42ND NATIONAL DAY CELEBRATION SPECIAL FORUM, BRUNEI DARUSSALAM 2026

Feb 25, 2026


42ND NATIONAL DAY CELEBRATION SPECIAL FORUM, BRUNEI DARUSSALAM 2026

Wednesday| 7 Ramadan 1447 | 25 February 2026

 

TUNGKU LINK – The Ministry of Culture, Youth and Sports and the Ministry of Education as co-organiser today held a Special Forum for the 42nd National Day Celebration of Brunei Darussalam 2026 at the Chancellor Hall, Universiti Brunei Darussalam.

opd21.jpeg

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.

 

Also present at the special forum was Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Minister of Religious Affairs, and Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Minister of Culture, Youth and Sports in their capacity as Co-Chair of the Executive Committee for the 42nd National Day Celebration of Brunei Darussalam, 2026.

 

Among the objectives of the special forum is to instill aspirations of independence, ensuring the present generation to gain a deeper understanding of the meaning of national sovereignty. In additon, the special forum emphasises on Wawasan 2035 by highlighting the nation's economic, social, and spiritual development journey, while empowering the younger generation to cultivate a spirit of patriotism and appreciation for the progress that has been achieved.

 

The special forum commenced with the singing of the National Anthem, 'Allah Peliharakan Sultan', followed by the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat led by Yang Mulia Awang Abdul Muhaimin bin Dr Haji Serbini, Mosque Affairs Officer, Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

 

The event then continued with a special video clip featuring exclusive interviews with national leaders and historians on the nation's journey towards independence, as well as their experiences in witnessing the country's development since 1984.

 

The highlight of the event was the Special Forum Panel Session moderated by Yang Mulia Dr. Awang Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk, Assistant Ra'es III (Student Affairs and Alumni), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Ministry of Religious Affairs.

 opd12.jpeg

opd16.jpeg

The special forum featured four (4) panellists comprising senior officers and academics in fields related to the economy, education and social development to discuss the nation's direction in the context of post-independence development as well as the future aspirations of Brunei Darussalam. The panellists were:


      i.         Yang Mulia Dayang Noor Dina Zharina binti Haji Yahya, Acting Director of the Energy Policy and Strategy Division, Department of Energy at the Prime Minister's Office;

     ii.         Yang Mulia Dayangku Norhanidah binti Pengiran Haji Masshor, Acting Director of the Department of Economic Planning and Statistics, Ministry of Finance and Economy;

    iii.         Yang Mulia Dayang Dr. Dayang Hajah Ummi Fa'izah binti Haji Abdul Rahman, Assistant Professor, Centre for Promotion of Knowledge and Language, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Ministry of Education;

    iv.         Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid, Special Duties Officer Grade II, Department of Syariah Affairs, Ministry of Religious Affairs

 opd13.jpeg

opd14.jpeg

opd15.jpeg

The ceremony also witnessed a poetry recitation performance by Yang Mulia Awang Muhammad Firdaus bin Awang Abdul Sani, a Master of Teaching student at Universiti Brunei Darussalam. The poem, titled “Lewat Gerbang Kemerdekaan" (Through the Gates of Independence), is a literary work composed by Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Minister of Religious Affairs.

 opd11.jpeg

Also in attendance at the event were Deputy Ministers from the Prime Minister's Office and the Ministry of Religious Affairs; Permanent Secretaries from the Prime Minister's Office, Ministry of Defence, Ministry of Finance and Economy, Ministry of Religious Affairs, Ministry of Health, Ministry of Education and Ministry of Culture, Youth and Sports; Vice Chancellors and Rector; Deputy Permanent Secretaries from the Ministry of Finance and Economy, Ministry of Religious Affairs, Ministry of Health, Ministry of Education and the Ministry of Culture, Youth and Sports; youth representatives from government agencies and youth associations; students from public and private higher education institutions; as well as students from secondary schools and sixth form centres.

__________________________________________


FORUM KHAS SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-42, TAHUN 2026

Hari Rabu | 7 Ramadan 1447 | 25 Februari 2026

 

TUNGKU LINK –  Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan selaku penganjur bersama pada hari ini telah mengadakan Forum Khas Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42, Tahun 2026 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.

 

Turut hadir semasa forum khas tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42, Tahun 2026.

 

Antara tujuan forum khas ini diadakan adalah untuk menyemai aspirasi kemerdekaan bagi memastikan generasi masa kini memahami makna kedaulatan negara dengan lebih mendalam. Selain itu, forum khas ini turut memberi penekanan kepada Wawasan 2035 dengan mengetengahkan perjalanan pembangunan ekonomi, sosial, dan kerohanian negara, di samping memperkasa generasi baharu dalam memupuk semangat patriotisme serta penghargaan terhadap kemajuan yang telah dicapai.

 

Forum khas ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan', diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Abdul Muhaimin bin Dr Haji Serbini, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

 

Acara kemudiannya diteruskan dengan tayangan klip video khas yang memaparkan wawancara eksklusif bersama tokoh pemimpin dan sejarawan negara mengenai perjuangan kemerdekaan serta pengalaman mereka dalam menyaksikan pembangunan negara pasca 1984.


Kemuncak acara ini ialah Sesi Panel Forum Khas yang dimudah cara oleh Yang Mulia Dr. Awang Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk, Penolong Ra'es III (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Forum khas tersebut menampilkan empat (4) orang ahli panel terdiri daripada para pegawai kanan dan tenaga akademik dalam bidang-bidang yang berkaitan ekonomi, pendidikan dan sosial bagi membincangkan hala tuju negara dalam konteks pembangunan pasca kemerdekaan serta aspirasi masa hadapan Negara Brunei Darussalam, iaitu:

      i.         Yang Mulia Dayang Noor Dina Zharina binti Haji Yahya, Pemangku Pengarah Dasar dan Strategi Tenaga, Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri;

     ii.         Yang Mulia Dayangku Norhanidah binti Pengiran Haji Masshor, Pemangku Pengarah, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi;

    iii.         Yang Mulia Dayang Dr. Dayang Hajah Ummi Fa'izah binti Haji Abdul Rahman, Penolong Profesor, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kementerian Pendidikan;

    iv.         Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama

 

Acara turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh Yang Mulia Awang Muhammad Firdaus bin Awang Abdul Sani, pelajar Master of Teaching di Universiti Brunei Darussalam. Sajak yang dipersembahkan bertajuk Lewat Gerbang Kemerdekaan" yang merupakan sebuah karya sastera hasil ciptaan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Turut hadir ke acara tersebut ialah Timbalan-Timbalan Menteri dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama; Setiausaha-Setiausaha Tetap dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Naib-Naib Canselor dan Rektor; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; para belia daripada agensi kerajaan dan persatuan-persatuan belia; para pelajar daripada institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta; serta para pelajar dari sekolah-sekolah menengah dan pusat-pusat tingkatan enam.​

Foto: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/043(M)
Tarikh: 7 Ramadan 1447 / 25 Februari 2026