MAKLUMAN MENGENAI AKTIVITI PENIPUAN YANG
MELIBATKAN PEMALSUAN DOKUMEN RASMI PESANAN PEMBELIAN (PURCHASE ORDER, PO)
SERTA PENYAMARAN SEBAGAI PEGAWAI DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Hari Khamis | 26 Zulkaedah 1447 | 14 Mei 2026
Bandar Seri Begawan – Kementerian Pendidikan ingin memaklumkan kepada orang ramai,
khususnya para pembekal dan pemilik perniagaan, mengenai aktiviti penipuan yang melibatkan
pemalsuan dokumen rasmi Pesanan Pembelian (Purchase Order, PO) serta penyamaran sebagai
pegawai daripada Kementerian ini.
Kementerian Pendidikan dengan ini menegaskan bahawa pengeluaran PO, permohonan
pembayaran atau sebarang arahan kewangan tidak pernah dikeluarkan melalui saluran yang
tidak rasmi.
Sehubungan itu, mana-mana pihak yang menerima permohonan, arahan pembayaran atau
melalui apa jua dokumen yang meragukan adalah disarankan untuk mengesahkan
kesahihannya melalui saluran perhubungan rasmi pihak Kementerian Pendidikan seperti
berikut:
Nombor Telefon: 2381133 atau 2384333
E-mel: feedback@moe.gov.bn
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak membuat urusan, transaksi
kewangan dan tindakan lanjut tanpa pengesahan rasmi terlebih dahulu.
Sebarang unsur penipuan atau dokumen yang mencurigakan hendaklah dilaporkan dengan
segera kepada pihak berkuasa atau pihak yang berkenaan.
Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap sebarang percubaan menyalahgunakan
identiti pihak Kementerian bagi tujuan penipuan, dan menyeru mana-mana pihak yang telah
menjadi mangsa skim penipuan ini, atau mereka yang mempunyai maklumat berkaitan, untuk
segera membuat laporan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei.