MINISTRY OF EDUCATION'S ISRA' AND MI'RAJ CELEBRATION

Jan 29, 2026

MINISTRY OF EDUCATION'S ISRA' AND MI'RAJ CELEBRATION

Thursday | 10 Syaaban 1447 | 29 January 2026

 


BERAKAS – The Ministry of Education, through the Curriculum Development Department and Secretariat of National Education Council, today held the Isra' and Mi'raj Celebration for the year 1447H/2026M at the Main Hall, Ministry of Education.

isram261.jpeg 

isram262.jpeg

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.

 isram263.jpeg

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa led by Yang Mulia Awang Ahmad Busyra bin Haji Matzain, Education Officer, Curriculum Development Department.

isram266.jpeg

isram265.jpeg

The event was enlightened by a special religious talk titled 'Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang' delivered by Yang Mulia Dr. Norashibah binti Haji Besar, Assistant Professor, Dean of Faculty of Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), which highlighted the lessons and teachings from the Isra' and Mi'raj of Prophet Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

 isram264.jpeg

The ceremony is one of the Ministry's annual activities in commemorating the celebration of Islamic holidays as well as to strengthen bonds between the officers and staff at the Ministry.

 isram267.jpeg

Also present were Permanent Secretary (Core Education), Vice Chancellor Universiti Teknologi Brunei, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments as well as officers and staff from the Ministry of Education.

____________________________________________


MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Hari Khamis | 10 Syaaban 1447 | 29 Januari 2026

 

 

BERAKAS - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum dan Urus Setia Majlis Pelajaran Kebangsaan pada hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj bagi Tahun 1447H/2026M bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Ahmad Busyra bin Haji Matzain, Pegawai Pendidikan, Jabatan Perkembangan Kurikulum.

 

Majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang' yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Norashibah binti Haji Besar, Penolong Profesor, Dekan Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), yang menyentuh mengenai dengan hikmah-hikmah yang terkandung dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

 

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian dalam memperingati dan menyemarakkan sambutan hari-hari kebesaran Islam, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pendidikan.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/027 (M)

Tarikh: 10 Syaaban 1447H / 29 Januari 2026M​