DEPARTMENT OF SPECIAL EDUCATION HOLDS KHATAM AL-QURAN AND 'SHARING OF BLESSINGS' PROJECT

Mar 19, 2026


DEPARTMENT OF SPECIAL EDUCATION HOLDS KHATAM AL-QURAN AND
'SHARING OF BLESSINGS' PROJECT
Saturday| 24 Ramadan 1447 | 14 March 2026
 

BANDAR SERI BEGAWAN – The Department of Special Education, Ministry of Education today held a Khatam Al-Quran ceremony and the presentation of 'Sharing of Blessings' project at the Multipurpose Hall of Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. The program was organised to seek blessings and multiplied rewards in conjunction with the holy month of Ramadan.

JPKhas20.jpeg 


Present as guest of honour was President of the Brunei Darussalam National Paralympic Council, Yang Mulia Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

JPKhas21.jpeg

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by the guest of honour, followed by the recitation of Surah Adh-Dhuha through to Surah An-Nas, recitation of takhtim, tahlil and Doa Khatam led by Yang Mulia Awang Abdul Hadi Ashmawi bin Haji Suili, and proceeded by Dikir Marhaban performance.

JPKhas23.jpeg

The ceremony saw the presentation of 'Sharing of Blessings' project to 20 selected students with special educational needs from several schools, namely; Sekolah Rendah Beribi Telanai, Sekolah Rendah Katok B, Sekolah Menengah Katok, Sekolah Menengah Menglait, Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Menengah Rimba II, as well as Sekolah Rendah Rimba I, II and III.

JPKhas22.jpeg

The presentation of the contributions is one of the initiatives by the Department of Special Education, aimed at supporting and celebrating students with special needs and their families, while also fostering a spirit of compassion and generosity among officers and staff of the department.

JPKhas24.jpeg

The ceremony concluded with a recitation of Doa Selamat, followed by a group photo session. This event is the department's annual activity held every Ramadan, as part of its efforts to encourage the reading of the Al-Quran, strengthen ties among the department's officers and staff, schools, parents, and guardians, and to seek the blessings of Allah SWT.

Also present at the ceremony were the Acting Director of Special Education, Yang Mulia Dr Hajah Mustazah binti Awang Haji Maidin, school leaders, senior officers, officers, teachers, parents and guardians, as well as officers and staffs from the Department of Special Education.


_______________________________________________________________________________________


JABATAN PENDIDIKAN KHAS ANJUR MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PROJEK BERKONGSI REZEKI
Hari Sabtu | 24 Ramadan 1447 | 14 Mac 2026
 

BANDAR SERI BEGAWAN –Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan, Majlis Khatam Al-Quran diselajurkan dengan Majlis Penyampaian Projek Berkongsi Rezeki bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Program ini dianjurkan bagi merebut keberkatan dan ganjaran berlipat ganda sempena bulan Ramadan yang mulia.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Presiden Majlis Paralimpik Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat, diikuti dengan bacaan Surah Adh-Dhuha hingga Surah An-Nas, bacaan takhtim, tahlil dan Doa Khatam yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Abdul Hadi Ashmawi bin Haji Suili, sebelum diteruskan dengan dikir marhaban secara beramai-ramai.

Majlis kemudiannya diselajurkan dengan penyampaian Projek Berkongsi Rezeki kepada 20 orang pelajar-pelajar berkeperluan khas yang telah dikenal pasti untuk menerima sumbangan sempena Sambutan Hari Raya dari beberapa buah sekolah, iaitu Sekolah Rendah Beribi Telanai, Sekolah Rendah Katok B, Sekolah Menengah Katok, Sekolah Menengah Menglait, Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Menengah Rimba II serta Sekolah Rendah Rimba I, II dan III.

Penyampaian sumbangan tersebut merupakan salah satu inisiatif kebajikan Jabatan Pendidikan Khas bagi membantu dan meraikan pelajar-pelajar berkeperluan khas serta keluarga mereka, di samping menyemai nilai keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga jabatan.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, diikuti dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat dan para penerima sumbangan. Majlis ini merupakan aktiviti tahunan Jabatan Pendidikan Khas pada setiap bulan Ramadan dalam usaha menggalakkan pembudayaan membaca Al-Quran, mengeratkan silaturahim antara warga jabatan, sekolah, ibu bapa dan penjaga, serta mengharapkan keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Turut hadir di majlis tersebut ialah, Pemangku Pengarah Pendidikan Khas, Yang Mulia Dr Hajah Mustazah binti Awang Haji Maidin, pemimpin-pemimpin sekolah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, guru-guru, ibu bapa dan penjaga serta warga Jabatan Pendidikan Khas.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/055 (M)
Tarikh: 24 Ramadan 1447 / 14 Mac 2026