BRUNEI TEACHERS' STANDARD - TEACHERS PERFORMANCE APPRAISAL (BTS-TPA) WORKSHOP 2026 FOR PRIVATE EDUCATION INSTITUTIONS

Feb 7, 2026

BRUNEI TEACHERS' STANDARD - TEACHERS PERFORMANCE APPRAISAL (BTS-TPA)
WORKSHOP 2026 FOR PRIVATE EDUCATION INSTITUTIONS
Wednesday| 2 Syaaban 1447 | 21 January 2026
 

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Department of School Inspectorate and the Department of Private Education, organised a two-day Brunei Teachers' Standards–Teacher Performance Appraisal (BTS-TPA) Workshop on 21 and 22 January 2026 at Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Secondary School.


JPS1.jpg

The workshop was attended by 12 participants comprising teachers deployed to Private Education Institutions (PEIs). It was organised to strengthen participants' understanding of BTS-TPA 2.0, with the aim of enhancing teaching quality, promote professional alignment, and supporting continuous improvement within the education system.

JPS2.jpg

Also in attendance were the Director of the Department of School Inspectorate, Yang Mulia Awang Haji Zainal bin Haji Kepli, and the Deputy Director of the Department of Private Education, Yang Mulia Dayang Hamidah binti Haji Daud, who emphasised the importance of continuous professional development and strategic inter-departmental collaboration in strengthening the quality of education.

jps3.jpg

The programme marked the second collaborative initiative between the Department of School Inspectorate and the Department of Private Education, reflecting the continued commitment of both departments to strengthening strategic collaboration in the area of teacher professional development.

JPS4.jpg

Throughout the workshop, participants engaged in presentations and structured activities aimed at reinforcing their understanding, application, and implementation of the BTS-TPA 2.0 framework, thereby enhancing their professional competencies and the quality of teaching.

Through this workshop, the Ministry of Education reaffirmed its commitment to continuously strengthening teachers' capacity building and professional skills in line with policies towards the provision of quality education.


_________________________________________​______________________________________________________


SESI BENGKEL BRUNEI TEACHERS' STANDARD - TEACHERS PERFORMANCE APPRAISAL
(BTS-TPA) TAHUN 2026 BAGI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA
Hari Rabu | 2 Syaaban 1447 | 21 Januari 2026
 
 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah dan Jabatan Pendidikan Swasta telah menganjurkan Bengkel Brunei Teachers' Standards-Teacher Performance Appraisal (BTS-TPA) selama dua hari pada 21 dan 22 Januari 2026 bertempat di Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Bengkel tersebut telah dihadiri oleh seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar di Institusi Pendidikan Swasta (IPS). Bengkel ini bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman terhadap BTS-TPA 2.0 bagi meningkatkan kualiti pengajaran, menggalakkan keselarasan profesional, serta menyokong penambahbaikan berterusan dalam sistem pendidikan.

Turut hadir dalam bengkel berkenaan ialah Pengarah Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah, Yang Mulia Awang Haji Zainal bin Haji Kepli, dan Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta, Yang Mulia Dayang Hamidah binti Haji Daud, yang turut menekankan kepentingan pembangunan profesional berterusan serta kerjasama strategik antara jabatan dalam usaha memperkukuh kualiti pendidikan.

Program ini menandakan inisiatif kolaboratif kedua antara Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah dan Jabatan Pendidikan Swasta, yang mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua jabatan dalam memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pembangunan profesional guru.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta terlibat dalam sesi pembentangan dan aktiviti-aktiviti terancang yang bertujuan untuk memperkukuh pemahaman, penerapan, serta pengaplikasian rangka kerja BTS-TPA 2.0, sekaligus meningkatkan kemahiran profesional peserta dan kualiti pengajaran.

Melalui bengkel ini, Kementerian Pendidikan menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh pembinaan kapasiti dan kemahiran profesional guru selaras dengan dasar ke arah penyediaan pendidikan yang berkualiti.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/032 (M)
Tarikh: 2 Syaaban 1447 / 21 Januari 2026