TAHLIL CEREMONY AT THE ROYAL BRUNEI MAUSOLEUM IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADAN FOR THE YEAR 1447 HIJRAH/2026 MASIHI MINISTRY OF EDUCATION, BRUNEI DARUSSALAM

Mar 11, 2026

TAHLIL CEREMONY AT THE ROYAL BRUNEI MAUSOLEUM

IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADAN

FOR THE YEAR 1447 HIJRAH/2026 MASIHI

MINISTRY OF EDUCATION, BRUNEI DARUSSALAM

Wednesday | 21 Ramadan 1447 | 11 March 2026

 

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Department of Co-Curriculum Education, the Department of Special Education and the Entrepreneurship Innovation Centre (EIC) today held a recitation of Surah Yaasin and Tahlil ceremony for Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman and Al -Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah  Mu'izzaddin Waddaulah at the Royal Brunei Mausoleum, Jalan Tutong.​

kubah1115.jpeg

The Ministry of Education's delegation at the ceremony was led by Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education.

 kubah1112.jpeg

The ceremony commenced with the recitation of Surah Yaasin and Tahlil led by oleh Yang Mulia Awangku Muhammad Rafiuddin bin Pengiran Ramle, Imam Tingkat II, Ash-Shaliheen Mosque. The ceremony continued with Doa Tahlil and concluded with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 kubah111.jpeg

kubah1113.jpeg

kubah1114.jpeg

This event is one of the annual religious activities of the Ministry of Education and its departments to enliven the month of Ramadan and to seek blessings from Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Furthermore, this event serves as a platform to strengthen faith and piety, increased in acts of worship, as well as to foster closer ties among officers and staff of the Ministry of Education.

 

Also in attendance at the ceremony were Vice-Chancellor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Rector Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Deputy Permanent Secretary (Core Education), Heads of Departments, as well as officers and staff of the Ministry of Education.


________________________________________


MAJLIS TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA

SEMPENA BULAN RAMADAN TAHUN 1447 HIJRAH/2026 MASIHI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Hari Rabu | 21 Ramadan 1447 | 11 Mac 2025

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Khas dan Pusat Keusahawanan Inovasi pada hari ini telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah  Mu'izzaddin Waddaulah di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

 

Hadir mengetuai rombongan Kementerian Pendidikan pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Awangku Muhammad Rafiuddin bin Pengiran Ramle, Imam Tingkat II, Masjid Ash-Shaliheen. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Doa Tahlil dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi menyemarakkan bulan Ramadan dan memohon keberkatan, keredhaan serta rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Selain itu, majlis ini juga menjadi wadah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan, memperbanyakkan amal ibadah, serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Ketua-Ketua Jabatan dan para pegawai serta kakitangan Kementerian Pendidikan.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/049 (M)

Tarikh: 21 Ramadan 1447/11 Mac 2026​