APPLICATION OPENING FOR THE
TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING (TVET) SCHEME
ACADEMIC SESSION 2026/2027
Sunday | 25 Ramadan 1447 | 15 March 2026
BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Scholarship Management is pleased to announce that applications for the Technical and Vocational Education and Training (TVET) Scheme for the academic session 2026/2027 specifically for eligible 'O' level school leavers to pursue higher education at local private higher education institutions will commence on Monday, 16 March 2026 at 8.30 am and will be closed on Thursday, 16 April 2026 at 4.00 pm.
The TVET scheme is one of the collaborative projects between the Ministry of Education, Manpower Planning Office (PPTM), Prime Minister's Office and Job Centre Brunei (PPB), Prime Minister's Office. This scheme is offered by the Government of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to provide programmes geared towards employment whilst improving qualifications and skills of the local population.
The public, especially 'O' level school leavers who meet the set requirements are welcome to apply for the TVET Scheme.
Surat Pemberitahuan with reference 06/2026 and the TVET Scheme application form can be obtained from the Ministry of Education website at www.moe.gov.bn. The completed forms and all required documents must be submitted via the listed local private higher institutions listed not later than Thursday, 16 April 2026 at 4.00 pm.
For any enquiries on this matter, interested applicants can contact the Department of Scholarship Management, Ministry of Education as follows:
Office Number: 2380019 (Monday to Thursday and Saturday)
8.00 am to 2.00 pm (during Ramadan)
7.45 am to 12.15 pm and 1.30 pm to 4.30 pm
Email: scholarship@moe.gov.bn
______________________________
PEMBUKAAN PERMOHONAN
SKIM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (TVET)
SESI AKADEMIK 2026/2027
Hari Ahad | 25 Ramadan 1447 | 15 Mac 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa sukacita memaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi sesi akademik 2026/2027 khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat 'O' untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negeri akan dibukakan bermula pada hari Isnin, 16 Mac 2026, jam 8.30 pagi dan akan ditutup pada hari Khamis, 16 April 2026, jam 4.00 petang.
Skim TVET adalah merupakan salah satu projek kerjasama di antara Kementerian Pendidikan, pihak Pejabat Perancangan Tenaga Manusia (PPTM), Jabatan Perdana Menteri dan pihak Pusat Pekerjaan Brunei (PPB), Jabatan Perdana Menteri. Skim ini disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi menawarkan program yang membawa kepada pekerjaan sambil meningkatkan kelulusan dan kemahiran anak-anak tempatan.
Dalam hubungan ini, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat 'O' yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan Skim TVET ini.
Surat Pemberitahuan bilangan 06/2026 dan borang permohonan Skim TVET boleh didapati dari laman web rasmi Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn. Borang-borang yang telah lengkap diisikan berserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah digariskan kepada pihak institusi yang ditetapkan tidak lewat daripada hari Khamis, 16 April 2026, jam 4.00 petang.
Bagi pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, pemohon yang berminat bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan melalui:
No. Telefon Pejabat: 2380019 (Isnin hingga Khamis dan Sabtu)
8.00 pagi hingga 2.00 petang (sepanjang bulan Ramadan)
7.45 pagi hingga 12.15 tengah hari dan 1.30 petang hingga 4.30 petang
E-mel: scholarship@moe.gov.bn
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/053(M)
Tarikh: 25 Ramadan 1447 / 15 Mac 2026