CLOSING CEREMONY OF THE INDUCTION PROGRAMME FOR NEW TEACHERS 2026
Monday | 12 Syaaban 1447 | 31 January 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education through the Department of Educators Management today held the Opening Ceremony of the Induction Programme for New Teachers 2026 at the Auditorium Hall, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education) at the Ministry of Education, Brunei Darussalam.


The ceremony began with closing remarks of the Induction Programme by Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Director of the Educators Management, Ministry of Education, as Chairperson of the Induction Programme for New Teachers.




The ceremony continued with a speech by Yang Mulia Dayang Fakhriah Nabilah Binti Muhammad Lutfi, a representative for the participants followed by the reading of the Teachers' Pledge led by Yang Mulia Awang Mohammad Syafiq bin Haji Awang Mohamad Sofian, one of the participants of the programme.



The ceremony concluded with the presentation of certificates by the Guest of Honour to 28 participants of the Induction Programme, as well as the presentation of tokens and certificates of appreciation to briefing presenters and facilitators from 22 departments under the Ministry of Education, as well as government and non-government agencies involved throughout the programme.



Also present at the closing ceremony were Deputy Permanent Secretary (Core Education), Heads of Department and Senior Officers from the Ministry of Education.
________________________________________
MAJLIS PENUTUP PROGRAM INDUKSI BAGI TENAGA PENGAJAR BAHARU TAHUN 2026
Hari Sabtu | 12 Syaaban 1447 | 31 Januari 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Program Induksi Tenaga Pengajar Baharu Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ini ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Majlis dimulakan dengan ucapan majlis penutup program yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Program Induksi Bagi Tenaga Pengajar Baharu.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil peserta program, Yang Mulia Dayang Fakhriah Nabilah binti Muhammad Lutfi, diikuti dengan pembacaan Ikrar Guru secara beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Mohammad Syafiq bin Haji Awang Mohamad Sofian, salah seorang peserta program.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan oleh Tetamu Kehormat kepada 28 orang peserta program induksi tersebut serta penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada penyampai-penyampai taklimat dan fasilitator yang terdiri daripada 22 buah Jabatan di Kementerian Pendidikan serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat di sepanjang program tersebut.
Turut hadir di majlis penutup ini ialah Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/030(M)
Tarikh: 12 Syaaban 1447 / 31 Januari 2026