NUZUL AL-QURAN COMMEMORATION CEREMONY
MINISTRY OF EDUCATION 1447/2026
Wednesday, 21 Ramadan 1447 | 11 March 2026
BERAKAS – The Ministry of Education, through the Department of Planning and Estate Management, Corporate Communications Division, and Legal Unit today held a Nuzul Al-Quran Commemoration Ceremony for the Ministry of Education 1447/2026 at the Main Hall, Ministry of Education.
Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Awang Haji Md Azmi bin Haji Ridzuan, Education Officer, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

The event proceeded with a religious lecture titled “Mengukuhkan Pembelajaran Al-Quran dan Menghayati AjaranNya" delivered by Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Ummi Fa'izah binti Haji Abdul Rahman, Assistant Professor, Centre for the Promotion of Knowledge and Language, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

The ceremony is one of the Ministry's annual activities in commemorating the historic event of the first verses of the Holy Al-Quran were revealed to the Prophet Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam from Allah Subhanahu Wata'ala.
Also present were Permanent Secretaries, Vice Chancellor of Universiti Brunei Darussalam, Rector, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments as well as officers and staff of the Ministry of Education.
____________________________________________________________________________________
MAJLIS SAMBUTAN MEMPERINGATI NUZUL AL-QURAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 1447/2026
Hari Rabu, 21 Ramadan 1447 | 11 Mac 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet, Bahagian Komunikasi Korporat dan Unit Undang-Undang pada hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Memperingati Nuzul Al-Quran bagi peringkat Kementerian Pendidikan Tahun 1447/2026 di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Md Azmi bin Haji Ridzuan, Pegawai Pendidik, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
Acara kemudian diserikan dengan ceramah khas bertajuk “Mengukuhkan Pembelajaran Al-Quran dan Menghayati AjaranNya" yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Ummi Fa'izah binti Haji Abdul Rahman, Penolong Profesor, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Acara tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian dalam sama-sama memperingati peristiwa bersejarah berkenaan dengan turunnya ayat-ayat pertama kitab suci Al-Quran Al-Karim kepada junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai wahyu daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib Canselor (Universiti Brunei Darussalam), Rektor, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan para pegawai serta kakitangan Kementerian Pendidikan.