STRATEGIC EDUCATIONAL ALLIANCE OF SOUTH EAST ASIA (SEA2) 2026 21 UNTIL 24 JANUARY 2026

Jan 21, 2026

STRATEGIC EDUCATIONAL ALLIANCE OF SOUTH EAST ASIA (SEA2) 2026
21 UNTIL 24 JANUARY 2026
Wednesday| 2 Syaaban 1447 | 21 January 2026
 

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Department of Schools, has coordinated the participation of four Year 13 students and two officers from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan to take part in the 2026 Strategic Educational Alliance of South East Asia (SEA²) Conference, held from 21 to 24 January 2026 at Jakarta Nanyang High School, Jakarta, Indonesia.

MS28.jpg

Present at Brunei International Airport to bid farewell to the participants was Yang Mulia Dr. Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Acting Director of Schools, Department of Schools, Ministry of Education.

MS29.jpg

The students representing Brunei Darussalam are Rachel Pong Xue Ting, Nadia Pang binti Muhammad Rais Pang, Muhammad Adam Syafiee bin Junaidi, and Khairil Zaki bin Haji Khairul Rijal, accompanied by their teacher, Ani Suryani binti Haji Bahe and the College Principal, Pengiran Hajah Rahmah binti Pengiran Haji Abas as the head of delegation. These students will attend keynote addresses, present their research findings, participate in student forums, draft the SEA² Student Declaration on AI in Education, and showcase Bruneian culture while immersing themselves in the culture and traditions of the host country.

MS30.jpg

The Strategic Educational Alliance of South East Asia (SEA²) 2026 Conference, themed “AI: Empowering Education," brings together nine schools from Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia, the Republic of Singapore, Thailand, the Philippines, and Vietnam.

MS31.jpg

In addition to providing a platform for regional cooperation, student interaction, and cultural exchange, the conference also offers meaningful learning experiences for students and opens pathways for long-term partnerships among educational institutions in Southeast Asia.

Also present at the Brunei International Airport were officers from the Department of Schools, Ministry of Education, as well as parents and family members of the students.


________________________________________________________________________________

STRATEGIC EDUCATIONAL ALLIANCE OF SOUTH EAST ASIA (SEA2) 2026
21 HINGGA 24 JANUARI 2026
Hari Rabu | 2 Syaaban 1447 | 21 Januari 2026
 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Sekolah-Sekolah telah menyelaras penyertaan bagi empat orang pelajar Tahun 13 dan dua pegawai dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan untuk menyertai Strategic Educational Alliance of South East Asia (SEA²) 2026 Conference. Program tersebut akan diadakan pada 21 hingga 24 Januari 2026 di Jakarta Nanyang High School, Jakarta, Indonesia.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada para peserta ialah Yang Mulia Dr. Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Pelajar-pelajar yang mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Rachel Pong Xue Ting, Nadia Pang binti Muhammad Rais Pang, Muhammad Adam Syafiee bin Junaidi, dan Khairil Zaki bin Haji Khairul Rijal, diiringi oleh guru mereka, Ani Suryani binti Haji Bahe dan Pengetua Maktab, Pengiran Hajah Rahmah binti Pengiran Haji Abas selaku ketua delegasi. Pelajar-pelajar ini akan menghadiri ucaptama, membentangkan hasil kajian mereka, menyertai forum pelajar, merangka Deklarasi Pelajar SEA² berkaitan AI dalam Pendidikan, serta mempamerkan budaya Brunei di samping mendalami budaya dan tradisi negara tuan rumah.

Persidangan Strategic Educational Alliance of South East Asia (SEA²) 2026 yang bertemakan “AI: Empowering Education" menghimpunkan sembilan buah sekolah dari Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia, Republik Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Selain menyediakan platform bagi kerjasama serantau, interaksi pelajar dan pertukaran budaya, persidangan ini turut menawarkan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar serta membuka laluan kepada perkongsian jangka panjang antara institusi pendidikan di Asia Tenggara.

Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan serta ibu bapa dan ahli keluarga para pelajar.



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/019 (M)
Tarikh: 2 Syaaban 1447 / 21 Januari 2026