61st MEETING OF THE PROGRAMME FOR INTERNATIONAL STUDENT ASSESSMENT GOVERNING BOARD (PISA-PGB) IN BRASILIA, BRAZIL
Wednesday | 26 Syawal 1447 | 15 April 2026
Brasilia, Brazil – Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam attended the 61st Meeting of the Programme for International Student Assessment Governing Board (PISA-PGB) held at Brazil International Convention Center (CICB), Brasilia, Brazil, from 8 until 10 April 2026.

The PISA Governing Board Meeting is organised biannually by the Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) and this meeting was attended by more than 100 participants from OECD member countries/economies, OECD associate and partner countries. The main agenda of the meeting includes a presentation of the latest developments of the PISA 2025 analysis, as well as the launch plan for PISA 2025 Report this September 2026. In addition, the meeting also discussed a few assessment frameworks for PISA 2029. This three-day meeting also shared developments on some innovative projects, including preparations for the use of artificial intelligence (AI) technology in PISA assessments in the upcoming cycles, taking into account the increasing use of AI technology in teaching and learning. Discussions also continued on efforts in coordination and correlation between the PISA assessment and the Programme for the International Assessment of Adult Competencies (PIAAC) – a program responsible for assessing literacy, numeracy, and problem-solving competencies amongst adults. The meeting also presented the latest development on PISA-VET (Vocational Education and Training), the PISA assessment for vocational education and training. Another major agenda was the deliberation on the long-term strategy of the OECD work programme in the field of education and skills. The 61st PGB meeting also addressed a few administrative matters such as the various work programmes, budget allocations, and critically, the extension of the Mandate for PISA.

The meeting was officiated by the Secretary of the Basic Education Department (SEB) of Brazil, Her Excellency Kátia Helena Serafina Cruz Schweickardt, representing the Minister of Education, His Excellency Leonardo Barchini. In the inaugural speech, Her Excellency emphasised the importance of correlation between educational assessment and learning dynamics across various levels, while outlining the need for Brazil to take into account assessment findings from various countries in efforts to enhance educational outcomes. Her excellency further stressed that assessment results should not focus solely on rankings and scores; instead, any finding should lead to the implementation of robust pedagogical strategies to improving student achievements.
Accompanying Yang Mulia Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam at the meeting were Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Acting Director of Planning, Development and Research, Ministry of Education as the PISA National Project Manager for Brunei Darussalam, and a member of the Ministry of Education's Working-Level Task Force, who is also an officer from the Department of Planning, Development and Research, Ministry of Education.
______________________________________________________________
MESYUARAT LEMBAGA PENGELOLA
PROGRAMME FOR INTERNATIONAL STUDENT ASSESSMENT (PISA-PGB)
KALI KE-61 DI BRASILIA, BRAZIL
Hari Rabu | 26 Syawal 1447 | 15 April 2026
BRASILIA, BRAZIL – Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, telah menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengelola Programme for International Student Assessment (PISA-PGB) kali ke-61 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Brazil (Brazil International Convention Center, CICB), Brasilia, Brazil pada 8 hingga 10 April 2026.
Mesyuarat Lembaga Pengelola PISA dikendalikan dua kali setahun oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh lebih dari 100 peserta dari Negara/Ekonomi Ahli OECD, Negara Bersekutu serta Rakan Kongsi OECD. Agenda utama mesyuarat merangkumi pembentangan perkembangan terkini penganalisisan PISA 2025 serta perancangan pelancaran Laporan PISA 2025 pada September 2026 nanti. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan beberapa rangka kerja penilaian bagi PISA 2029. Mesyuarat tiga hari ini juga mengongsikan perkembangan beberapa projek inovasi, termasuk persediaan penggunaan teknologi buatan (AI) dalam penilaian PISA dalam pusingan akan datang, dengan mengambil kira peningkatan penggunaan teknologi AI dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, perbincangan turut diadakan berkenaan usaha penyelarasan dan kolerasi antara penilaian PISA dan Programme for the International Assessment of Adult Competencies (PIAAC) - iaitu program yang bertanggungjawab menilai kompetensi literasi, numerasi serta kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan orang dewasa. Mesyuarat ini turut membincangkan persediaan bagi PISA-VET (Vocational Education and Training), iaitu Penilaian PISA bagi peringkat pendidikan dan latihan vokasional, merangkumi strategi jangka masa panjang program kerja OECD dalam bidang pendidikan dan kemahiran. Beberapa perkara pentadbiran turut dibincangkan dalam Mesyuarat PGB ke-61 ini, termasuk program kerja, peruntukan belanjawan serta perbahasan mengenai pembaharuan mandat bagi PISA.
Mesyuarat ini dirasmikan oleh Setiausaha Jabatan Pendidikan Asas (Secretary of the Basic Education Department, SEB), Puan Yang Terutama Kátia Helena Serafina Cruz Schweickardt, mewakili Menteri Pendidikan, Tuan Yang Terutama Leonardo Barchini. Dalam ucapan perasmian, Puan Yang Terutama menekankan kepentingan hubung kait antara penilaian pendidikan dengan dinamisme pembelajaran merentasi pelbagai peringkat, serta menggariskan keperluan bagi Brazil mengambil kira dapatan penilaian daripada pelbagai negara dalam usaha meningkatkan keberhasilan pendidikan. Puan Yang Terutama turut menegaskan bahawa hasil penilaian tidak sepatutnya tertumpu kepada kedudukan dan skor semata-mata, sebaliknya sebarang dapatan perlu difokuskan bagi menerapkan strategi pedagogi yang mantap demi meningkatkan pencapaian pelajar.
Turut mengiringi Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam adalah Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan selaku Pengurus Projek Kebangsaan PISA, Negara Brunei Darussalam dengan disertai seorang Ahli PISA Task Force Kementerian Pendidikan Peringkat Kerja (MPTF Working Level) yang jua pegawai dari Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan.