MEETING SESSION WITH STAKEHOLDER AGENCIES IN PREPARATIONS FOR THE DISSEMINATION OF THE PRIVATE EDUCATIONAL INSTITUTIONS STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP-IPS)

Feb 24, 2026

MEETING SESSION WITH STAKEHOLDER AGENCIES
IN PREPARATIONS FOR THE DISSEMINATION OF THE PRIVATE EDUCATIONAL
INSTITUTIONS STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP-IPS)
Wednesday | 23 Syaaban 1447 | 11 February 2026
 

BERAKAS – The Ministry of Education, Brunei Darussalam through the Department of Private Education, held a meeting and discussion session today with relevant stakeholder agencies at Conference Hall 1 (P1), Ministry of Education.

SOP1.jpg

The meeting aimed to share the components of the Standard Operating Procedures for Private Education Institutions (SOP-IPS) that are related to the respective agencies, in order to strengthen understanding and obtain agreement on the procedures for implementation, particularly in aspects concerning the establishment and registration of private education institutions, as well as applications to construct and develop schools.

SOP2.jpg

The meeting session also aimed to strengthen strategic collaboration between the Ministry of Education and relevant stakeholder agencies to ensure that all applications are processed more efficiently, transparently, and in accordance with the legal requirements under the Education Act, Chapter 210.

The outcomes and findings of the discussions will serve as a basis for the enhancement of the SOP-IPS for its future dissemination and implementation, thereby ensuring that regulations and guidelines continue to be refined, while strengthening engagement sessions between private education institutions and relevant stakeholders.

SOP3.jpg

This initiative is in line with the ongoing commitment to improve the quality of private education and to ensure that the development of private education institutions is carried out in an orderly manner, in compliance with the law, and in line with the current needs of the national education system.

_____________________________________________________________________________________________________


SESI PERJUMPAAN DENGAN AGENSI-AGENSI BERKEPENTINGAN
UNTUK PERSEDIAAN BAGI PEMBERIGAAN
PROSEDUR OPERASI STANDARD INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (SOP-lPS)
Hari Rabu | 23 Syaaban 1447 | 11 Februari 2026
 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pendidikan Swasta pada hari ini telah mengadakan satu sesi perjumpaan dan perbincangan bersama agensi-agensi berkepentingan bertempat di Dewan Persidangan 1 (P1), Kementerian Pendidikan.

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk berkongsi komponen dalam Prosedur Operasi Standard Institusi Pendidikan Swasta (SOP-IPS) yang mempunyai hubung kait dengan agensi-agensi berkenaan, bagi memperkukuh kefahaman serta mendapatkan ketetapan berhubung tatacara pelaksanaan, khususnya dalam aspek yang melibatkan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta serta permohonan untuk membina dan membangun sekolah.

Sesi perjumpaan tersebut turut bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Kementerian Pendidikan dengan agensi-agensi berkepentingan bagi memastikan setiap permohonan dapat diproses secara lebih cekap, telus serta selaras dengan kehendak perundangan di bawah Akta Pendidikan Penggal 210.

Hasil mesyuarat dan dapatan perbincangan ini akan dijadikan asas dalam penambahbaikan SOP-IPS bagi tujuan pemberigaan dan pelaksanaannya pada masa akan datang, sekali gus memastikan peraturan serta garis panduan sentiasa diperkemas, di samping memperkukuh sesi libat urus antara IPS dan pihak berkepentingan.

Inisiatif ini selaras dengan komitmen berterusan untuk meningkatkan kualiti pendidikan swasta serta memastikan pembangunan IPS dilaksanakan secara teratur, mematuhi undang-undang dan memenuhi keperluan semasa sistem pendidikan negara.



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/ 041(M)
Tarikh: 23 Syaaban 1447 / 11 Februari 2026