APPLICATION OPENING FOR
TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION SCHOLARSHIP SCHEME (BPTV)
ACADEMIC SESSION 2026/2027
Sunday | 25 Ramadan 1447 | 15 March 2026
BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Scholarship Management is pleased to announce that applications for the Technical and Vocational Education Scholarship Scheme (BPTV) for the academic year 2026/2027 specifically for eligible 'O' level school leavers to pursue higher education at local private higher institutions will commence on Monday, 16 March 2026 at 9.00 am and will be closed on Thursday, 16 April 2026 at 4.00 pm.
The BPTV scheme is offered by the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam which envisaged to fulfil the increasing demand for technical and vocational education in the country. This scheme provides opportunities for 'O' level school leavers to futher studies at a higher level in support of Brunei Vision 2035, which aims to produce educated and highly skilled citizens.
The public, especially 'O' level school leavers who meet the set requirements are welcomed to apply for the BPTV Scholarship Scheme.
Surat Pemberitahuan with reference 5/2026 and the BPTV Scheme (BPTV/A1) application form can be obtained from the Ministry of Education website at www.moe.gov.bn. The completed forms and all required documents must be submitted through the procedures set by the Department of Scholarship Management, Ministry of Education no later than Thursday, 16 April 2026 at 4.00 pm.
Any enquiries on this matter, interested applicants can contact the Department of Scholarship Management, Ministry of Education as follows:
Office Number: 2380019 (Monday to Thursday and Saturday)
8.00 am to 2.00 pm (during Ramadan)
7.45 am to 12.15 pm and 1.30 pm to 4.30 pm
Email: bptv@moe.gov.bn or scholarship@moe.gov.bn
_________________________________________
PEMBUKAAN PERMOHONAN
SKIM BIASISWA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (BPTV)
SESI AKADEMIK 2026/2027
Hari Ahad | 25 Ramadan 1447 | 15 Mac 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa sukacita memaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) bagi Sesi Akademik 2026/2027 khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat 'O' yang layak untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi swasta dalam negeri akan dibukakan bermula pada hari Isnin, 16 Mac 2026, jam 9.00 pagi dan akan ditutup pada hari Khamis, 16 April 2026 jam 4.00 petang.
Skim ini disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini. Dengan adanya skim ini, ianya akan dapat memberi peluang pelajar lepasan sekolah di peringkat 'O' untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya bagi menyahut Wawasan Brunei 2035 dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.
Dalam hubungan ini, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat 'O' yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan biasiswa Skim BPTV.
Surat Pemberitahuan bilangan 5/2026 dan borang permohonan Skim BPTV (BPTV/A1) boleh didapati dari laman web rasmi Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn. Borang-borang yang telah lengkap diisikan berserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan tidak lewat pada hari Khamis, 16 April 2026 jam 4.00 petang.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan seperti berikut:
No. Telefon Pejabat: 2380019 (Isnin hingga Khamis dan Sabtu)
8.00 pagi hingga 2.00 petang (sepanjang bulan Ramadan)
7.45 pagi hingga 12.15 tengah hari dan 1.30 petang hingga 4.30 petang
E-mel: bptv@moe.gov.bn atau scholarship@moe.gov.bn
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/052(M)
Tarikh: 25 Ramadan 1447 / 15 Mac 2026