THIRD REGIONAL MEETING OF
FIVE NATIONAL COMMISSIONS FOR UNESCO
24 June 2026
Wednesday, 24 June 2026 – Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Acting Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, participated in the Third Regional Meeting of Five National Commissions for UNESCO, in his capacity as representative of the Secretary-General of the National Commission of Brunei Darussalam for United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), which was convened virtually on 24 June 2026.
%20Kementerian%20Pendidikan.png)
.png)
The meeting has been co-organized by the Malaysian National Commission for UNESCO (MNCU) and the UNESCO Regional Office in Jakarta. The meeting aimed to further strengthen collaboration among the National Commissions for UNESCO while serving as a platform for the exchange of experiences, best practices and initiatives implemented by member states. Furthermore, the meeting also deliberated the progress in the implementation of UNESCO's programmes and Budget for 2026-2029 (43 C/5), the direction of UNESCO's Medium-Term Strategy as well as preparations for UNESCO's 80th anniversary celebrations. In addition, the meeting also explored opportunities with ASEAN and efforts to strengthen regional and international cooperation through knowledge sharing and collaborative initiatives across the fields of education, science, culture, and communication in support of the Sustainable Development Goals (SDGs) across the region.
As part of the program agenda of the Regional Meeting, representatives from the National Commissions of Brunei Darussalam, Republic of Indonesia, Malaysia, Republic of the Philippines and Timor-Leste presented updates on their respective activities since the Second Regional Meeting, which was held virtually from Manila, Republic of the Philippines, in June 2025. On behalf of the National Commission of Brunei Darussalam, Yang Mulia the Acting Permanent Secretary (Core Education) presented key developments and significant achievements, including ongoing and upcoming strategic initiatives aimed at strengthening regional cooperation and advancing UNESCO's priorities at the national level.
__________________________________________________________________
MESYUARAT SERANTAU LIMA SURUHANJAYA-SURUHANJAYA KEBANGSAAN BAGI UNESCO KALI KE-TIGA
24 Jun 2026
Rabu, 24 Jun 2026 – Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan telah menyertai Mesyuarat Serantau Lima Suruhanjaya-Suruhanjaya Kebangsaan bagi UNESCO Kali Ke-Tiga selaku wakil Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang telah diadakan secara maya pada 24 Jun 2026.
Mesyuarat tersebut telah dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Kebangsaan Malaysia bagi UNESCO (MNCU) dan Pejabat Serantau UNESCO di Jakarta. Penganjuran mesyuarat ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara Suruhanjaya-Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO, di samping menjadi platform bagi perkongsian pengalaman, amalan terbaik dan inisiatif yang dilaksanakan oleh negara-negara anggota. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan perkembangan pelaksanaan Program dan Belanjawan UNESCO 2026–2029 (43 C/5), hala tuju Strategi Jangka Sederhana UNESCO, serta persiapan sempena sambutan ulang tahun ke-80 UNESCO. Sebagai tambahan, mesyuarat turut membincangkan peluang kerjasama dengan ASEAN serta usaha memperkukuh kerjasama antarabangsa dan serantau melalui perkongsian ilmu serta usaha kolaboratif dalam bidang pendidikan, sains, kebudayaan dan komunikasi selaras usaha menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di rantau ini.
Sebagai sebahagian daripada agenda program Mesyuarat Serantau, wakil-wakil daripada Suruhanjaya Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia, Republik Filipina dan Timor-Leste telah membentangkan perkembangan aktiviti masing-masing sejak Mesyuarat Serantau kedua yang diadakan secara maya dari Manila, Republik Filipina pada Jun 2025. Bagi pihak Suruhanjaya Kebangsaan Brunei Darussalam, Yang Mulia Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) telah membentangkan perkembangan utama dan pencapaian yang penting, termasuk inisiatif-inisiatif strategik yang sedang dan akan dilaksanakan untuk memperkukuh kerjasama serantau dan meningkatkan keutamaan UNESCO di peringkat kebangsaan.