THE MINISTRY OF EDUCATION'S DOA KESYUKURAN AND DOA SELAMAT CEREMONY
FOR INTENDING HAJ PILGRIMS 1447/2026
Saturday | 7 Zulkaedah 1447 | 25 April 2026
BERAKAS – The Ministry of Education, through the Department of Schools Inspectorate and Education Technology Centre (EdTech), held a Doa Kesyukuran and Doa Selamat ceremony today for 89 intending Haj pilgrims comprising officers and staff from the Ministry of Education, including educators from schools and higher education institutions at the Main Hall, Ministry of Education.

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Negara Brunei Darussalam.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Yang Mulia Awang Khairol-Azri bin Haji Muhd Kassim, Special Inspector, Ministry of Education. This was followed by a religious talk entitled “Ahlan Wa Sahlan Duyuf Ar-Rahman," delivered by Yang Mulia Ustaz Haji Awang Najib bin Haji Awang, Religious Development Officer, Islamic Da'wah Centre, Ministry of Religious Affairs.

The ceremony continued with the handover of donations to the intending haj pilgrims by the Guest of Honour. The ceremony concluded with the recitation of the Doa Selamat, seeking safety and well-being for the intending Haj pilgrims, and praying for their journey to be blessed and protected.
Among the objectives of the Majlis Doa Kesyukuran and Doa Selamat were to seek the blessings of Allah Subhanahu Wa Ta'ala for the protection, safety, ease in all affairs, and good health of all intending Haj pilgrims from the Ministry of Education throughout their pilgrimage, as well as for them to attain a Mabrur Haj (Perfect Haj). In addition, the event also aimed to uphold the spirit of worship and compassion especially among the officers and staff of the Ministry of Education.
Also present at the ceremony were Permanent Secretary (Core Education), Deputy Permanent Secretary (Core Education), Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate), Heads of Departments, officers and staff of the Ministry of Education.
___________________________________________
MAJLIS DOA KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT BAGI BAKAL JEMAAH HAJI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 1447/2026
Sabtu | 7 Zulkaedah 1447 | 25 April 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah dan Pusat Teknologi Pendidikan (EdTech) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Doa Selamat pada hari ini bagi meraikan seramai 89 bakal jemaah haji yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan, termasuk tenaga pengajar dari sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Khairol-Azri bin Haji Muhd Kassim, Nazir Khas, Kementerian Pendidikan dan disusuli dengan penyampaian ceramah yang bertajuk “Ahlan Wa Sahlan Duyuf Ar-Rahman," disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Awang Najib bin Haji Awang, Pegawai Perkembangan Agama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Seterusnya, majlis diikuti dengan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Selamat untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan bagi para bakal jemaah haji agar perjalanan mereka diberkati dan dilindungi.
Antara tujuan Majlis Doa Kesyukuran dan Doa Selamat bagi bakal jemaah haji diadakan adalah bagi memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar kesemua bakal jemaah haji Kementerian Pendidikan akan mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam keadaan sihat serta memperolehi haji yang mabrur. Majlis ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat untuk beramal ibadat dan sikap pemedulian khasnya dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan.
Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/059 (M)
Tarikh: 7 Zulkaedah 1447 / 25 April 2026