THE 8TH SCHOOL LEADERS CONVENTION 2026
Wednesday | 18 Zulkaedah 1447 | 6 May 2026
JERUDONG – The Ministry of Education through the Department of Educators Management and the Department of Schools today held the 8th School Leaders Convention at the BRIDEX Banquet Hall.
Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.


With the theme “Quality Leaders, Quality Education", the convention aims to strengthen systemic cohesion within the Ministry of Education by fostering a collaborative culture among all stakeholders. The objectives of the convention include strengthening the capacity and competency of school leaders, increasing shared accountability between departments and schools in the implementation of the Ministry's initiatives and recognising the contributions and achievements of schools.
This year's subtheme, “Early Intervention for Students with SEN - Ensuring Holistic Growth Through Proactive Support", aims to reinforce early intervention to improve developmental outcomes and reduce long-term remedial needs for students with special educational needs in Brunei Darussalam.
This year, more than 380 participants attended the convention, comprising school leaders and teachers from government primary and secondary schools, as well as sixth form centres under the the Ministry of Education and schools under the Department of Islamic Studies, Ministry of Religious Affairs, as well as private educational institutions, and for the first time, the convention was also attended by selected parents.
The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, followed by a welcoming remark from Yang Mulia Dr Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Acting Director of Schools and Co-Chairperson of the convention. This was followed by the Guest of Honour's speech and the official opening of the convention, which included the launch of two guideline handbooks: “The Students' Learning Assessment Framework", led by the Department of Examinations, and the “Handbook of STEAM Competencies Rubric", led by the Science, Technology and Environment Partnership (STEP) Centre in collaboration with the Entrepreneurship Innovation Centre (EIC). Both handbooks are the outcome of collaborative efforts involving various parties within the Ministry, including school leaders and have been implemented in phases in schools since 2023 and 2024.



The convention continued with a keynote address titled “Policy to Practice: Leadership in Early Intervention", delivered by Yang Mulia Puan Jamilah binti Kadir, Director of SEAMEO SEN as they Keynote Speaker. The keynote address shared insights into the vital role of school leadership in implementing support policies for students with special needs, emphasising early identification, timely intervention, and holistic development. The keynote also explored the alignment between policy, leadership, and classroom practice to ensure early intervention remains an integral part of inclusive education. To achieve this, key strategies highlighted include enhancing teacher capacity, data utilisation, collaboration, and parental engagement, all of which are supported by a whole-school commitment and clear accountability.

The morning session concluded with a plenary session and workshop titled “Early Identification and Screening", presented by Dr Mohd Syazwan Zainal, Senior Lecturer and Coordinator of the Learning Centre at Universiti Kebangsaan Malaysia.


The afternoon session featured a forum involving Yang Mulia Keynote Speaker; Yang Mulia Dayang Noor Hayati binti Haji Emran, Headmistress of Sekolah Rendah Rimba III and Dayang Norhaslinda binti Ibrahim, a parent representative and Founder of Our Pathways Life Skills Enrichment Services. The forum discussed key areas such as early identification, intervention, parental involvement and inclusive leadership, aiming to bridge the gap between policy and practice while generating insights to support national guidelines in Brunei Darussalam.






The convention concluded with the presentation of appointment letters to newly appointed school leaders, followed by the presentation of incentives to government schools that achieved excellence in public examinations by Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education). The session ended with awards presented to schools for their achievements in various programmes, including school innovation, cleanliness and safety.
Also in attendance were the Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments and invited guests from various government agencies, private institutions, and non-governmental organisations (NGOs).
_______________________________________________________
KONVENSYEN PEMIMPIN SEKOLAH KE-8 TAHUN 2026
Hari Rabu | 18 Zulkaedah 1447 | 6 Mei 2026
JERUDONG – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik dan Jabatan Sekolah-Sekolah pada hari ini telah mengadakan Konvensyen Pemimpin Sekolah Ke-8 Tahun 2026 bertempat di Dewan Persidangan BRIDEX.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.
Dengan tema “Pemimpin Berkualiti, Pendidikan Berkualiti", konvensyen ini bertujuan mengukuhkan kesepaduan sistemik di Kementerian Pendidikan melalui pemupukan budaya kolaboratif dalam kalangan semua pihak berkepentingan. Objektif konvensyen ini merangkumi pengukuhan kapasiti dan kompetensi pemimpin sekolah, peningkatan akauntabiliti bersama antara jabatan dengan sekolah dalam pelaksanaan inisiatif Kementerian Pendidikan, serta pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian sekolah-sekolah.
Subtema Konvensyen pada tahun ini, “Early Intervention for Students with SEN - Ensuring Holistic Growth Through Proactive Support", bertujuan memperkukuhkan intervensi awal dalam meningkatkan hasil perkembangan dan mengurangkan keperluan pemulihan jangka panjang bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas di Negara Brunei Darussalam.
Pada tahun ini, lebih 380 orang peserta telah menghadiri konvensyen berkenaan, yang terdiri daripada pemimpin sekolah dan tenaga pengajar dari sekolah rendah, menengah, dan pusat tingkatan enam kerajaan di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan sekolah-sekolah di bawah kawalan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama serta institusi-institusi pendidikan swasta dan buat julung kalinya, konvensyen ini turut dihadiri oleh para ibu bapa yang terpilih.
Acara konvensyen dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dr. Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, selaku Pengerusi Bersama Konvensyen. Ini diikuti dengan ucapan tetamu kehormat dan perasmian konvensyen serta pelancaran dua buah buku garis panduan iaitu “The Students' Learning Assessment Framework" yang diterajui oleh Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dan “Handbook of STEAM Competencies Rubric", yang diterajui oleh Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP Centre) dengan kerjasama Pusat Keusahawanan dan Inovasi (Entrepreneurship Innovation Centre). Kedua-dua buku panduan ini merupakan hasil usaha sama pelbagai pihak di Kementerian Pendidikan, termasuk para pemimpin sekolah melalui platform Konvensyen Pemimpin Sekolah serta pelaksanaannya secara berfasa di sekolah-sekolah sejak tahun 2023 dan 2024.
Konvensyen diteruskan dengan ucaptama bertajuk “Policy to Practice: Leadership in Early Intervention" yang disampaikan oleh Yang Mulia Puan Jamilah binti Kadir, Pengarah SEAMEO SEN selaku Penceramah Ucaptama. Antara perisian ucaptama ini adalah perkongsian mengenai peranan penting kepimpinan sekolah dalam melaksanakan dasar sokongan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan menekankan pengenalpastian awal, intervensi tepat pada masanya dan pembangunan holistik. Ucaptama tersebut antara lain mengupas peranan keselarasan antara dasar, kepimpinan dan amalan bilik darjah bagi memastikan intervensi awal menjadi sebahagian daripada pendidikan inklusif. Bagi merealisasikan hasrat ini, strategi-strategi utama yang digariskan merangkumi peningkatan keupayaan guru, penggunaan data, kolaborasi serta penglibatan ibu bapa, yang mana semuanya disokong oleh komitmen seluruh sekolah dan akauntabiliti yang jelas.
Sesi pagi diakhiri dengan sesi plenary dan bengkel yang bertajuk “Early Identification and Screening" yang disampaikan oleh Dr Mohd Syazwan Zainal, Pensyarah Kanan dan Penyelaras Learning Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sesi petang pula diteruskan dengan sebuah forum yang melibatkan Yang Mulia Penceramah Ucaptama; Yang Mulia Dayang Noor Hayati binti Haji Emran, Guru Besar Sekolah Rendah Rimba III dan Dayang Norhaslinda binti Ibrahim, wakil ibu bapa dan Pengasas Our Pathways Life Skills Enrichment Services. Forum tersebut membincangkan bidang utama seperti pengenalpastian awal, intervensi, penglibatan ibu bapa dan kepimpinan inklusif yang bertujuan untuk memperkukuh penjajaran antara dasar dan amalan serta menjana pandangan untuk menyokong garis panduan kebangsaan di Negara Brunei Darussalam.
Konvensyen ini diakhiri dengan penyampaian surat pelantikan pemimpin-pemimpin sekolah baharu diikuti dengan penyampaian insentif-insentif kepada sekolah-sekolah kerajaan yang telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan awam yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras). Sesi penyampaian ini diakhiri dengan anugerah-anugerah kepada sekolah-sekolah atas pencapaian mereka dalam program-program tertentu termasuk inovasi sekolah dan kebersihan serta keselamatan sekolah.
Turut hadir di konvensyen tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan jemputan daripada pelbagai jabatan dan institusi kerajaan serta pihak-pihak swasta dan persatuan bukan kerajaan (NGO).