EIC PROGRAMMES, SERVICES BRIEFING AND SMART EXPERIMENT WORKSHOP
FOR PRIVATE EDUCATIONAL INSTITUTIONS
Wednesday, 20 May 2026 – The Ministry of Education through the Department of Private Education and Entrepreneurship Innovation Centre (EIC) conducted a one-day briefing and workshop at PGGMB School, Kg Sg Akar, as part of ongoing efforts to enhance professional capacity and instructional effectiveness.
This initiative was to strengthen innovation and entrepreneurial mindsets among school leaders, heads of departments and teachers in private education institutions. The programme aimed to equip participants with practical skills and knowledge in creative thinking, ideation, and innovation-driven learning approaches, enabling them to foster a culture of innovation within their respective institutions.



The event commenced with an opening speech delivered by Head of Entrepreneurship Innovation Centre (EIC), YM Adna Shatriremie bin Hj A. Abd Rahman. Also present as Guest of Honour was YM Awang Sofian Erwan bin Mohamad, Director of Department of Private Education.
The engagement session was attended by 74 participants comprising of school leaders, heads of departments and teachers from various formal private education institutions across the country.
Throughout the programme, participants were introduced to programmes and activities organised by EIC followed by a workshop on SMART EXPERIMENT framework. This was delivered through a series of interactive activities facilitated by the EIC team. The workshop included:
- Introduction to SMART EXPERIMENT
- Hands-on and application of SMART EXPERIMENT framework
- Presentation of the Best Ideation Projects by the Top 3 Groups
- Wrap-up session by the Facilitators
This initiative reflects the shared commitment of the Department of Private Education and the Centre for Entrepreneurship and Innovation to strengthening a culture of creativity and continuous professional development among educators, in line with the Strategic Objectives under the Ministry of Education Strategic Plan 2023–2027. Through this collaboration, school leaders, heads of departments and teachers in private educational institutions will continue to be equipped with the knowledge, skills, and innovative and entrepreneurial mindsets necessary to enhance the quality of teaching and learning and to support sustainable educational excellence.
____________________________________________________
SESI PEMBERIGAAN PROGRAM DAN PERKHIDMATAN
PUSAT KEUSAHAWANAN DAN INOVASI (EIC) SERTA BENGKEL SMART EXPERIMENT
BAGI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA
Rabu, 20 Mei 2026 – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Swasta dan Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC) telah mengadakan taklimat dan bengkel selama sehari mengenai pemberigaan program dan perkhidmatan Pusat Keusahawanan Inovasi serta bengkel SMART Experiment di Sekolah PGGMB, Kg Sg Akar, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan kapasiti profesional dan keberkesanan di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di Institusi Pendidikan Swasta.
Inisiatif kolaboratif di antara Jabatan Pendidikan Swasta dan Pusat Keusahawanan Inovasi ini berhasrat untuk memperkukuhkan inovasi dan corak pemikiran keusahawanan dalam kalangan pemimpin sekolah, ketua jabatan dan guru. Ianya juga bertujuan untuk melengkapkan para peserta dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan berkaitan pemikiran kreatif, idea dan pendekatan pembelajaran berasaskan inovasi.
Acara dimulakan dengan kata alu-aluan yang disampaikan oleh Ketua Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC), YM Adna Shatriremie bin Hj A. Abd Rahman. Turut hadir selaku Tetamu Kehormat ialah YM Awang Sofian Erwan bin Mohamad, Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta.
Sesi taklimat ini dihadiri oleh seramai 74 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin sekolah, ketua jabatan dan guru dari pelbagai institusi pendidikan swasta formal di seluruh negara.
Sepanjang program ini, para peserta diperkenalkan dengan program dan aktiviti EIC dan diteruskan dengan bengkel rangka kerja SMART EXPERIMENT melalui beberapa siri aktiviti interaktif dan kolaboratif yang dikendalikan oleh beberapa pegawai EIC selaku pemudahcara. Aktiviti bengkel merangkumi:
• Pengenalan kepada SMART EXPERIMENT
• Aktiviti aplikasi secara praktikal SMART EXPERIMENT secara berkumpulan
• Pembentangan projek idea terbaik oleh 3 kumpulan peserta terbaik
• Sesi penutup oleh pemudahcara
Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama Jabatan Pendidikan Swasta dan Pusat Keusahawanan Inovasi, dalam memperkukuh budaya kreatif dan pembangunan profesional berterusan dalam kalangan warga pendidik, selaras dengan Matlamat Strategik di bawah Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2023–2027. Melalui kerjasama ini, para pemimpin sekolah, ketua jabatan dan guru di institusi pendidikan swasta akan terus dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran serta pemikiran inovatif dan keusahawanan yang dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menyokong kecemerlangan pendidikan yang mampan.