THE 14TH REGIONAL CONGRESS SEARCH FOR SEAMEO YOUNG SCIENTISTS PROGRAMME 2025/2026
Sunday | 20 Syaaban 1447 | 8 February 2026
BERAKAS – The Ministry of Education through Science, Technology and Environment Partnership (STEP) Centre, today coordinated the participation of 4 students and 2 supervising teachers to participate in The 14th Regional Congress Search for SEAMEO Young Scientists Programme 2025/2026, organised by SEAMEO RECSAM, which will be held from 9 to 12 February 2026 in Penang, Malaysia.

Present at Brunei International Airport to bid farewell to the delegation was Yang Mulia Awang Haji Metusin bin Haji Jais, Head of Science, Technology and Environment Partnership (STEP) Centre, Ministry of Education.

The competition programme is participated in by Ahmad Khairi Zakwan bin Haji Mohd Marzuki and Muhammad Danny Daniel bin Abdullah from Sekolah Menengah Rimba, as well as Muhammad Darwisy Syahmi bin Haji Mohd Alimin and Siti Nor’ Alya Amanina @Athirah binti Awang Haji Rahim from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. Accompanying the students are Cikgu Lena Ang Yan Ping, Education Officer from Sekolah Menengah Rimba, and Cikgu Siti Nuraini binti Haji Japarin, Education Officer from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
The theme of the competition this year is “GREENOVATE: Youth Turning Vision into Action for a Sustainable Future.” A total of 2 projects have been selected for presentation at the competition: “RimbaScan: An AI Plant Assistant for Agriculture and Education” from Sekolah Menengah Rimba and “Living on Pressure” from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
The competition emphasises on the importance of Green Education, Environmental Awareness, Sustainability, Climate Change, and Entrepreneurial Thinking, in line with the Sustainable Development Goals (SDGs) and regional priorities. Participants are also given the opportunity to apply STEM fundamentals in developing research projects and innovative products that contribute towards a more environmentally conscious and resilient future.
The program's itinerary includes project exhibition assessments, presentations, and educational games incorporating STEM elements and green education for students.
__________________________________
THE 14TH REGIONAL CONGRESS SEARCH FOR SEAMEO YOUNG SCIENTISTS PROGRAMME 2025/2026
Hari Ahad | 20 Syaaban 1447 | 8 Februari 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP) pada hari ini telah menyelaras penyertaan seramai 4 orang pelajar dan 2 orang guru pengawas untuk mengambil bahagian dalam pertandingan The 14th Regional Congress Search for SEAMEO Young Scientists Programme 2025/2026 yang dianjurkan oleh SEAMEO RECSAM bermula pada 9 hingga 12 Februari 2026 di Pulau Pinang, Malaysia.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Awang Haji Metusin bin Haji Jais, Ketua Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP), Kementerian Pendidikan.
Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar iaitu Ahmad Khairi Zakwan bin Haji Mohd Marzuki dan Muhammad Danny Daniel bin Abdullah dari Sekolah Menengah Rimba, dan Muhammad Darwisy Syahmi bin Haji Mohd Alimin dan Siti Nor’ Alya Amanina @Athirah binti Awang Haji Rahim dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. Turut mengiringi pelajar-pelajar ialah Cikgu Lena Ang Yan Ping, Pegawai Pendidikan dari Sekolah Menengah Rimba dan Cikgu Siti Nuraini binti Haji Japarin, Pegawai Pendidikan dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
Tema pertandingan pada tahun ini ialah “GREENOVATE: Youth Turning Vision into Action for a Sustainable Future”. Sebanyak 2 projek telah dipilih untuk dibentangkan dalam pertandingan ini iaitu “RimbaScan: An AI Plant Assistant for Agriculture and Education” dari Sekolah Menengah Rimba dan “Living on Pressure” dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
Pertandingan ini memberikan penekanan terhadap kepentingan Pendidikan Hijau, Kesedaran Alam Sekitar, Kelestarian, Perubahan Iklim dan Pemikiran Keusahawanan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) dan keutamaan serantau. Peserta juga berpeluang untuk menerapkan asas STEM untuk mencipta projek penyelidikan dan produk inovatif yang menyumbang kepada masa depan yang lebih peka terhadap alam sekitar dan berdaya tahan.
Antara perisian program ini ialah penilaian bagi pameran projek, pembentangan dan permainan berunsurkan pendidikan yang menerapkan elemen STEM dan pendidikan hijau untuk pelajar.