5th EDUCATION SPECIALISTS SEMINAR 2026
Tuesday | 7 Muharram 1448 | 23 June 2026
TUNGKU – The Ministry of Education, through the Department of Educators Management, today organised the 5th Education Specialists Seminar at the Chancellor Hall, Universiti Brunei Darussalam, under the theme “Contemporary Specialisation in Educational Practices towards Education Excellence" and the sub-theme “Empowering Excellence through Specialisation in Education".

This year's seminar was attended by approximately 313 participants, with the participation of 28 Education Experts, 137 Education Expert candidates among primary, secondary and middle school teachers, as well as 148 School Leaders.
Present as the Guest of Honour and officiating the seminar was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam.
Also in attendance was Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Deputy Minister of Education, Brunei Darussalam.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, followed by a welcoming remark by Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Director of Educators Management, Ministry of Education, who also served as Chairperson of the 5th Education Specialists Seminar 2026 Organising Committee.
The seminar continued with a keynote session titled “Empowering Excellence: Nurturing Talent, Leadership and Specialisation in Education" delivered by Yang Mulia Dayang Hajah Zainab binti M.A. Omar, President of the Human Resource Society Brunei (HRS). The keynote highlighted the importance of developing expertise, strengthening leadership capacity and enhancing the strategic role of Education Specialists in strengthening the education system and driving educational excellence. The morning session concluded with a Learning Circle session led by the keynote speaker, providing participants with the opportunity to further explore the topic through interactive discussions and a question-and-answer session.

Among the objectives of this year's Education Specialists Seminar are:
- To strengthen the professional identity of Education Specialists as system-level practitioners contributing beyond the classroom;
- To build leadership capacity among Education Specialists to influence practice, policy and innovation within their domains of specialisation;
- To foster interdisciplinary dialogue and shared understanding across areas of specialisation; and
- To strengthen Education Specialists' ability to embody their role and translate their expertise into actionable impact within schools and across the Ministry of Education.
Also present at the ceremony were the Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, and officers from the Ministry of Education.

The afternoon session continued with a special segment titled “InsighTED: Specialist Voices Igniting Ideas, Inspiring Action", an innovative approach that combines Ignite-style presentations with structured dialogue, featuring three (3) Education Specialists who shared their experiences, reflections and impactful ideas based on their professional journeys as specialists.
Present as the Guest of Honour for the afternoon session was Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Acting Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.
The segment aimed to strengthen participants' understanding of the role of Education Specialists as agents of change, translate expertise into impactful practice, encourage cross-specialisation sharing and inspire ideas and actions that can be implemented at both school and system levels.
The InsighTED segment also featured a panel dialogue titled “From Insight to Action – Translating Specialisation into Education Excellence", bringing together six (6) Education Specialists from various areas of specialisation to share their perspectives, experiences and best practices in translating expertise into impactful action. The panel dialogue provided participants with the opportunity to explore how specialist expertise can be leveraged to contribute towards educational excellence and continuous improvement at both school and system levels. In addition, the afternoon session also featured a workshop on Practicing Personal Mastery, facilitated by the keynote speaker.
The Education Specialists Seminar is an annual platform that brings together Education Specialists, Potential Education Specialists and key stakeholders to share best practices, strengthen professional networks and explore innovative approaches towards enhancing educational excellence through diverse areas of specialisation. The seminar also reflects the Ministry of Education's continued commitment to developing and strengthening the role of Education Specialists in supporting excellence, innovation and continuous improvement within the national education system.
______________________________________________________________________________________________
SEMINAR PAKAR PENDIDIKAN KALI KE-5 TAHUN 2026
Hari Selasa | 7 Muharram 1448 | 23 Jun 2026
TUNGKU – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik pada hari ini mengadakan Seminar Pakar Pendidikan Kali Ke-5 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam dengan tema “Contemporary Specialisation in Educational Practices towards Education Excellence" dan sub-tema “Empowering Excellence through Specialisation in Education".
Seminar pada tahun ini telah dihadiri oleh kira-kira 313 orang peserta, dengan penyertaan 28 orang Pakar Pendidikan, 137 orang calon Pakar Pendidikan dalam kalangan tenaga pengajar sekolah-sekolah rendah, menengah dan pusat tingkatan, serta 148 orang Pemimpin Sekolah.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan seminar ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat serta diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Pengarah Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Seminar Pakar Pendidikan Kali Ke-5 Tahun 2026.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi ucaptama bertajuk “Empowering Excellence: Nurturing Talent, Leadership and Specialisation in Education" yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Zainab binti M.A. Omar, Presiden Human Resource Society Brunei (HRS). Ucaptama tersebut menekankan kepentingan pembangunan kepakaran, pemerkasaan kepimpinan serta peranan strategik Pakar Pendidikan dalam memperkukuh sistem pendidikan dan memacu kecemerlangan pendidikan. Sesi pagi seminar diakhiri dengan Sesi Learning Circle bersama penyampai ucaptama yang memberi peluang kepada para peserta untuk mendalami tajuk yang dibentangkan melalui sesi perbincangan dan soal jawab secara interaktif.
Antara objektif Seminar Pakar Pendidikan pada tahun ini ialah:
- Memperkukuh identiti profesional Pakar Pendidikan sebagai pengamal pendidikan di peringkat sistem yang menyumbang melangkaui bilik darjah;
- Membina kapasiti kepimpinan dalam kalangan Pakar Pendidikan untuk mempengaruhi amalan, dasar dan inovasi dalam bidang kepakaran masing-masing;
- Menggalakkan dialog merentas bidang kepakaran serta memperkukuh kefahaman bersama; dan
- Memperkukuh keupayaan Pakar Pendidikan dalam menghayati peranan dan menterjemahkan kepakaran kepada tindakan yang berimpak di peringkat sekolah dan Kementerian Pendidikan.
Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, serta pegawai-pegawai daripada Kementerian Pendidikan.
Bagi sesi petang, seminar diteruskan dengan segmen khas “InsighTED: Specialist Voices Igniting Ideas, Inspiring Action", sebuah pendekatan inovatif yang menggabungkan perkongsian gaya Ignite-Talk dengan dialog berstruktur yang menampilkan tiga (3) orang Pakar Pendidikan untuk berkongsi pengalaman, refleksi dan idea berimpak berdasarkan perjalanan profesional mereka dalam melaksanakan peranan sebagai pakar.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi sesi petang ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.
Segmen ini bertujuan memperkukuh kefahaman mengenai peranan Pakar Pendidikan sebagai agen perubahan, menterjemahkan kepakaran kepada amalan yang berimpak, menggalakkan perkongsian merentas bidang kepakaran serta mencetuskan idea dan tindakan yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah dan sistem.
Segmen InsighTED turut menampilkan dialog panel bertajuk “From Insight to Action – Translating Specialisation into Education Excellence" yang menghimpunkan enam (6) orang Pakar Pendidikan daripada pelbagai bidang kepakaran untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan amalan terbaik dalam menterjemahkan kepakaran kepada tindakan yang berimpak. Dialog panel ini memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka bagaimana kepakaran dapat dimanfaatkan bagi menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan dan penambahbaikan berterusan di peringkat sekolah serta sistem pendidikan negara. Selain itu, sesi petang turut diisikan dengan bengkel Practicing Personal Mastery yang dikendalikan oleh penyampai ucaptama.
Seminar Pakar Pendidikan merupakan platform tahunan yang menghimpunkan Pakar Pendidikan, Calon Pakar Pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan bagi berkongsi amalan terbaik, memperkukuh jaringan profesional serta meneroka pendekatan baharu dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan melalui bidang-bidang kepakaran yang pelbagai. Seminar ini juga mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan dalam membangunkan dan memperkasa peranan Pakar Pendidikan bagi menyokong kecemerlangan, inovasi dan penambahbaikan berterusan dalam sistem pendidikan negara.
Reference: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/82(NWM)
Date: 7 Muharram 1448 | 23 June 2026