SOCIALISATION ON STEAM EDUCATION AND SKILLS (SES) FOR LOWER PRIMARY LEVELS (YEAR 2 – 5) IN PRIVATE EDUCATIONAL INSTITUTIONS

Mar 26, 2026


SOCIALISATION ON STEAM EDUCATION AND SKILLS (SES) FOR LOWER PRIMARY LEVELS (YEAR 2 – 5) IN PRIVATE EDUCATIONAL INSTITUTIONS

BERAKAS – Ministry of Education through the Department of Private Education (JPS), in collaboration with the Department of Curriculum Development (JPK), conducted a socialisation session on the implementation of STEAM Education and Skills (SES) for 50 Private Education Institutions (PEIs) offering formal primary-level education on 11 February 2026.

The session commenced with introductory remarks by Yang Mulia Awang Sofian Erwan bin Mohamad, Director of DPE who highlighted SES as an important Ministry's initiative aimed at enhancing the quality of teaching and learning through more interactive, meaningful and future-oriented educational approaches.

SES JPS_1.png

This was followed by a presentation from Yang Mulia Awang Ali Hamdani bin Haji Muhammad Diah, Director of CDD, who outlined the SES Guidebook including implementation requirements, curriculum alignment and the targeted learning outcomes intended to ensure consistency and continuity across schools.

SES JPS_2.png

An overview of Project-Based Learning (PBL) was then delivered by Yang Mulia Awang Dr Khairul bin Haji Matusin, Assistant Director at CDD who explained how PBL supports STEAM learning through active, collaborative and inquiry-based approaches.

SES JPS_3.png

The briefing also clarified academic expectations, lesson design requirements and the need for consistent alignment with SES guidelines. Participating schools were encouraged to strengthen their planning processes, define learning objectives clearly and adopt more structured instructional strategies to support effective SES implementation.

The session served as a platform for private schools to deepen their understanding, review current practices and enhance consistency in SES implementation across all IPS. DPE and CDD will continue to provide guidance and support to ensure SES is implemented effectively and is aligned to the national education priorities.

SES JPS_4.png

SES JPS_5.png

_________________________________________________________


PEMBERIGAAN PELAKSANAAN STEAM EDUCATION AND SKILLS (SES) PERINGKAT RENDAH

(TAHUN 2–5) BAGI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (IPS)

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) dengan kerjasama Jabatan Perkembangan Kurikulum (JPK) telah mengendalikan sesi sosialisasi Pelaksanaan STEAM Education and Skills (SES) bagi 50 buah Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang menawarkan Pendidikan formal di peringkat rendah pada 11hb Februari 2026.

Taklimat dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Yang Mulia Awang Sofian Erwan bin Mohamad, Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta. Beliau menekankan bahawa SES merupakan salah satu inisiatif penting Kementerian Pendidikan dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan yang lebih interaktif, bermakna dan berorientasikan masa hadapan.

Seterusnya, Yang Mulia Awang Ali Hamdani bin Haji Muhammad Diah, Pengarah JPK, membentangkan Garis Panduan SES yang merangkumi keperluan pelaksanaan, penjajaran kurikulum serta hasil pembelajaran yang disasarkan bagi memastikan kesinambungan dan keseragaman pelaksanaan di peringkat sekolah.

Taklimat turut disusuli dengan penerangan mengenai Project-Based Learning (PBL) oleh Yang Mulia Awang Dr Khairul bin Haji Matusin, Penolong Pengarah JPK, yang menjelaskan bagaimana PBL menyokong pengajaran STEAM melalui pembelajaran aktif, kolaboratif dan berasaskan inkuiri.

Selain itu, sesi ini turut memperincikan standard akademik, reka bentuk pengajaran serta keperluan untuk memastikan penyelarasan yang konsisten dengan Buku Panduan SES. Pihak sekolah turut digalakkan untuk memperkukuh proses perancangan, memastikan objektif pembelajaran yang jelas dan mengaplikasikan aktiviti pengajaran secara lebih sistematik bagi menyokong pelaksanaan SES yang berkesan.

Taklimat ini juga menjadi platform bagi sekolah-sekolah untuk memperkukuh pemahaman, menilai amalan sedia ada serta meningkatkan keseragaman pelaksanaan SES di seluruh IPS. JPS dan JPK akan terus memberikan sokongan berterusan dalam memastikan pelaksanaan SES selaras dengan keutamaan dan hala tuju pendidikan negara.