BRUNEI DARUSSALAM LEADERSHIP AND TEACHER ACADEMY (BDLTA) RECEIVES OFFICIAL VISIT FROM THE MINISTRY OF EDUCATION OF THE SULTANATE OF OMAN

Jan 27, 2026

BRUNEI DARUSSALAM LEADERSHIP AND TEACHER ACADEMY (BDLTA)
RECEIVES OFFICIAL VISIT FROM

THE MINISTRY OF EDUCATION OF THE SULTANATE OF OMAN
 Tuesday | 8 Sha'ban 1447 | 27 January 2026

 

BERAKAS – The Ministry of Education through the Brunei Darussalam Leadership and Teacher Academy (BDLTA) , Department of Educators Management today received an official visit from the Ministry of Education of the Sultanate of Oman. The visit titled “Arabic Language Tour and Skills Exploration" is part of a broader working visit to Brunei Darussalam scheduled from 24 January to 5 February 2026.​​

omanlaw8.jpeg

omanlaw9.jpeg

The delegation from the Ministry of Education of the Sultanate of Oman was led by Yang Mulia Dr Ishaq Mahfuz Al Khanjari, Senior Educational Researcher from the Department of Educational Studies and International Cooperation and Technical Supervisor for the Teacher Training Programme. The visit to BDLTA was also joined by Yang Mulia Ustazah Fatimah Ibrahim Al Balushiah, Technical Supervisor for the Student Training Program in Oman, alongside representatives from the Ta'zeez al-Lughah al-'Arabiah Unit, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Ministry of Religious Affairs.

 omanlaw4.jpeg

omanlaw6.jpeg

omanlaw11.jpeg

The programme at BDLTA commenced with a welcoming address by Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Director of the Department of Educators Management, Ministry of Education, followed by a speech by Yang Mulia Dr Ishaq Mahfuz Al Khanjari, Head of the Omani Delegation and Senior Education Researcher from the Department of Educational Studies and International Cooperation, as the representative of the Ministry of Education of the Sultanate of Oman.

 omanlaw10.jpeg

omanlaw1.jpeg

The visit programme continued with a briefing on the roles and initiatives of BDLTA by Yang Mulia Dr Roslena binti Pehin Datu Indera Sugara Hj Johari, Acting Assistant Director  and Head of the Academy, as well as a sharing session on the implementation of teacher training and educational perspectives from both parties. The programme also included a dialogue session aimed at strengthening strategic cooperation between the two institutions.

 

Among the main objectives of the visit were to study the teacher training and educational leadership models implemented by BDLTA, as well as to identify the potential for long-term cooperation between BDLTA and the Teacher Training Centre of the Sultanate of Oman. This includes the implementation of expert exchange programmes and joint training sessions to establish a strategic platform for educational development.

During their stay in Brunei Darussalam, the delegation also delivered face-to-face courses on Fus-ha (standard) Arabic communication for Teachers from educational institutions under the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs.

 omanlaw7.jpeg

The official visit concluded with a closing ceremony and a dialogue session as an effort to further strengthen bilateral cooperation in the education sector. This initiative reflects the continued commitment of Brunei Darussalam and the Sultanate of Oman to enhancing the quality of teacher training and strengthening Arabic language proficiency at the regional and international levels.


________________________________________


AKADEMI KEPIMPINAN DAN GURU BRUNEI DARUSSALAM (BDLTA)

TERIMA LAWATAN RASMI DELEGASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN KESULTANAN OMAN

Hari Selasa | 8 Syaaban 1447 | 27 Januari 2026

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Akademi Kepimpinan dan Guru Brunei Darussalam (BDLTA), Jabatan Pengurusan Pendidik pada hari ini telah menerima lawatan rasmi daripada Kementerian Pendidikan, Kesultanan Oman. Lawatan yang bertajuk “Jelajah Bahasa Arab dan Eksplorasi Kemahiran" ini merupakan sebahagian daripada lawatan kerja delegasi tersebut ke Negara Brunei Darussalam yang diadakan dari 24 Januari hingga 5 Februari 2026.

 

Delegasi Kementerian Pendidikan Kesultanan Oman diketuai oleh Yang Mulia Dr. Ishaq Mahfuz Al Khanjari, Penyelidik Pendidikan Kanan daripada Jabatan Pengajian Pendidikan dan Kerjasama Antarabangsa serta Penyelia Teknikal Program Latihan Guru. Lawatan ke BDLTA turut disertai oleh Yang Mulia Ustazah Fatimah Ibrahim Al Balushiah, Penyelia Teknikal Program Latihan Pelajar di Oman, bersama wakil-wakil daripada Unit Ta'zeez al-Lughah al-'Arabiah, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Program lawatan ke BDLTA dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, diikuti dengan ucapan daripada Yang Mulia Dr Ishaq Mahfuz Al Khanjari, Ketua Rombongan Kesultanan Oman, Penyelidik Pendidikan Kanan, Bahagian Pengajian Pendidikan dan Kerjasama Antarabangsa selaku wakil Kementerian Pendidikan Kesultanan Oman.

 

Program lawatan diteruskan dengan taklimat mengenai peranan dan inisiatif BDLTA yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Roslena binti Pehin Datu Indera Sugara Hj Johari, Pemangku Penolong Pengarah dan Ketua Akademi Kepimpinan dan Guru Brunei Darussalam, di samping sesi perkongsian berkaitan pelaksanaan latihan guru serta pandangan pendidikan daripada kedua-dua pihak. Program ini turut merangkumi sesi dialog yang bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

 

Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk mengkaji model latihan guru dan kepimpinan pendidikan yang dilaksanakan oleh BDLTA, di samping mengenal pasti potensi kerjasama jangka panjang antara BDLTA dan Pusat Latihan Pengajar Kesultanan Oman, termasuk pelaksanaan program pertukaran pakar dan sesi latihan bersama bagi mewujudkan satu platform strategik dalam pembangunan pendidikan.

 

Sepanjang berada di Negara Brunei Darussalam, delegasi juga menyampaikan kursus komunikasi Bahasa Arab Fus-ha (standard) secara bersemuka kepada guru-guru dari institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Lawatan rasmi ini diakhiri dengan majlis penutup dan sesi dialog sebagai usaha memperkukuh lagi kerjasama dua hala dalam sektor pendidikan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Negara Brunei Darussalam dan Kesultanan Oman dalam mempertingkatkan kualiti latihan guru serta memperkukuh penguasaan Bahasa Arab di peringkat serantau dan antarabangsa.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/026(M)
Tarikh: 8 Syaaban 1447 / 27 Januari 2026