THE 2ND INTERNATIONAL STUDENT PROJECT EXCELLENCE AWARD (ISP 2026)

May 6, 2026

THE 2ND INTERNATIONAL STUDENT PROJECT EXCELLENCE AWARD (ISP 2026)

PHUKET, THAILAND

Wednesday | 18 Zulkaedah 1447 | 6 May 2026

 

BERAKAS – The Ministry of Education through Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP Centre), today coordinated the participation of 6 students and 2 supervising teachers to participate in The 2nd International Student Project Excellence Award (ISP) 2026, organised by the Faculty of Education, Prince of Songkla University, Thailand, on 7 May 2026 in Phuket, Thailand.

STEP 2026_ISP_1.png

Present at Brunei International Airport to bid farewell to the delegation was Yang Mulia Awang Misli bin Moksin, Senior Education Officer from STEP Centre.

STEP 2026_ISP_2.png

The objective of the competition is to encourage academic excellence, creativity, and international cooperation among students through a project-based learning approach in the fields of science and social sciences.

The competition will be participated by students from Sekolah Menengah Sayyidina Ali, namely Erene Nicole Anak Edanan, Nur Rifqah Athilah Azzyati binti Muhamad Zainin, and Nur Imanina @Rawiyah binti Aziz, while students from Sekolah Rendah Rataie are represented by Nur Alya Syafiqah binti Ahmad Sufi, Nur Aliya binti Ali Sufian, and Muhamad Rafid Nur Aiman bin Ramli.

 

Accompanying the students are Cikgu Awang Muhammad Hasif bin Awang Nordin, Education Officer from Sekolah Menengah Sayyidina Ali, and Cikgu Dk Noorhasyimah Nadrah @ Dk Arina binti Pg Ahmad, Education Officer from Sekolah Rendah Rataie.

 

The two projects selected for the final stage are from the Social Sciences category, namely a project from Sekolah Menengah Sayyidina Ali titled 'From Paper to Platform: An AI-Enabled Learning Management System for Brunei Secondary Schools' and a project from Sekolah Rendah Rataie titled 'Project Rataie'."

 

The programme itinerary comprises the assessment of project exhibitions that have reached the final stage, along with student presentations delivered to the judging panel/evaluators.


_________________________________________________________


THE 2ND INTERNATIONAL STUDENT PROJECT EXCELLENCE AWARD (ISP 2026)

PHUKET, THAILAND

Hari Rabu | 18 Zulkaedah 1447 | 6 Mei 2026

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP) pada hari ini telah menyelaras penyertaan seramai 6 orang pelajar dan 2 orang guru pengawas untuk mengambil bahagian dalam pertandingan The 2nd International Student Project Excellence Award (ISP) 2026 yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, Prince of Songkla University, Thailand pada 7 Mei 2026, di Phuket, Thailand.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Awang Misli bin Moksin, Pegawai Pelajaran Kanan dari Pusat STEP .

 

Objektif pertandingan adalah untuk menggalakkan kecemerlangan akademik, kreativiti dan kerjasama antarabangsa dalam kalangan pelajar melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) dalam bidang sains dan sains sosial.

 

Pertandingan ini diwakili oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali, iaitu Erene Nicole Anak Edanan, Nur Rifqah Athilah Azzyati binti Muhamad Zainin dan Nur Imanina @Rawiyah binti Aziz, manakala pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Rataie diwakili oleh Nur Alya Syafiqah binti Ahmad Sufi, Nur Aliya binti Ali Sufian dan Muhamad Rafid Nur Aiman bin Ramli.

 

Turut mengiringi pelajar-pelajar ialah Cikgu Awang Muhammad Hasif bin Awang Nordin, Pegawai Pelajaran dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali dan Cikgu Dk Noorhasyimah Nadrah@Dk Arina binti Pg Ahmad, Pegawai Pendidikan dari Sekolah Rendah Rataie.

 

Dua projek yang terpilih untuk ke peringkat akhir adalah dalam kategori Sains Sosial, iaitu projek daripada Sekolah Menengah Sayyidina Ali bertajuk 'From Paper to Platform: An AI-Enabled Learning Management System for Brunei Secondary Schools' serta projek daripada Sekolah Rendah Rataie bertajuk 'Project Rataie'.

 

Antara pengisian program ialah penilaian pameran projek peringkat akhir serta pembentangan projek pelajar kepada panel juri/penilai.