GIRL GUIDE LEADERSHIP COURSE 2026
Wednesday | 24 Zulhijjah 1447 | 10 June 2026
BERAKAS - The Ministry of Education through the Uniformed and Services Division, Department of Co-Curriculum Education, in collaboration with the Brunei Darussalam Girl Guide Association (PPPBD), today held the Closing Ceremony of the 2026 Girl Guide Leadership Course which took place at the Brunei Darussalam Girl Guide Association Headquarters, Kampung Anggerek Desa.

.jpeg)
Present as the Guest of Honor to hand over certificates and prizes to the participants was Yang Mulia Dayang Norazrina binti Haji Sarbini, Chief Commissioner of the Brunei Darussalam Girl Guide Association.
A total of 23 participants consisting of students from the Sixth Form Center and Higher Education Institutions, together with 38 supervising teachers, have participated in the course.

The Department of Co-curricular Education through the Uniformed and Services Division, in collaboration with PPPBD, has conducted the 2026 Girl Guide Leadership Course as part of the Professional Development Program targeted at Adult Leaders (supervising teachers), Young Leaders (Higher Education Institutions), Ranger Girl Guides (Sixth Form Center) as well as teachers who are interested in establishing Girl Guide teams in their respective schools.
This course was held to deepen participants' understanding of the PPPBD programs, encompassing the Girl Guides, Ranger Girl Guides and Young Leaders Programs. The knowledge gained will serve as a guide for the participants in planning and implementing Pandu Puteri activities in their respective schools in a more systematic, well-planned and effective manner.
In addition, this course also aims to help participants understand the method of evaluating members' achievements for the purpose of awarding the PPPBD Achievement Badge and Skill Badge, while further strengthening the understanding of Program Sahsiah Pelajar (PSP) scoring based on the four 3PeK criteria, namely Involvement, Representation, Achievement and Leadership.
Among the main objectives of this course is to enhance understanding of the Brunei Darussalam Girl Guides Association Program, strengthen leadership and activity management skills, and to broaden knowledge regarding Achievement Badges and the implementation of the 3PeK system in the Student Identity Program.
______________________________________________________________________
KURSUS KEPIMPINAN PANDU PUTERI 2026
Hari Rabu | 24 Zulhijjah 1447 | 10 Jun 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, dengan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Pandu Puteri Tahun 2026 yang berlangsung di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Kampung Anggerek Desa.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta ialah Yang Mulia Dayang Norazrina binti Haji Sarbini, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam.
Seramai 23 orang peserta terdiri daripada pelajar Pusat Tingkatan Enam dan Institusi Pengajian Tinggi, serta 38 orang guru pengawas, telah menyertai kursus berkenaan.
Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, dengan kerjasama PPPBD, telah mengendalikan Kursus Kepimpinan Pandu Puteri Tahun 2026 sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Profesional yang disasarkan kepada Pemimpin Dewasa (guru-guru pengawas), Pemimpin Muda (institusi pengajian tinggi), Pandu Puteri Renjer (Pusat Tingkatan Enam) serta guru-guru yang berminat untuk menubuhkan pasukan Pandu Puteri di sekolah masing-masing.
Kursus ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman peserta mengenai program-program PPPBD, termasuk Program Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri, Pandu Puteri Renjer dan Pemimpin Muda. Pengetahuan yang diperolehi akan menjadi panduan kepada para peserta dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pandu Puteri secara lebih sistematik, terancang dan berkesan di sekolah masing-masing.
Selain itu, kursus ini juga bertujuan membantu para peserta memahami kaedah penilaian pencapaian ahli bagi tujuan penganugerahan Lencana Pencapaian dan Lencana Kemahiran PPPBD, disamping memperkukuhkan pemahaman mengenai pemarkahan Program Sahsiah Pelajar (PSP) berdasarkan empat kriteria 3PeK, iaitu Penglibatan, Perwakilan, Pencapaian dan Kepimpinan.
Antara objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai Program Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, memperkukuhkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan aktiviti, serta memperluas pengetahuan mengenai Lencana Pencapaian dan pelaksanaan sistem 3PeK dalam Program Sahsiah Pelajar.