BLOOD DONATION CAMPAIGN
Tuesday | 10 Zulkaedah 1447 | 28 April 2026
BERAKAS - The Ministry of Education through the Uniformed and Services Division, Department of Co-Curriculum Education and in collaboration with the Blood Donation Centre, Department of Laboratory Services, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital (RIPAS), Ministry of Health today held a Blood Donation Campaign at the Ground Floor of the OneCity Shopping Centre Building, Sungai Hanching.
.jpeg)
.jpeg)

A total of 52 pints of blood were successfully collected during the campaign to contribute to the blood bank reserves at the Blood Donation Centre, RIPAS Hospital.
Among the objectives of the campaign was to raise public awareness about the importance of donating blood, which can save lives, as well as to help replenish the blood supply for medical needs at RIPAS Hospital, Ministry of Health.
___________________________________________________________
KEMPEN DERMA DARAH
Hari Selasa | 10 Zulkaedah 1447 | 28 April 2026
BERAKAS - Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan pada hari ini telah menganjurkan Kempen Derma Darah bagi warga Kementerian Pendidikan dan orang ramai yang diadakan di Atrium, Tingkat bawah Bangunan OneCity Shopping Centre, Sungai Hanching.
Sebanyak 52 pain darah berjaya dikumpulkan semasa kempen tersebut bagi menambah simpanan tabung darah di Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS.
Antara objektif kempen berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa, di samping membantu menambah bekalan darah bagi keperluan perubatan di Hospital RIPAS, Kementerian Kesihatan.