CERTIFICATE PRESENTATION CEREMONY FOR PRE-VOCATIONAL PROGRAMME STUDENTS 2021–2025 SESSION

May 26, 2026

CERTIFICATE PRESENTATION CEREMONY

FOR PRE-VOCATIONAL PROGRAMME STUDENTS 2021–2025 SESSION

Tuesday | 8 Zulhijjah 1447 | 26 May 2026

 

BERAKAS The Ministry of Education through the Department of Special Education, today held the Pre-Vocational Programme Certificate Presentation Ceremony for the 2021–2025 session at the Damai Ballroom, Aman Hills Hotel.

 pra voc 261.jpg

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, Member of the Legislative Council (MMN).

pra voc 262.jpg pra voc 263.jpg

The ceremony commenced with a welcoming address by Yang Mulia Dr. Hajah Mustazah binti Awang Maidin, Acting Director of the Department of Special Education, as the Chairperson of the Ceremony. This was followed by the presentation of certificates by the Guest of Honour to 127 students who successfully completed the Pre-Vocational Programme for the 2021–2025 session, as well as to five special education teachers (SEN teachers) who have retired from service. Certificates of appreciation and souvenirs were also presented to six companies for their support and cooperation in providing work placements for the Pre-Vocational Programme students.

 

The Pre-Vocational Programme is a five-year secondary education pathway specifically designed to meet the needs of students with special educational needs in several government secondary schools. The programme aims to provide appropriate learning for students with special needs to enable them to acquire independent living skills, such as functional academic skills, social and communication skills, self-management skills, basic vocational skills, and work skills guided by their respective Individualised Education Plans (IEP) according to individual levels and abilities. This effort is also in line with Wawasan Brunei 2035 to produce educated, highly skilled, and successful citizens, while supporting the Ministry of Education's vision and mission to provide quality and holistic education.

 pra voc 268.jpg

pra voc 265.jpg

pra voc 266.jpg

pra voc 267.jpg

In addition to the certificate presentation ceremony, an exhibition showcasing the work of students from the Pre-Vocational Programme was also held, featuring handicrafts, food and beverage products, as well as crops produced by the Pre-Vocational Programme students from 18 government secondary schools to enliven the ceremony.

 pra voc 264.jpg

Also in attendance were directors, assistant directors, senior officials from the Ministry of Education, government agencies involved, school leaders, Homeroom Teachers (HRT), representatives from the corporate sector, officials from the Department of Special Education, as well as parents and guardians.

_______________________________________


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM PRA VOKASIONAL SESI 2021–2025

Hari Selasa | 8 Zulhijjah 1447 | 26 Mei 2026

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Khas pada hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Program Pra Vokasional bagi sesi 2021–2025 bertempat di Damai Ballroom, Aman Hills Hotel.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Hajah Mustazah binti Awang Maidin, Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Khas selaku Pengerusi Majlis. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sijil oleh Tetamu Kehormat kepada 127 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan Program Pra Vokasional bagi sesi 2021–2025 serta lima orang guru pendidikan khas (guru SEN) yang telah bersara daripada perkhidmatan. Sijil penghargaan dan cenderamata turut disampaikan kepada enam buah syarikat atas sokongan dan kerjasama dalam menyediakan penempatan kerja bagi pelajar-pelajar Program Pra Vokasional.

 

Program Pra Vokasional merupakan laluan pendidikan menengah selama lima tahun yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pelajar berkeperluan pendidikan khas di beberapa buah sekolah menengah kerajaan. Program ini bertujuan untuk menyediakan pembelajaran yang bersesuaian bagi pelajar berkeperluan khas agar mereka dapat menguasai kemahiran hidup berdikari seperti kemahiran akademik fungsional, kemahiran sosial dan komunikasi, kemahiran pengurusan diri, kemahiran asas vokasional serta kemahiran kerja berpandukan Rancangan Pendidikan Individu (IEP) masing-masing mengikut tahap dan kebolehan individu. Usaha ini juga selaras dengan Wawasan Brunei 2035 dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, di samping menyokong visi dan misi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti dan holistik.

 

Selain acara penyampaian sijil, pameran hasil kerja pelajar Program Pra Vokasional turut diadakan dengan menampilkan pelbagai hasil kerja termasuk kraftangan, produk makanan dan minuman, serta hasil tanaman daripada pelajar Program Pra Vokasional dari 18 buah sekolah menengah kerajaan bagi menyerikan lagi suasana majlis.

 

Turut hadir ialah pengarah-pengarah, penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan, agensi-agensi kerajaan yang terlibat, pemimpin-pemimpin sekolah, guru-guru Homeroom (HRT), wakil-wakil dari sektor korporat, pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas serta para ibu bapa dan penjaga.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/076(M)
Tarikh: 8 Zulhijjah 1447 / 26 Mei 2026