60TH RELC INTERNATIONAL CONFERENCE AND WORKING VISIT TO THE REPUBLIC OF SINGAPORE

Mar 10, 2026

60TH RELC INTERNATIONAL CONFERENCE 

AND WORKING VISIT TO THE REPUBLIC OF SINGAPORE

Tuesday, 20 Ramadan 1447 | 10 March 2026



REPUBLIC OF SINGAPORE – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam, attended the Opening Ceremony of the 60th SEAMEO Regional Language Centre (RELC) International Conference as Guest of Honour, in her capacity as President of the Southeast Asian Ministers of Education Organisation (SEAMEO) Council for the 2025 – 2027 term. The Ceremony was held on 9 March 2026 at the SEAMEO RELC in the Republic of Singapore.


The RELC International Conference is an annual event that serves as a premier platform for educators and researchers worldwide to share best practices and innovations in language teaching and learning. A flagship programme since 1968, the Conference fosters international collaboration and advances excellence in language education across the region and beyond.


In her opening address, Yang Berhormat Datin highlighted the significance of this year’s theme, “Global Trends and Innovations in Language Education: Theory, Research, and Practice in Action.” She spoke on the transformative role of Generative AI (GenAI) as a “cognitive partner” in language education, while underscoring the importance of inclusivity, linguistic diversity, and sustainability. Yang Berhormat Datin urged participants to translate research into meaningful practice, ensuring that innovations remain human-centred and equitable.

YB Datin menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Pusat Bahasa Serantau SEAMEO (Regional Language Centre, RELC) Kali ke 60.jpeg

YB Datin menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Pusat Bahasa Serantau SEAMEO (Regional Language Centre, RELC) Kali ke 60_2.jpeg


Following the Opening Ceremony, Yang Berhormat Datin conducted an official engagement at SEAMEO RELC in her capacity as President of the SEAMEO Council. During the visit, Yang Berhormat Datin was briefed on the Centre’s strategic roles, areas of expertise, and key programmes, including their regional impact and future development plans. The session also highlighted the longstanding participation of Bruneian delegates, reflecting the enduring cooperation between Brunei Darussalam and the Centre. The engagement concluded with a tour of the Centre’s facilities. 


YB Datin mengadakan kunjungan rasmi ke SEAMEO RELC atas kapasiti beliau sebagai Presiden Majlis SEAMEO.jpeg


While in Singapore, Yang Berhormat Datin paid a courtesy call on His Excellency Mr. David Neo, Acting Minister (Community, Culture and Youth) and Senior Minister of State (Education), Republic of Singapore. The meeting served to strengthen bilateral relations and provided a meaningful platform to exchange views on successful initiatives and shared interests in education, reflecting both nations’ commitment to nurturing future-ready generations. 

YB Datin mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama David Neo_Pemangku Menteri (Kebudayaan Komuniti dan Belia) serta Menteri Kanan Negara (Pendidikan) Republik Singapura.jpeg


Yang Berhormat Datin also visited recipients of the Brunei Darussalam-Singapore Youth Education Scholarship at Victoria Hall, Republic of Singapore. During the engagement, Yang Berhormat Datin encouraged the scholars to strive for academic excellence as young ambassadors of Brunei Darussalam, while remaining firmly grounded in the values of Malay Islamic Monarchy (MIB), in preparation for their future roles as leaders.

YB Datin melawat para penerima Biasiswa Pendidikan Belia Brunei Darussalam_Singapura.jpeg


Accompanying the Minister of Education on the working visit were Puan Yang Terutama Hajah Noor Qamar binti Haji Sulaiman, High Commissioner of Brunei Darussalam to the Republic of Singapore, Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education) and as Chair of SEAMEO High Officials Meetings (SEAMEO HOM) for the 2024 – 2026 term, and officials from the Ministry of Education.



_______________________________________________________


PERSIDANGAN ANTARABANGSA RELC KALI KE-60 

DAN LAWATAN KERJA KE REPUBLIK SINGAPURA

Selasa, 20 Ramadan 1447 | 10 Mac 2026



REPUBLIK SINGAPURA – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, telah menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Pusat Bahasa Serantau SEAMEO (Regional Language Centre, RELC) Kali ke-60 selaku Tetamu Kehormat, dalam kapasiti beliau sebagai Presiden Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Southeast Asian Ministers of Education Organisation, SEAMEO) bagi penggal 2025 – 2027. Majlis perasmian berkenaan telah diadakan pada 9 Mac 2026 di Bangunan Pusat Serantau SEAMEO RELC, Republik Singapura.


Persidangan Antarabangsa RELC tersebut merupakan acara tahunan yang berfungsi  sebagai platform utama bagi pendidik dan penyelidik dari seluruh dunia untuk berkongsi amalan terbaik serta inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sebagai program utama sejak tahun 1968, persidangan ini memupuk kerjasama antarabangsa dan memajukan kecemerlangan pendidikan bahasa di rantau ini dan seterusnya.


Dalam Ucapan Perasmian, Yang Berhormat Datin menekankan kepentingan tema tahun ini, iaitu “Global Trends and Innovations in Language Education: Theory, Research, and Practice in Action”. Yang Berhormat Datin menyentuh mengenai peranan transformatif Kecerdasan Buatan Generatif (GenAI) sebagai "rakan kognitif" dalam pendidikan bahasa, di samping menggariskan kepentingan inklusiviti, kepelbagaian linguistik, dan kelestarian. Yang Berhormat Datin menggalakkan para peserta untuk menterjemahkan penyelidikan kepada amalan yang bermakna, bagi memastikan inovasi kekal berpaksikan manusia dan saksama.


Berikutan Majlis Perasmian, Yang Berhormat Datin telah mengadakan kunjungan rasmi ke SEAMEO RELC atas kapasiti beliau sebagai Presiden Majlis SEAMEO. Semasa sesi tersebut, Yang Berhormat Datin telah diberikan taklimat mengenai peranan strategik, bidang kepakaran, dan program-program utama Pusat berkenaan, termasuk impak serantau dan rancangan pembangunan masa hadapan. Taklimat tersebut turut menyentuh mengenai penglibatan berterusan peserta dari Negara Brunei Darussalam, yang mencerminkan kerjasama erat yang sekian lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Pusat tersebut. Kunjungan tersebut diakhiri dengan tinjauan ke kemudahan-kemudahan Pusat berkenaan.


Semasa berada di Singapura, Yang Berhormat Datin juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama David Neo, Pemangku Menteri (Kebudayaan Komuniti dan Belia) serta Menteri Kanan Negara (Pendidikan), Republik Singapura. Pertemuan tersebut berfungsi untuk memperkukuh hubungan dua hala dan menyediakan platform bagi pertukaran pandangan mengenai inisiatif yang berjaya serta kepentingan bersama dalam pendidikan, yang mencerminkan komitmen kedua-dua buah negara dalam melahirkan generasi yang sedia masa hadapan.


Yang Berhormat Datin turut melawat para penerima Biasiswa Pendidikan Belia Brunei Darussalam-Singapura bertempat di Victoria Hall, Republik Singapura. Semasa sesi tersebut, Yang Berhormat Datin memberi galakan kepada para penerima biasiswa untuk berusaha mencapai kecemerlangan akademik sebagai duta muda Negara Brunei Darussalam, di samping terus berpegang teguh kepada nilai-nilai Melayu Islam Beraja (MIB), sebagai persediaan bagi peranan sebagai pemimpin masa hadapan.


Turut mengiringi Menteri Pendidikan dalam lawatan kerja tersebut ialah Puan Yang Terutama Hajah Noor Qamar binti Haji Sulaiman, Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) selaku Pengerusi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan SEAMEO bagi penggal 2025 – 2027, serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.