2026 during the two-day event. For more information, please visit the Ministry of Education's website at www.moe.gov.bn and the Department of Higher Education's website at www.hiedbrunei.moe.gov.bn or through Instagram at @moe_brunei and @hiedbrunei.

_________________________________________________________________________________


SIDANG MEDIA BAGI EKSPO PENGAJIAN TINGGI KALI KE-11 TAHUN 2026
Hari Selasa| 1 Syaaban 1447 | 20 Januari 2026

 
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi pada hari ini telah mengadakan Sidang Media Bagi Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-11 Tahun 2026 di Dewan Persidangan 6 (P6), Kementerian Pendidikan.

Hadir bagi menerangkan mengenai ekspo tersebut ialah Yang Mulia Dr Mona Aliana binti Dato Paduka Awang Haji Mohd Alimin, Pemangku Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, selaku Pengerusi Ekspo Pengajian Tinggi Kali Ke-11 Tahun 2026, Kementerian Pendidikan.

Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-11 Tahun 2026 akan diadakan mulai pada hari Sabtu, 7 Februari 2026 hingga hari Ahad, 8 Februari 2026 bertempat di Dewan 1 dan 2, BRIDEX, Jerudong. Pada hari Sabtu, 7 Februari 2026 ekspo akan mula dibukakan pada orang ramai pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala pada hari Ahad, 8 Februari 2026 ekspo akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-11 Tahun 2026 diungkayahkan dengan tujuan untuk:

  1. Menyediakan Pusat Informasi Sehenti (One-Stop Information Centre) Pengajian Tinggi di mana institusi-institusi dari pengajian pasca menengah, pengajian tinggi awam dan swasta serta agensi-agensi sektor pendidikan dalam dan luar negeri untuk memberikan prospek pengajian pasca menengah dan pengajian tinggi yang terdapat di dalam negara dan antarabangsa.
  2. Ekspo ini akan memberikan peluang kepada orang ramai khususnya pelajar untuk bersemuka dengan pihak institusi pengajian tinggi serta agensi-agensi sektor pendidikan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan.
Sehingga hari ini, Selasa, 20 Januari 2026, sebanyak lebih 60 institusi pengajian tinggi, agensi perkhidmatan pendidikan, serta agensi kerajaan dan swasta telah mengesahkan penyertaan dalam Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-11 Tahun 2026. Penyertaan tersebut merangkumi 6 institusi pengajian tinggi awam dan 8 institusi pengajian tinggi swasta dalam negara, 17 agensi dan institusi dari luar negara, 2 daripada kedutaan, serta 10 agensi swasta.

Semasa Ekspo Pengajian Tinggi berlangsung, Kementerian Pendidikan juga akan mengongsikan maklumat-maklumat terkini seperti Sistem Pusat Kemasukan ke Pengajian Tinggi atau Higher Education Centralized Admission System (HECAS), Biasiswa-Biasiswa Kerajaan dan permohonan pengiktirafan kursus atau kelulusan.

Antara jabatan-jabatan di bawah kawalan Kementerian Pendidikan yang akan menyertai ekspo itu nanti adalah Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Jabatan Pengurusan Pendidik, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C), Pusat Inovasi Keusahawanan (EIC), Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan dan Unit Pendidikan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah. Turut menyertai Ekspo Pengajian Tinggi Kali Ke-11 Tahun 2026 adalah Pejabat Perancangan Tenaga Manusia dan Pusat Pekerjaan Brunei dari Jabatan Perdana Menteri.

Ekspo ini adalah dibukakan kepada orang awam, khususnya pelajar lepasan menengah (lepasan Brunei-Cambridge GCE Peringkat 'O') dan pra-universiti (Brunei-Cambridge GCE Peringkat 'A') atau yang berkelulusan sebanding dengannya yang berhasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk mereka yang ingin mengembangkan kemahiran secara 'upskilling' (meningkatkan kemahiran yang ada) dan 'reskilling' (mempelajari kemahiran baharu yang lain). Institusi-institusi yang terlibat juga akan mengongsikan program-program seperti National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan program Ijazah Kedoktoran.


Antara faedah menyertai Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-11 Tahun 2026 ini adalah:

1. Mengetahui tatacara permohonan ke Institusi-Institusi Pengajian Tinggi;
2. Mendapatkan bimbingan daripada pakar pengajian tinggi;
3. Berpeluang untuk berinteraksi secara bersemuka dengan wakil pengajian tinggi; dan
4. Mendapatkan maklumat tentang peluang biasiswa.

Kementerian Pendidikan mengalu-alukan orang awam terutamanya para pelajar dan ibu bapa untuk berkunjung ke Ekspo Pengajian Tinggi kali ke-11 Tahun 2026 selama dua hari tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn dan laman web Jabatan Pengajian Tinggi di www.hiedbrunei.moe.gov.bn atau melalui Instagram @moe_brunei dan @hiedbrunei.






Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/017(M)
Tarikh: 1 Syaaban 1447 / 20 Januari 2026