ATTENDANCE OF YANG BERHORMAT MINISTER OF EDUCATION OF BRUNEI DARUSSALAM AT THE EDUCATION WORLD FORUM 2026, LONDON, UNITED KINGDOM

May 21, 2026


ATTENDANCE OF YANG BERHORMAT MINISTER OF EDUCATION

OF BRUNEI DARUSSALAM AT THE EDUCATION WORLD FORUM 2026,

LONDON, UNITED KINGDOM 

Thursday | 3 Zulhijjah 1447 | 21 May 2026

 

LONDON, UNITED KINGDOM - Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh,, Minister of Education of Brunei Darussalam attended the Education World Forum (EWF) 2026 held in London, United Kingdom from 17 to 20 May 2026.

 1. Gambar Ramai YB Menteri Pendidikan bersama rombongan Kementerian Pendidikan NBD.jpg

Accompanying Yang Berhormat Minister of Education were Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), and Yang Mulia Dayang Dr. Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Acting Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate), as well as several officers from the Ministry of Education and the Brunei Students Unit, London, United Kingdom.

 

The Education World Forum is the world's largest annual gathering of education ministers, policymakers, industry leaders and education experts, providing a platform to discuss current developments, challenges and future directions in global education. The theme for this years' forum is “Educating for a Shared Future: Peace, Planet, Purpose and Pathways".

 

The forum was officially opened by The Rt Hon Bridget Phillipson MP, Secretary of State for Education and Minister for Women and Equalities, Department for Education, United Kingdom who emphasised the importance of early and inclusive education for students with special educational needs and disabilities. She also announced the convening of the International Special Educational Needs and Disabilities (SEND) Alliance in 2027, a coalition of countries that will come together across a series of summits to chart a common path forward.

 

Throughout the forum, Yang Berhormat Minister of Education participated in plenary and parallel sessions and knowledge-sharing sessions focusing on education transformation, the use of technology and artificial intelligence in education, future skills development, student well-being, as well as strengthening inclusive and sustainable education systems.

2. Gambar YB Menteri Pendidikan bersama The Rt Hon Bridget Phillipson, MP, Setiausaha Negara bagi Pendidikan dan Menteri bagi Wanita dan Kesaksamaan, Jabatan Pendidikan, United Kingdom.jpg

In addition, Yang Berhormat Minister of Education also held several bilateral meetings with ministerial counterparts from the Department of Education, United Kingdom such as The Rt Hon Bridget Phillipson, MP, Secretary of State for Education and Minister for Women and Equalities; Georgia Gould, OBE, MP, Minister of State (Minister for School Standards); and Josh MacAlister, OBE, MP, Parliamentary Under-Secretary of State (Minister for Children and Families); and representatives from international organisations to discuss potential collaboration in mutually beneficial areas.

 3. Gambar Ramai YB Menteri Pendidikan bersama YM Georgia Gould, OBE, MP, Menteri Negara (Menteri bagi Piawaian Sekolah).jpg

4. YB Menteri Pendidikan bersama YM Josh MacAlister, OBE, MP, Setiausaha Rendah Parlimen Negara (Menteri bagi Kanak-Kanak dan Keluarga) (1).jpg

5111.png

6111.png

Brunei Darussalam's participation in the forum reflects the Ministry of Education's continued commitment towards strengthening the national education system to remain relevant, resilient and responsive to global developments in line with the aspirations of Wawasan Brunei 2035.

 

The forum also provided an opportunity for Brunei Darussalam to share its experiences and best practices in education while further enhancing networks and cooperation with international stakeholders.


_______________________________________________


KEHADIRAN YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE EDUCATION WORLD FORUM 2026,

LONDON, UNITED KINGDOM

Hari Khamis | 3 Zulhijjah 1447 | 21 Mei 2026

 

LONDON, UNITED KINGDOM - Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Education World Forum (EWF) 2026 yang berlangsung di London, United Kingdom dari 17 hingga 20 Mei 2026.

 

Turut menyertai rombongan Yang Berhormat Menteri Pendidikan ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan Yang Mulia Dayang Dr. Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), serta beberapa pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Unit Penuntut-Penuntut, London, United Kingdom.

 

Education World Forum merupakan forum pendidikan antarabangsa tahunan terbesar yang menghimpunkan para Menteri Pendidikan, pembuat dasar, pemimpin industri dan pakar pendidikan dari seluruh dunia bagi membincangkan perkembangan, cabaran serta hala tuju sektor pendidikan global. Tema EWF pada tahun ini ialah Pendidikan untuk Masa Depan Bersama: Keamanan (Peace), Bumi (Planet), Tujuan (Purpose) dan Laluan (Pathways).

 

Forum tersebut dirasmikan oleh The Rt Hon Bridget Phillipson, MP, Setiausaha Negara bagi Pendidikan dan Menteri bagi Wanita dan Kesaksamaan, Jabatan Pendidikan, United Kingdom, di mana Puan Yang Terutama menegaskan pentingnya pendidikan awal dan inklusif bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas dan ketidakupayaan. Beliau turut mengumumkan penganjuran International Special Educational Needs and Disabilities (SEND) Alliance pada tahun 2027 yang merupakan gabungan negara yang akan berhimpun menerusi siri sidang kemuncak bagi merangka hala tuju bersama untuk masa hadapan. 

 

Sepanjang forum tersebut, Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah menghadiri beberapa sesi plenari (plenary sessions) dan selari (parallel sessions) yang memfokuskan kepada transformasi pendidikan, penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan dalam pendidikan, pembangunan kemahiran masa hadapan, kesejahteraan pelajar serta pengukuhan sistem pendidikan yang inklusif dan mampan.

 

Di samping itu, Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga mengadakan beberapa sesi pertemuan dua hala bersama rakan sejawat dari Jabatan Pendidikan, United Kingdom antaranya The Rt Hon Bridget Phillipson, MP, Setiausaha Negara bagi Pendidikan dan Menteri bagi Wanita dan Kesaksamaan; Yang Mulia Georgia Gould, Menteri Negara (Menteri bagi Piawaian Sekolah); dan Yang Mulia Josh MacAlister, Setiausaha Rendah Parlimen Negara (Menteri bagi Kanak-Kanak dan Keluarga) dan wakil-wakil organisasi antarabangsa bagi membincangkan peluang kerjasama dalam bidang-bidang berkepentingan.

 

Penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam forum ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan dalam memperkukuhkan sistem pendidikan negara agar kekal relevan, berdaya tahan dan responsif terhadap perkembangan global selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.

 

Forum tersebut turut memberikan peluang kepada Negara Brunei Darussalam untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik negara dalam bidang pendidikan serta memperluaskan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan antarabangsa.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/072(M)
Tarikh: 3 Zulhijjah 1447 / 21 Mei 2026