SEKOLAH MENENGAH RIMBA ACHIEVE BRONZE MEDALS AT THE 14TH REGIONAL CONGRESS SEARCH FOR SEAMEO YOUNG SCIENTISTS PROGRAMME 2025/2026

Feb 14, 2026


SEKOLAH MENENGAH RIMBA ACHIEVE BRONZE MEDALS AT 

THE 14TH REGIONAL CONGRESS SEARCH FOR SEAMEO YOUNG SCIENTISTS PROGRAMME 2025/2026

Saturday | 26 Syaaban 1447 | 14 February 2026


MALAYSIA – Sekolah Menengah Rimba won 2 Bronze Medals through their project “RimbaScan: An AI Plant Assistant for Agriculture and Education” during their participation in The 14th Regional Congress Search for SEAMEO Young Scientists Programme 2025/2026, which was held from 9 to 12 February 2026 in Penang, Malaysia. The awards were received under the categories Special Award for the Application of STEM Concepts and Special Award for Commercial Potential.

SSYS2026.jpeg

During the competition, 2 projects were presented, namely “RimbaScan: An AI Plant Assistant for Agriculture and Education” from Sekolah Menengah Rimba and “Living on Pressure” from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. The theme of the competition for this year was “GREENOVATE: Youth Turning Vision into Action for a Sustainable Future”.

The competition programme was participated in by Ahmad Khairi Zakwan bin Haji Mohd Marzuki and Muhammad Danny Daniel bin Abdullah from Sekolah Menengah Rimba, as well as Muhammad Darwisy Syahmi bin Haji Mohd Alimin and Siti Nor’ Alya Amanina @Athirah binti Awang Haji Rahim from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. Accompanying the students are Cikgu Lena Ang Yan Ping, Education Officer from Sekolah Menengah Rimba, and Cikgu Siti Nuraini binti Haji Japarin, Education Officer from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

The participation of 4 students and 2 supervising teachers in the competition was coordinated by the Ministry of Education through the Science, Technology and Environment Partnership (STEP) Centre, and organised by SEAMEO RECSAM.

The competition emphasised on the importance of Green Education, Environmental Awareness, Sustainability, Climate Change, and Entrepreneurial Thinking, in line with the Sustainable Development Goals (SDGs) and regional priorities. Participants are also given the opportunity to apply STEM fundamentals in developing research projects and innovative products that contribute towards a more environmentally conscious and resilient future.

The program's itinerary included project exhibition assessments, presentations, and educational games incorporating STEM elements and green education for students.

_____________________________________________________________



SEKOLAH MENENGAH RIMBA MERAIH PINGAT GANGSA SEMASA 

THE 14TH REGIONAL CONGRESS SEARCH FOR SEAMEO YOUNG SCIENTISTS PROGRAMME 2025/2026

Hari Sabtu| 26 Syaaban 1447 | 14 Februari 2026


MALAYSIA – Sekolah Menengah Rimba telah berjaya meraih 2 Pingat Gangsa melalui projek “RimbaScan: An AI Plant Assistant for Agriculture and Education” semasa penyertaan dalam The 14th Regional Congress Search for SEAMEO Young Scientists Programme 2025/2026 yang berlangsung dari 9 hingga 12 Februari 2026 bertempat di Pulau Pinang, Malaysia. Kejayaan tersebut diraih menerusi kategori Special Award for the Application of STEM Concepts dan Special Award for Commercial Potential. 


Dalam pertandingan tersebut, 2 projek telah dipertandingkan, iaitu “RimbaScan: An AI Plant Assistant for Agriculture and Education” dari Sekolah Menengah Rimba dan “Living on Pressure” dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. Tema pertandingan pada tahun ini ialah “GREENOVATE: Youth Turning Vision into Action for a Sustainable Future”.


Pertandingan ini telah disertai oleh pelajar-pelajar iaitu Ahmad Khairi Zakwan bin Haji Mohd Marzuki dan Muhammad Danny Daniel bin Abdullah dari Sekolah Menengah Rimba, dan Muhammad Darwisy Syahmi bin Haji Mohd Alimin dan Siti Nor’ Alya Amanina @Athirah binti Awang Haji Rahim dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. Turut mengiringi pelajar-pelajar ialah Cikgu Lena Ang Yan Ping, Pegawai Pendidikan dari Sekolah Menengah Rimba dan Cikgu Siti Nuraini binti Haji Japarin, Pegawai Pendidikan dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. 


Penyertaan seramai 4 orang pelajar dan 2 orang guru pengawas semasa pertandingan berkenaan telah diselaras oleh Kementerian Pendidikan melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP), dan dianjurkan oleh SEAMEO RECSAM.


Pertandingan ini bertujuan memberikan penekanan terhadap kepentingan Pendidikan Hijau, Kesedaran Alam Sekitar, Kelestarian, Perubahan Iklim dan Pemikiran Keusahawanan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) dan keutamaan serantau. Peserta juga berpeluang untuk menerapkan asas STEM untuk mencipta projek penyelidikan dan produk inovatif yang menyumbang kepada masa depan yang lebih peka terhadap alam sekitar dan berdaya tahan.     


Program ini diisi dengan penilaian bagi pameran projek, pembentangan dan permainan berunsurkan pendidikan yang menerapkan elemen STEM dan pendidikan hijau untuk pelajar.