SINGAPORE INTERNATIONAL MATHEMATICAL AND COMPUTATIONAL CHALLENGE
(SIMC2.0) 2026
25 TO 29 MAY 2026, REPUBLIC OF SINGAPORE
Sunday | 6 Zulhijjah 1447 | 24 May 2026
BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Schools, today coordinated the participation of a delegation from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS) to represent Brunei Darussalam at the biennial Singapore International Mathematical and Computational Challenge (SIMC2.0) 2026. The international competition will take place over five days from 25 to 29 May 2026, in the Republic of Singapore.


Present at the Brunei International Airport to bid farewell to the delegation was Yang Mulia Dr Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Acting Director of Schools, Ministry of Education.


The Brunei Darussalam delegation is represented by three Year 13 students from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, namely Awang Khairil Zaki bin Haji Khairul Rijal, Awang Aabdul Aarif bin Mohd Rafee, and Awang Abdul Wafi bin Haji Rosli. Accompanying the students is a, Cikgu Abdul Aziz bin Haji Mohamad. The students were also accompanied by their supervising teacher from the college, Cikgu Abdul Aziz bin Haji Mohamad, Education Officer.
Organised by NUS High School of Mathematics and Science in Singapore, the competition will bring together outstanding students from various countries with the aim of promoting interdisciplinary thinking by encouraging participants to apply mathematical and computational skills in solving real-world problems.
The participation of these students reflects their commitment to academic excellence, creativity, and continuous learning beyond the classroom. The experience also enables them to build self-confidence, develop communication skills, and foster friendships with participants from diverse backgrounds and cultures.
Also present were senior officials from the Department of Schools, Ministry of Education, the MSPSBS administration, as well as parents and family members of the students.
_________________________________________________
SINGAPORE INTERNATIONAL MATHEMATICAL AND COMPUTATIONAL CHALLENGE
(SIMC2.0) 2026
25 HINGGA 29 MEI 2026, REPUBLIK SINGAPURA
Hari Ahad | 6 Zulhijjah 1447 | 24 Mei 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah pada hari ini telah menyelaras penyertaan delegasi dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS) bagi mewakili Negara Brunei Darussalam dalam pertandingan dwitahunan Singapore International Mathematical and Computational Challenge (SIMC2.0) 2026. Pertandingan antarabangsa tersebut akan berlangsung selama lima hari bermula dari 25 hingga 29 Mei 2026 di Republik Singapura.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar kepada para delegasi ialah Yang Mulia Dr Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
Delegasi Negara Brunei Darussalam kali ini diwakili oleh tiga orang pelajar Tahun 13 dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, iaitu Awang Khairil Zaki bin Haji Khairul Rijal, Awang Aabdul Aarif bin Mohd Rafee, dan Awang Abdul Wafi bin Haji Rosli. Turut mengiringi para pelajar ialah guru dari maktab berkenaan, iaitu Cikgu Abdul Aziz bin Haji Mohamad, Pegawai Pendidikan selaku guru pegawas.
Pertandingan yang dianjurkan oleh NUS High School of Mathematics and Science, Republik Singapura ini bakal menghimpunkan para pelajar cemerlang daripada pelbagai negara dengan tujuan untuk mempromosikan pemikiran antara disiplin (interdisciplinary thinking) dengan menggalakkan para peserta mengaplikasikan kemahiran matematik dan pengkomputeran bagi menyelesaikan masalah dunia sebenar (real-world problems).
Penyertaan para pelajar ini mencerminkan komitmen mereka terhadap kecemerlangan akademik, kreativiti, dan pembelajaran berterusan di luar bilik darjah. Pengalaman ini juga membolehkan mereka membina keyakinan diri, mengembangkan kemahiran komunikasi, serta memupuk persahabatan dengan peserta daripada pelbagai latar belakang dan budaya yang berbeza.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, pihak Pentadbiran MSPSBS serta ibu bapa dan ahli keluarga pelajar.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/073(M)
Tarikh: 6 Zulhijjah 1447 / 24 Mei 2026