OPENING CEREMONY OF THE INDUCTION PROGRAMME FOR NEW TEACHERS 2026

Jan 26, 2026

OPENING CEREMONY OF THE INDUCTION PROGRAMME FOR NEW TEACHERS 2026

Monday | 7 Syaaban 1447 | 26 January 2026

 

BANDAR SERI BEGAWAN The Ministry of Education through the Department of Educators Management today held the Opening Ceremony of the Induction Programme for New Teachers 2026 at the Auditorium Hall, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah. The induction programme will run for five days, from 26 to 31 January 2026, and is attended by 28 new teachers.

it266.JPG

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education) at the Ministry of Education, Brunei Darussalam.

 it263.JPG

it2610.JPG

The ceremony began with a welcoming speech by Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Director of the Department of Educators Management, Ministry of Education, as the Chairperson of the Induction Programme for New Teachers. This was followed by a speech by the Guest of Honour and the official opening of the induction programme. This morning's programme also includes activities and briefings from the Prime Minister's Office, departments under the Ministry of Education and the Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

it267.JPG

it268.JPG

it269.JPG

it264.JPG

it2612.JPG

Among the aims of the induction programme is to provide guidance to newly appointed teachers, enabling them to adapt to their work environment and perform their duties effectively with the preparation provided, particularly during their first few years as a teacher.

 it261.JPG

Also present during the opening ceremony were Heads of Departments and Senior Officials from the Ministry of Education.

 _____________________________________________

MAJLIS PEMBUKAAN PROGRAM INDUKSI BAGI TENAGA PENGAJAR BAHARU TAHUN 2026

Hari Isnin | 7 Syaaban 1447 | 26 Januari 2026

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik pada hari ini telah mengadakan Majlis Pembukaan Program Induksi bagi Tenaga Pengajar Baharu Tahun 2026 di Dewan Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Program Induksi ini akan diadakan selama lima hari, bermula 26 hingga 31 Januari 2026 dan disertai oleh 28 orang tenaga pengajar baharu.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Program Induksi Bagi Tenaga Pengajar Baharu. Majlis seterusnya diikuti dengan ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis dan pembukaan rasmi program induksi. Program pada pagi ini turut diisikan dengan aktiviti dan taklimat daripada Jabatan Perdana Menteri, Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

 

Antara tujuan program induksi ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada tenaga pengajar yang baharu berkhidmat agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja serta melaksanakan tugas dengan baik dengan persediaan yang diberikan, khususnya dalam beberapa tahun pertama berkhidmat sebagai guru.

 

Turut hadir pada majlis pembukaan tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pendidikan.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/025(M)
Tarikh: 7 Syaaban 1447 / 26 Januari 2026