WORKING VISIT TO MALAYSIA
Thursday | 5 Zulkaedah 1447 | 23 April 2026
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam, has concluded a working visit to Melaka and Kuala Lumpur, Malaysia from the 20th to 23rd April 2026.
As President of the Southeast Asian Ministers of Education Organisation (SEAMEO) Council from 2025–2027, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah holds an important role to promote cooperation among SEAMEO Member Countries by paying courtesy calls to SEAMEO Council Members and making official visits to the SEAMEO Regional Centres and Network.

During the visit to Malaysia, Yang Berhormat Datin had the opportunity to visit the SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs (SEN) in Melaka, where she was briefed on the functions of the centre including their expertise in the development of education for individuals with visual impairments, hearing impairments, learning difficulties, and those who are gifted and talented. The centre also contributes to the development of Special Education in the Southeast Asian region through comprehensive training, research, and community awareness programmes.

This was followed by a visit to the SEAMEO Tropical Medical and Public Health (TROPMED) Network in Shah Alam, Selangor, which was joined by representatives from SEAMEO Regional Centre for Education in Science and Mathematics (RECSAM). SEAMEO TROPMED Malaysia main function is on provision of education, training, and research in tropical medicine and public health within the region. Whilst SEAMEO RECSAM actively promotes and enhances science and mathematics education among SEAMEO Member Countries including research and development activities to inform pedagogy and policy, as well as designing and implementing high-quality professional development programmes in the field of science and mathematics education.

Yang Berhormat Datin also had the opportunity to visit Sekolah Menengah Kebangsaan Malim, Melaka and PERMATA Kurnia Centre, Kuala Lumpur where she received briefings on special education needs, observed inclusive classroom practices and specialised teaching approaches, and gained insights into their early intervention programmes and support services for students with diverse learning needs.

The working visit culminated with a courtesy call to Her Excellency Fadhlina Sidek, Minister of Education Malaysia to discuss bilateral cooperation between the two countries.
Throughout the working visit, Yang Berhormat Datin was accompanied by Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam, as the Chair of the SEAMEO High Officials Meetings from 2024–2026 and officials from the Ministry of Education Brunei Darussalam.
_________________________________________________
LAWATAN KERJA KE MALAYSIA
Hari Khamis | 5 Zulkaedah 1447 | 23 April 2026
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, telah menamatkan lawatan kerja ke Melaka dan Kuala Lumpur, Malaysia pada 20 hingga 23 April 2026.
Selaku Presiden Majlis Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Southeast Asian Ministers of Education Organisation, SEAMEO) bagi tahun 2025–2027, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah memegang peranan penting dalam mempromosikan kerjasama dalam kalangan Negara Anggota SEAMEO dengan melakukan kunjungan hormat kepada Ahli-ahli Majlis SEAMEO dan mengadakan lawatan rasmi ke Pusat/Rangkaian Serantau SEAMEO.
Semasa lawatan kerja ke Malaysia, Yang Berhormat Datin berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Pusat Serantau SEAMEO bagi Keperluan Pendidikan Khas (SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs, SEN) di Melaka. Semasa lawatan tersebut, Yang Berhormat Datin juga berpeluang untuk mendengarkan taklimat mengenai dengan fungsi Pusat tersebut termasuk kepakaran dalam pembangunan pendidikan bagi individu yang mengalami masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran pembelajaran serta individu berbakat dan pintar. Pusat ini juga menyumbang kepada pembangunan Pendidikan Khas di rantau Asia Tenggara melalui latihan komprehensif, penyelidikan, dan program kesedaran komuniti.
Lawatan seterusnya diikuti dengan kunjungan ke Rangkaian SEAMEO bagi Perubatan Tropika dan Kesihatan Awam (SEAMEO Tropical Medical and Public Health, TROPMED Network, Malaysia) di Shah Alam, Selangor yang turut disertai oleh wakil-wakil dari Pusat Serantau SEAMEO bagi Pendidikan Sains dan Matematik (SEAMEO Regional Centre for Education in Science and Mathematics, RECSAM). Adapun, fungsi utama SEAMEO TROPMED Malaysia adalah dalam penyediaan pendidikan, latihan dan penyelidikan dalam bidang perubatan tropika dan kesihatan awam di rantau ini. Manakala SEAMEO RECSAM pula giat dalam mempromosikan dan meningkatkan pendidikan sains dan matematik dalam kalangan Negara Anggota SEAMEO termasuk melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi memperkukuh pedagogi dan dasar, serta merangka dan melaksanakan program pembangunan profesional berkualiti tinggi dalam bidang pendidikan sains dan matematik.
Yang Berhormat Datin turut berpeluang untuk mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Malim, Melaka dan Pusat PERMATA Kurnia, Kuala Lumpur di mana beliau menerima taklimat mengenai keperluan pendidikan khas, membuat tinjauan amalan bilik darjah inklusif serta pendekatan pengajaran khusus, dan memperoleh pemahaman mengenai program intervensi awal serta perkhidmatan sokongan bagi pelajar dengan keperluan kepelbagaian pembelajaran.
Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, bagi membincangkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.
Sepanjang lawatan kerja tersebut, Yang Berhormat Datin turut diiringi oleh Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan SEAMEO bagi tempoh 2024–2026, serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.