PRIZE PRESENTATION CEREMONY BRUNEI DARUSSALAM SCHOOLS FOOTBALL CUP CHAMPIONSHIP (BDSFC) 2026

May 25, 2026


PRIZE PRESENTATION CEREMONY

BRUNEI DARUSSALAM SCHOOLS FOOTBALL CUP CHAMPIONSHIP (BDSFC) 2026

Monday | 7 Zulhijjah 1447 | 25 May 2026

 

BERAKAS – The Ministry of Education today held the Prize Presentation Ceremony for the Brunei Darussalam Schools Football Cup (BDSFC) Championship 2026 for government and private secondary schools, colleges and sixth form centres under the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs at the Berakas Sports Complex Field.​

FT COMP 2.jpeg

FT COMP 4.jpeg

Present as the Guest of Honour to officiate the prize presentation to the winners of the Brunei Darussalam Schools Football Cup (BDSFC) Championship 2026 was Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.

 

Teams from Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah and Sekolah Menengah Sayyidina Ali competed this afternoon to determine the champion and runner-up of the tournament. The team from Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah managed to secure a victory through a 4 - 2 penalty shootout against the team from Sekolah Menengah Sayyidina Ali, thereby emerging as the champion of the tournament.

 FT COMP 1.jpeg

Among the objectives of the torunament are to provide students with exposure to football at both school and national levels, as well as to identify and further develop students' talents and potential in the sport. The torunament also aims to support the Sustainable Development Goals (SDGs) towards ensuring healthy lives and promoting well-being for all, while instilling positive values such as discipline, resilience, leadership, teamwork, and a healthy and active lifestyle through football.

 FT COMP 3.jpeg

The Brunei Darussalam Schools Football Cup (BDSFC) Championship 2026 was organised by the Physical Education and Recreation Section, Department of Co-Curriculum Education, in collaboration with the Brunei Darussalam Football Referees Association.

-------------------------------------------------------------------


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

KEJOHANAN PIALA BOLA SEPAK SEKOLAH-SEKOLAH BRUNEI DARUSSALAM

(BDSFC) TAHUN 2026

Hari Isnin | 7 Zulhijjah 1447 | 25 Mei 2026

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Piala Bola Sepak Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (BDSFC) Tahun 2026 bagi sekolah-sekolah menengah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Berakas.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Kejohanan Piala Bola Sepak Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (BDSFC) Tahun 2026 ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.

 

Pasukan dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Sekolah Menengah Sayyidina Ali telah beraksi pada petang ini bagi menentukan kedudukan juara dan naib juara kejohanan. Pasukan dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah berjaya mencatat kemenangan melalui sepakan penalty 4 - 2 ke atas pasukan dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali, sekali gus muncul sebagai juara kejohanan berkenaan.

 

Antara tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar dalam sukan bola sepak di peringkat sekolah dan negara, di samping mencungkil serta mengembangkan bakat dan potensi pelajar dalam sukan bola sepak. Kejohanan ini juga bertujuan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke arah kehidupan yang sihat dan sejahtera untuk semua, serta menerapkan nilai-nilai murni seperti disiplin, daya tahan, kepimpinan, semangat berpasukan dan budaya hidup sihat serta cergas melalui sukan bola sepak.

 

Kejohanan Piala Bola Sepak Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (BDSFC) Tahun 2026 dianjurkan oleh Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan Persatuan Pengadil Bola Sepak Brunei Darussalam.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/074 (M)

Tarikh: 7 Zulhijjah 1447 / 25 Mei 2026​