THE 15TH JOINT WORKING GROUP MEETING BETWEEN THE MINISTRY OF EDUCATION BRUNEI DARUSSALAM AND THE MINISTRY OF EDUCATION REPUBLIC OF SINGAPORE
Saturday | 19 Syaaban 1447 | 7 February 2026
REPUBLIC OF SINGAPORE – Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam attended the 15th Joint Working Group Meeting (JWG) between the Ministry of Education Brunei Darussalam and the Ministry of Education Republic of Singapore, held at the Ministry of Education, Singapore from 4 - 5 February 2026.
.jpeg)
The Meeting was co-chaired between Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education) and Ms Lim Wan Yong, Permanent Secretary (Education), Ministry of Education, Republic of Singapore.

The Joint-Working Group meeting is held annually and serves as a platform for Brunei Darussalam and Republic of Singapore to discuss key education developments, review ongoing collaboration, and explore new areas for future partnership in education. This year, both ministries exchanged best practices and discussed matters on Greening Education, Artificial Intelligence, Education Tourism and Education for Environmental Sustainability, among others.
In addition, the delegation had the opportunity to conduct working visits to Elias Park Primary School and Yusof Ishak Secondary School.
.jpeg)
.jpeg)
Joining the delegation were Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana binti Hj Shamsu, Acting Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate) as well as senior officers from the Ministry of Education Brunei Darussalam.
____________________________________________
MESYUARAT KUMPULAN KERJA BERSAMA KALI KE-15 DI ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN REPUBLIK SINGAPURA
Sabtu | 19 Syaaban 1447 | 7 Februari 2026
REPUBLIK SINGAPURA – Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Kali ke-15 antara Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pendidikan Republik Singapura yang berlangsung di Kementerian Pendidikan Republik Singapura pada 4 - 5 Februari 2026.
Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan bersama diantara Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan Yang Mulia Puan Lim Wan Yong, Setiausaha Tetap (Pendidikan), Republik Singapura.
Mesyuarat Kumpulan Kerja ini diadakan setiap tahun dan memberikan peluang bagi kedua-dua negara untuk berkongsi inisiatif pendidikan terkini, menilai kerjasama yang sedia ada, serta meneroka bidang-bidang kerjasama baru dalam pendidikan. Pada kali ini, kedua-dua pihak Kementerian bertukar-tukar amalan baik serta membincangkan antara lain mengenai dengan perkara berkaitan dengan Pendidikan Hijau, Kecerdasan Buatan, Education Tourism dan Pendidikan bagi Kelestarian Alam Sekitar.
Di samping itu, rombongan turut berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Rendah Elias Park dan Sekolah Menengah Yusof Ishak.
Turut menghadiri rombongan tersebut ialah Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana binti Hj Shamsu, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat) dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.