THE 42ND NATIONAL DAY CELEBRATION OF BRUNEI DARUSSALAM 2026 HELD AT GOVERNMENT AND PRIVATE EDUCATIONAL INSTITUTIONS NATIONWIDE

Feb 24, 2026

THE 42ND NATIONAL DAY CELEBRATION OF BRUNEI DARUSSALAM 2026

HELD AT GOVERNMENT AND PRIVATE EDUCATIONAL INSTITUTIONS NATIONWIDE

TUESDAY | 6 RAMADAN 1447 | 24 FEBRUARY 2026

 

Primary and secondary schools, colleges, as well as sixth form centres nationwide today held the 42nd National Day Celebration of Brunei Darussalam, 2026, simultaneously across all four districts.

HK2026PS_1.png 

Among the events and activities conducted at the respective educational institutions were the National Day Special Prayer, the singing of the National Anthem and performances of patriotic songs, the recitation of the National Day Pledge, religious talks (tazkirah), quiz activities,  as well as various other programmes and activities.

HK2026PS_2.png

HK2026PS_3.png

HK2026PS_4.png

HK2026PS_5.png

Through the this celebration, the younger generation, particularly students are exposed to a deeper appreciation of the meaning of independence and are instilled with values of loyalty and love for the nation from their school years. The celebration aims to instil a sense of loyalty and devotion towards the Monarch, nation and the country, while further strengthening unity, patriotism and a strong sense of national identity among students.

 

In addition, the celebration also seeks to cultivate awareness and a shared sense of responsibility in supporting and appreciating the deeper meaning of this year's National Day theme, “Bersatu Mencapai Cita Negara". This year's National Day celebration not only emphasises the values of patriotism and national identity, but also incorporates a spiritual reflection in keeping with the holy month of Ramadan.

 

Several private and international schools under the Ministry of Education will also organise the 42nd National Day Celebration of Brunei Darussalam on Wednesday, 25 February 2026.

______________________________________________________________________________


SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

KE-42, TAHUN 2026 YANG DIADAKAN

DI INSTITUSI-INSTITUSI PENDIDIKAN KERAJAAN DAN SWASTA SELURUH NEGARA

HARI SELASA | 6 RAMADAN 1447 | 24 FEBRUARI 2026

 

Sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab serta pusat tingkatan enam di seluruh negara pada hari ini telah mengadakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42, Tahun 2026 secara serentak di keempat-empat daerah.

 

Antara acara dan aktiviti yang dilaksanakan di institusi pendidikan masing-masing termasuk Doa Khas Hari Kebangsaan, nyanyian Lagu Kebangsaan dan persembahan lagu-lagu patriotik, bacaan Ikrar Hari Kebangsaan, tazkirah, aktiviti kuiz serta pelbagai acara dan aktiviti lain.

 

Melalui penganjuran sambutan ini, generasi muda khususnya para pelajar didedahkan kepada penghayatan erti kemerdekaan serta dipupuk dengan nilai kesetiaan dan kecintaan kepada negara sejak di peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan bagi menyemai rasa kasih, taat setia serta kecintaan terhadap raja, bangsa dan negara, di samping mengukuhkan semangat perpaduan, patriotisme serta kenegaraan yang tinggi dalam kalangan para pelajar.

 

Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk menanamkan kesedaran serta rasa tanggungjawab bersama dalam mendukung dan menghayati tema Hari Kebangsaan pada tahun ini, iaitu “Bersatu Mencapai Cita Negara". Sambutan hari kebangsaan pada tahun ini bukan sahaja menekankan nilai patriotisme dan kenegaraan, malah turut disertai dengan penghayatan rohani yang bertepatan dengan kemuliaan bulan Ramadan.

 

Beberapa buah sekolah swasta dan antarabangsa di bawah Kementerian Pendidikan akan turut mengadakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42 pada hari Rabu, 25 Februari 2026.​